Keputusan Saman $625 Juta Ke Atas Apple Dibatalkan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Februari lalu Apple diarahkan membayar saman bernilai $625 Juta kepada syarikat VirnetX kerana didakwa melanggar paten milik mereka. Keputusan kes ini dibatalkan atas sebab teknikal kerana ia melibatkan dua kes yang sepatutnya dibicarakan secara berasingan. Kes ini akan dibicarakan semula pada 26 September hadapan.

Apple iPhone

VirnetX ialah syarikat yang dilabel sebagai toyol paten kerana tidak pernah menghasilkan sebarang produk. Mereka menyaman Apple kerana didakwa mengguna empat paten milik mereka pada aplikasi Facetime dan iMessage. Pembicaraan semula kes ini tidak bermakna Apple mempunyai peluang melawan VirnetX. Mahkamah Texas di mana kes bakal dibicarakan mempunyai sejarah memberikan kemenangan kepada pemegang paten walaupun mereka adalah toyol paten.

Sumber: http://bit.ly/2avwex8

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.