Temuduga Terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) Pada 04 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Temuduga terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd Ogos 2016. KL Airport Services Sdn Bhd akan mengadakan temuduga terbuka pada tarikh, masa, tempat dan jawatan seperti berikut :

1. KERANI DOKUMEN (20 KEKOSONGAN)

Tarikh: 4hb Ogos 2016 (Khamis)
Masa: 09:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
JALAN KLIA S6,
SOUTHERN SUPPORT ZONE,
KL INTERNATIONAL AIRPORT,
64000 KLIA, SEPANG.

Syarat-syarat kelayakan

1. Minima lulus SPM/SPVM/SAP/STPM/SKM atau setaraf dengannya
2. Dibuka untuk calon Lelaki & Perempuan; Umur : 20 – 35 tahun
3. Keutamaan memilikki lesen memandu yang sah kelas ‘D'(tempoh percubaan 'P', layak untuk memohon).
4. Warganegara : Malaysia
5. Sihat tubuh badan
6. Sanggup bekerja Shif
7. Lokasi Kerja : KLIA

WAJIB MEMBAWA PERKARA-PERKARA BERIKUT UNTUK KELAYAKAN TEMUDUGA

1. Resume Terkini
2. Salinan & Original Sijil- Sijil Persekolahan (PMR, SPM termasuk sijil berhenti sekolah) dan lain - lain.
3. Salinan/Fotokopi KAD PENGENALAN & LESEN MEMANDU
4. 01 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT
5. Etika Pakaian : Pejabat & Kemas

2. PEMBANTU GUDANG (30 KEKOSONGAN)

Tarikh: 4hb Ogos 2016 (Khamis)
Masa: 09:00 pagi - 12:00 tengahari
Tempat : KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
JALAN KLIA S6,
SOUTHERN SUPPORT ZONE,
KL INTERNATIONAL AIRPORT,
64000 KLIA, SEPANG.

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Minima lulus SPM/SPVM/SAP/STPM/SKM atau setaraf dengannya
2. Dibuka untuk calon Lelaki Sahaja; Umur : 20 – 35 tahun
3. Keutamaan memilikki lesen memandu yang sah kelas ‘D'(tamat tempoh percubaan 'P' selama 2 tahun).
4. Warganegara : Malaysia
5. Sihat tubuh badan
6. Sanggup bekerja Shif
7. Lokasi Kerja : KLIA


WAJIB MEMBAWA PERKARA-PERKARA BERIKUT UNTUK KELAYAKAN TEMUDUGA

1. Resume Terkini
2. Salinan & Original Sijil- Sijil Persekolahan (PMR, SPM 3. termasuk sijil berhenti sekolah) dan lain - lain.
4. Salinan/Fotokopi KAD PENGENALAN & LESEN MEMANDU
5. 01 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT
6. Etika Pakaian : Pejabat & Kemas

Temuduga Terbuka di KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) 2016

Info jawatan selanjutnya disini

Sumber:http://bit.ly/2anYZee
Read More

Uber Dilaporkan Akan Bergabung Dengan Pesaing Mereka Di China, Didi: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Didi merupakan perkhidmatan tempahan teksi dan kenderaan untuk dituju ke sesuatu kawasan yang sangat popular di China. Mereka sebelum ini telah menerima pelaburan daripada pihak Apple, dan hari ini, ia dilaporkan Uber China akan bergabung dengan Didi di China.

Menurut Bloomberg, melalui syarikat baru ini kelak, pelabur Uber akan menerima pegangan sebanyak 20% pada Didi – sekaligus menjadikan nilai keseluruhan Didi Chuxing di China melangkaui $35 bilion. Pada masa yang sama, Didi Chuxing juga dilaporkan akan membuat pelaburan sebanyak $1 bilion pada Uber.

Uber

Sekiranya transaksi ini menerima pengesahan pihak berkuasa, ia sekaligus akan menjadikan Didi Chuxing sebagai salah satu syarikat yang mempunyai pegangan pada pelbagai perkhidmatan tempahan kenderaan ke destinasi – termasuk Lyft, Ola dan juga Grab di Malaysia.

Penyatuan kedua-dua syarikat ini di China juga sekaligus mengurangkan persaingan – dan membolehkan mereka memfokuskan kepada penjanaan keuntungan. China merupakan salah satu pasaran yang sangat besar. Uber sendiri dikatakan telah membelanjakan lebih $2 bilion dalam memenangi pegangan di China, tetapi masih gagal dengan Didi.

Sumber: http://bit.ly/2aoZpVe
Read More

LG V20 Akan Dilancarkan Pada Bulan September Ini Dengan Android 7.0: Informasi Teknologi

Leave a Comment

LG telah memperkenalkan LG V10 pada tahun lepas, dan dipuji ramai sebagai antara telefon pintar yang baik. Namun, agak malang untuk pasaran Malaysia, memandangkan LG tidak begitu memfokuskan penawaran mereka untuk pasaran tempatan, kita tidak dapat melihat peranti berkenaan dilancarkan untuk pengguna Malaysia.

LG-V10-3

Kini, setahun selepasnya, LG mengumumkan mereka akan melancarkan LG V20 pada bulan September akan datang ini. Menariknya, telefon pintar ini juga akan menjadi yang terawal hadir dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

LG V10 sebelum ini telah mencuri perhatian dengan penawaran spesifikasi yang baik, selain pada masa yang sama hadir dengan skrin kedua dihadapan untuk memudahkan pengguna mengikuti beberapa informasi dengan pantas.

Pihak LG mengatakan mereka akan menawarkan lebih banyak sokongan multimedia melalui LG V20 ini, selain membawa standard baru dalam arena telefon pintar premium.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri baru yang bakal dibawakan oleh LG V20 tidak lama lagi.

Sumber: http://bit.ly/2aI5mi7
Read More

Digi Melancarkan Pakej Prabayar Baru Dengan Penawaran Penstriman Data Percuma 8GB: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Digi hari ini telah memperkenalkan pakej prabayar yang serba baru dan menyasarkan penawaran data percuma untuk tujuan penstriman video dan muzik, iaitu Digi LiVE Prepaid.

Melalui Digi LiVE Prepaid, syarikat telekomunikasi ini menawarkan data percuma sebanyak 8GB untuk para pelanggan mereka sebagai tambahan kepada data yang dilanggan anda setiap bulan. Pada masa yang sama, penawaran data tambahan ini hanyalah terhad untuk digunakan pada rangkaian 4G LTE – dan ditawarkan secara berperingkat.

Digi Live Prepaid

Digi mengehadkan penawaran data percuma 1GB untuk penstriman video, dan 1GB untuk penstriman muzik – setiap minggu. Ini bermakna, secara jumlahnya, pengguna akan menerima 8GB percuma setiap bulan, dimana 4GB adalah untuk penstriman video, dan 4GB lagi adalah untuk penstriman muzik.

Penawaran data percuma untuk muzik meliputi pelbagai perkhidmatan dibawah Digi Music Freedom, termasuk Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. Untuk video pula, Digi meliputi perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan juga HyppTV Everywhere.

Bagi pengguna prabayar Digi yang sedia ada, anda boleh beralih kepada pakej Digi LiVE Prepaid ini secara percuma dengan mendail *128*1*4#. Walaubagaimanapun, perubahan pelan ini akan mengubah pelbagai tetapan sedia ada pada pelan anda. Bagi pelanggan baru, anda boleh mendapatkan kad-SIM Digi LiVE Prepaid ini bermula hari ini.

Sumber: http://bit.ly/2anAbZZ
Read More

Jawatan Kosong Terkini di Bank Negara Malaysia (BNM) - 26 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Bank Negara Malaysia (BNM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai :

1. Executive, Progression, Succession and Development
2. Executive Rewards Management, Strategic Human Capital Department
3. Server Administrator for AS400
4. Senior Economist, Economics Department
5. First Level Executive, Strategic Human Capital Department
6. Manager, Performance Consultancy
7. Facility Manager, Facility Management Service
8. Executive (HR and Finance), Automated Cash Centre
9. Engineer, Automation & Cash Operation at Automated Cash Centre
10. Analyst (Performance, System & Compliance), Automated Cash Centre
11. Executive, Currency Management and Operations Department

Tarikh tutup permohonan 12 - 26 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di bank negara malaysia ogos 2016

Permohonan jawatan secara online disini

Sumber:http://bit.ly/2aVcofY
Read More

Hotlink Dan Grab Menawarkan Pokemobile Untuk Pemain Pokemon Go: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sejak permainan Pokemon Go dilancarkan, terdapat pelbagai kes pelik terjadi, dari penemuan mayat, rusuhan di dataran dan juga kemalangan yang berlaku kerana memainkan permainan ini sewaktu memandu. Dalam mencegah kejadian tersebut, Hotlink bekerjasama dengan Grab dan memperkenalkan Pokemobile.

Grab-PokeMobile-appPokemobile merupakan kenderaan Grab yang telah diubahsuai bagi memudahkan pengguna memburu Pokemon dan juga pergi ke tempat Pokestop. Pada kenderaan ini terdapat pengecas telefon bertemakan Pokemon dan juga iPad yang membantu pengguna serta pemandu mencari lokasi Pokemon. Tiada sebarang caj dikenakan oleh Grab untuk menggunakan Pokemobile.

Sebanyak 4 kenderaan Pokemobile akan disediakan Grab dan bagi pengguna Hotlink yang menaikinya, mereka akan memperoleh Pokecoins yang bernilai USD 100 menerusi Hotlink Cash Online. Dengan nilai ini, pengguna boleh memperoleh sehingga 14,500 Pokecoins. Sebagai perbandingan, dengan nilai ini pemain boleh membeli 145 Pokeball yang digunakan untuk menangkap Pokemon.

Selain dari itu, pengguna Hotlink juga akan memperoleh diskaun 10% untuk sebarang pembelian menerusi Hotlink Cash Online, dan tidak terhad kepada permainan Pokemon Go. Ia boleh diperoleh untuk sebarang pembelian pada permainan popular, seperti Clash of Clans dan juga Clash Royale.

Pokemobile -DSC_0878

Buat masa ini tiada sebarang pengumuman rasmi lagi mengenai kehadian Pokemon Go untuk pengguna Malaysia. Memandangkan terdapatnya pelayan (server) permainan Pokemon Go yang telah mula diwujudkan, dan dengan kerjasama Grab dan Hotlink ini mungkin menandakan penantian pelatih Pokemon tempatan sudah tidak lama untuk bermain permainan ini.

Maklumat lanjut: Hotlink x Grab Pokemobile

Sumber: http://bit.ly/2aoJQfW
Read More

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 15 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai :

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45)
2. PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
3. PROFESOR MADYA (GRED DM53)
4.  PROFESOR (GRED KHAS C)

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2016
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di uitm ogos 2016

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan disahkan.

3. Pemohon hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

4. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (Sarawak) di http://bit.ly/2aoHcqG.
5. Setiap permohonan dengan borang yang lengkap MESTILAH disertakan SALINAN dokumen
berikut yang telah DISAHKAN:-

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf;
iii. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji; dan
v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat).

6. Sila nyatakan nama bidang dan fakulti yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

7. Hanya permohonan dengan borang yang lengkap sahaja yang akan diproses. Permohonan bagi calon dari jabatan kerajaan/ badan berkanun/ separa kerajaan yang memohon melalui majikan
sahaja yang akan diproses.

8. Para pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga.

9. Sila anggap permohonan adalah tidak berjaya sekiranya tidak menerima apa-apa maklum balas/ jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

10. Para pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan (Sarawak) Kampus Samarahan dan Kampus Mukah.

Sila alamatkan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN (SARAWAK)
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO. TEL: 082-678200/ 8134/ 8132/ 8093
 082-677200



Sumber:http://bit.ly/2aoGD03
Read More

Hanya 13.6 Juta Unit Peranti Lumia Terjual Sejak Setahun Yang Lalu: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Platform Windows Phone ialah sistem operasi yang ketiga paling popular di belakang Android dan iOS. Berdasarkan komen yang sering kami terima apabila berita mengenai WP dilaporkan, masih ramai di kalangan pembaca Amanz yang menggunakan platform ini. Sungguhpun begitu masa hadapan sistem operasi ini nampak sedikit kelam dengan pengumuman terkini dari Microsoft.

Lumia 650

Di antara 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, hanya 13.8 Juta peranti Lumia berjaya dijual. Sebagai perbandingan Apple dikatakan mengalami kegagalan kerana hanya menjual 40 Juta iPhone pada suku yang lalu. Jumlah jualan pula menunjukkan penurunan yang drastik pada suku pertama 5.8 Juta unit terjual. Suku kedua dan ketiga masing-masing menunjukkan jualan 4.5 Juta dan 2.3 Juta unit. Ini bermakna pada suku yang baru berakhir, hanya 1.2 Juta unit Lumia terjual. Tindakan Microsoft yang mengurangkan fokus pada peranti mudah alih adalah antara faktor yang menyumbang kepada penurunan jualan.

Peranti Surface Phone yang dijangka hadir April 2017 mungkin percaturan terakhir untuk menyelamatkan platform Windows Phone. Microsoft jelas menunjukkan peningkatan jualan menerusi komputer tablet Surface. Mungkin dengan penjenamaan semula Lumia kepada Surface akhirnya mereka akan dapat bersaing dengan Google dan Apple.

Sumber: http://bit.ly/2aHpgd9
Read More

Perisian Memperbaiki Kualiti Gambar Selfie Dihasilkan Oleh Universiti Princeton: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Gambar selfie ialah gambar yang paling banyak diambil oleh manusia di bumi sekarang kerana ia mudah dilakukan. Tidak mengejutkan bagi memenuhi kehendak pasaran, peranti pintar sekarang mempunyai kamera hadapan yang mampu mengambil gambar selfie pada resolusi tinggi seperti Oppo F1 Plus. Tetapi kamera yang baik bukan satu-satunya ramuan untuk mendapatkan selfie yang cantik. Sudut dan pencahayaan yang baik akan memastikan selfie yang diambil menerima pujian orang ramai di media sosial.

Sebuah perisian telah dibangunkan oleh penyelidik di Universiti Princeton yang boleh memperbaiki kualiti gambar selfie yang diambil. Perisian ini boleh memanipulasi semula gambar yang diambil seperti diambil dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh sekiranya selfie diambil dari sudut rendah dagu individu akan kelihatan terlalu dan kurang menarik dilihat. Dengan menggunakan imbasan 3D wajah, gambar diubah untuk kelihatan seperti diambil dari sudut lebih tinggi dengan dagu lebih kecil.

Buat masa ini perisian ini masih lagi dalam pembangunan dan diperlihatkan di acara SIGGRAPH 2016. Majoriti teknologi prototaip yang diperlihatkan di SIGGRAPH akan mula digunakan di dunia sebenar dalam masa yang pendek. Sebagai contoh teknologi content aware fill dan content aware scale diperlihatkan di SIGGRAPH dan menjadi fungsi di dalam Photoshop dua tahun selepas itu.

Sumber: http://bit.ly/2aa5KoT
Read More

Edis Remastered Yakuza 2, 3, 4 and 5 Mungkin Dihasilkan Sega: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Siri permainan Yakuza akan berakhir dengan Yakuza 6 (Ryū ga Gotoku 6). Ia bakal dijual hujung tahun ini dan menjadi penutup kepada pengembaraan Kazuma Kiryu di dunia kongsi gelap Jepun. Kepada peminat yang akan merindui protagonis ini ada sedikit berita baik buat anda. Sega mungkin akan melancarkan edisi remastered Yakuza 2, 3, 4 dan 5 untuk PlayStation 4.

Yakuza-2

Ini diumumkan sendiri oleh Toshihiro Nagoshi, penerbit siri Yakuza ketika sesi temu bual bersama peminat hujung minggu lalu. Edisi remastered mungkin dihasilkan kerana sambutan luar biasa terhadap Yakuza: Kiwami yang merupakan edisi remastered Yakuza 1. Sebanyak 500 000 unit terjual di Jepun dan Asia setakat ini. Sekiranya dilakukan ia tidak mengejutkan kerana Yakuza 1 dan 2 untuk PlayStation 2 telahpun mempunyai versi remastered di PlayStation 3 dan Wii U.

Sumber: http://bit.ly/2arnHf1
Read More

Uber Ingin Membangunkan Projek Pemetaan Tersendiri Pada Peringkat Global: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menempah pemanduan dari satu lokasi ke destinasi yang dituju. Menjadi teras utama untuk perkhidmatan seumpamanya adalah peta disebaliknya. Sehingga kini, Uber menggunakan peta daripada Google Maps untuk projek mereka, tetapi ia dilihat akan berubah tidak lama lagi.

Uber yang sebelum ini telah memulakan projek kenderaan yang dipandu sendiri, kini dilihat ingin turut membangunkan projek pemetaan tersendiri pada peringkat global – bermula daripada Mexico.

Uber Peta

Uber mengatakan perkhidmatan peta sedia ada adalah baik – tetapi terdapat informasi yang tidak begitu berguna untuk Uber. Untuk mengatasinya, mereka akan memulakan projek tersendiri – dan dikatakan Uber melabur sebanyak sekitar $500 juta untuk usaha ini.

Melalui projek pemetaan Uber, mereka akan memfokuskan kepada beberapa perkara utama, termasuk berkaitan corak perjalanan trafik, tempat mengambil penumpang yang tepat, dan sebagainya. Pada peta hari ini, sekiranya anda memilih sesuatu bangunan, ia sekadar memperlihatkannya secara kasar – dan tidak menunjukkan kawasan mengambil dan menurunkan penumpang yang tepat. Uber dilihat ingin mengatasi masalah ini.

Uber sebelum ini pernah berminat untuk mengambil-alih HERE Maps, tetapi hajat mereka tidak kesampaian, dan perkhidmatan berkenaan diambil-alih oleh konsortium syarikat automotif. Kini, projek pemetaan Uber ini memfokuskan kepada negara Mexico (selepas Amerika Syarikat) terlebih dahulu – dan dijangka diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat.

Sumber: http://bit.ly/2aH3iHa
Read More

Android 7.0 Nougat Dijangka Hadir Pada Bulan Ini: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google telah pun menawarkan versi pembangunan terakhir Android 7.0 pada bulan Julai lepas, dan kini, mengikut perkongsian @evleaks, Google dijangka memperkenalkan Android 7.0 Nougat secara rasminya pada bulan ini.

Android 7.0 Nougat menawarkan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-window yang menawarkan akses kepada lebih dari satu aplikasi pada sesuatu masa, kemudahan untuk multi-tasking, kemaskini kepada kaedah notifikasi disusun, pengoptimasian pada bateri, dan pelbagai fungsi baru yang lain.

2016-03-14 05.34.33 1

Android 7.0 Nougat akan diterima oleh pengguna peranti Nexus terlebih dahulu sebelum peranti lain. @evleaks mengatakan Nexus 5 mungkin tidak akan menerimanya.

Beberapa pengeluar peranti Android telah mula menguji versi pembangunan Nougat pada peranti-peranti utama mereka. Walaupun Android 7.0 Nougat akan hadir pada bulan ini, namun, ia mungkin akan mengambil masa berbulan untuk peranti dari pengeluar lain menerimanya – malah mungkin kebanyakkan peranti Android tidak akan menerimanya.

Sumber: http://bit.ly/2aIX6vk
Read More

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia - 06 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia (PO Kajang) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia (PO Kajang) sebagai

1. PEMBANTU PERANGKAAN E17 (PSH) - 10 KEKOSONGAN
2. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN E27 - 02 KEKOSONGAN

Tarikh tutup permohonan 06 Ogos 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di jabatan perangkaan malaysia ogos 2016

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA KAJANG (dan search).

jawatan kosong jabatan perangkaan malaysia 2016

3. Sila pilih majikan :

Majikan: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG)
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PO KAJANG), HULU LANGAT, SELANGOR. SEKTOR: PERKHIDMATAN HAL EHWAL KOMUNITI DAN SOSIAL LAIN

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online

Sumber:http://bit.ly/2aiG6vr
Read More

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Malaya (UM) - 13 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaya (UM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Malaya (UM) sebagai :

1. Education Project Officer

Tarikh tutup permohonan 13 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di universiti malaya (um) ogos 2016



Sumber:http://bit.ly/2aqAv52
Read More

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) - 14 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai :

1. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
2. PEGAWAI KESATRIA S41
3. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di uitm ogos 2016

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://bit.ly/2aT37oD atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2338 / 2020 / 2273 / 2339




Sumber:http://bit.ly/2a8uLAR
Read More

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 11 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai :

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (JA19)

Tarikh tutup permohonan 11 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong universiti teknologi malaysia (utm) ogos 2016

LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.



Sumber:http://bit.ly/2ap5vmg
Read More

Mahu Membeli PlayStation VR? – Pastikan Anda Mempunyai Ruang Sebesar Ini Di Rumah: Informasi Teknologi

Leave a Comment

PlayStation VR akan mula dijual di Malaysia pada 13 Oktober hadapan pada harga RM 1849. Beberapa unit demo sudah mula muncul di beberapa cawangan Sony Center di ibu negara sekiranya anda mahu mencubanya sendiri. Persoalan yang pastinya wujud di minda bakal pemilik ialah apakah ruang minimum yang diperlukan di rumah?

PlayStation-VR-ruang

Sebuah pamphlet yang menjawab soalan lazim mengenai PlayStation VR tertiris ke arena web semalam. Antara maklumat yang kini diketahui ialah ruang minimum yang diperlukan untuk memastikan PS VR berfungsi dengan sempurna. Ruang yang diperlukan agak besar iaitu 3.0 x 1.9 meter. Kawasan ini perlu dikosongkan bagi memudahkan kamera PlayStation Eye menjejak pergerakan pemain tanpa sebarang halangan. Adakah pembaca Amanz mempunyai ruang sebesar ini di ruang tamu?

Sumber: http://bit.ly/2a8lqcc
Read More

Mingguan Amanz – Mi Notebook Air, PlayStation VR Malaysia, Prisma: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan dua peranti baru, iaitu sebuah telefon pintar yang dinamakan sebagai Redmi Pro, dan satu lagi adalah komputer riba berasaskan Windows 10 – dinamakan sebagai Xiaomi Mi Notebook Air.

BlackBerry turut mencuri perhatian dengan mengumumkan telefon Android kedua, tetapi kali ini membawakan skrin sentuh sepenuhya. Sony pada minggu ini telah mengumumkan PlayStation VR untuk pasaran tempatan. Peranti realiti-maya ini akan dijual bermula 13 Oktober 2016 ini pada harga RM1849.

Dalam arena aplikasi pula, Twitter telah memperkenalkan sokongan Night Mode untuk pengguna Android. Satu lagi aplikasi popular yang telah hadir ke peranti Android minggu ini adalah Prisma – yang membolehkan anda mengubah gambar kepada bentuk seni moden.

Sumber: http://bit.ly/2a85AhF
Read More

Waze Beta Hadir Dengan Fungsi Mengingatkan Anak Tidak Tertinggal Di Dalam Kenderaan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Setiap tahun kita akan mendengar berita tragis anak kecil meninggal dunia kerana tertinggal di dalam kenderaan yang dipandu. Sebagai seorang bapa, berita seperti ini amat menakutkan dan sebelum keluar saya akan menjenguk ke kerusi belakang sebagai langkah keselamatan. Terdapat beberapa sistem dicipta seperti Gabriel yang memastikan kejadian tragis seperti ini tidak berlaku. Alat seperti ini bagus tetapi perlu dibeli. Oleh itu sistem peringatan yang diperkenalkan Waze Beta ini adalah lebih mudah digunakan.

Waze-Beta-Kanak-Kanak-1

Menerusi fungsi ini anda boleh meletakkan peringatan sebelum memulakan pemanduan. Setibanya di lokasi, sebuah mesej khas akan terpapar pada skrin bagi mengingatkan anda supaya tidak terlupa anak yang dibawa. Sistem ini masih di dalam fasa ujian. Kami berharap ia akan dapat diaktifkan pada Waze secepat mungkin bagi mengurangkan kebarangkalian terlupa sehingga membawa maut.

Sumber: http://bit.ly/2a6UOZd
Read More

Square Enix Melancarkan Cosmos Rings Untuk Dimainkan Pada Apple Watch: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada minggu lepas, kita telah mendengar mengenai permainan genre RPG daripada Square Enix yang akan hadir khusus untuk dimainkan bersama Apple Watch. Kini, permainan berkenaan telah pun diterbitkan, dan sedia dimuat-turun oleh semua pengguna yang berminat.

Ini boleh dikatakan antara permainan yang khusus untuk Apple Watch, dan pada halaman aplikasi sendiri, pihak Square Enix menekankan yang mana ia tidak boleh dimainkan tanpa jam tangan pintar Apple Watch.

Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre RPG, dan mempunyai Apple Watch, anda mungkin boleh mencuba permainan ini untuk dimainkan pada skrin bersaiz 1.65-inci. Permainan ini ditawarkan secara berbayar pada harga $5.99.

Muat-Turun COsmos Rings untuk Apple Watch

Sumber: http://bit.ly/2aC6u5t
Read More

Jawatan Kosong di Bank Islam Malaysia Berhad - 27 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong kerajaan terkini di Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) sebagai :

1. Deposit Marketing Executive
2. Bureau de Change (BdC) Officer

Tarikh tutup permohonan 27 Ogos 2016 
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun / Swasta

jawatan kosong di bank islam ogso 2016

Permohonan jawatan secara online disini

Sumber:http://bit.ly/2ay10Yk
Read More

Jawatan Kosong Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) - 25 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sebagai :

1. LIBARARY EXECUTIVE 2. ADMINISTRATIVE OFFICER3. RESEARCH OFFICER

Tarikh tutup permohonan 20 - 25 Ogos 2016 
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di utp ogos 2016

COMPANY OVERVIEW
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) was established in 1997 and has grown to be one of the most prominent private universities in Malaysia.  UTP offers wide range of industry-relevant engineering and technology programmes at undergraduate and postgraduate levels.

UTP has produced more than 10,000 graduates and currently has an enrolment of over 6,000 undergraduates and 1,200 postgraduates from more than 50 countries around the world. UTP complements its engineering and technology programmes with quality education in the areas of management and humanities, with the aim of producing well-rounded graduates with excellent leadership qualities and communication abilities.UTP is the only private university in Malaysia to be rated a 4-star institution by Quacquarelli Symonds (QS), with a maximum five-star rating in five areas out of eight, namely employability, internationalisation, innovation, facilities and access. 

UTP also maintains its ranking in the top 200 for the 2015 QS World University Ranking by subject for Chemical Engineering, with the additional of three new subjects including Electrical & Electronic Engineering, Mechanical Engineering and Computer Science & Information Systems have positioned themselves in the world ranking.UTP is the only private university in Malaysia to be ranked in the top 200 for the 2014 QS Asia University Rankings and ranked at 335 for the QS World University Rankings under Engineering and Technology Faculty.

UTP continues to provide distinctive educational opportunities to its students with the rating of Tier 5 (Excellent) University for SETARA (Rating System for the Malaysian Higher Education Institutions) and achieved Tier 5 for D-SETARA (Discipline-Based Rating System) in engineering.

UTP also places strong emphasis on Research and Development as it strives to achieve the status of an internationally renowned Research University.   The university conducts extensive research activities in collaboration with PETRONAS and other institutions and industries locally and abroad focusing on nine niche areas which are Enhanced Oil Recovery, Carbon Dioxide Management, Deepwater Technology, Nanotechnology, Green Technology, Biomedical Technology, Hybrid Energy Systems, Intelligent Cities and Sustainable Resources. This is evident when UTP recently was awarded a 6-star rating by Malaysian Research Assessment (MYRA) Instrument for its research, development and commercialisation efforts recently. On the other note, UTP’s Centre of Excellence (COE), Centre for Intelligent Signal and Imaging Research was recognised by the Ministry of Education as the National Higher Institution COE in 2014 focusing on biomedical image analysis with neuro chemical imaging as its research niche area. Besides CISIR, UTP Centre of Innovative Nanostructures and Nanodevices, was also recognised as a national COE by Science, Technology and Innovation Ministry in 2011.



Sumber:http://bit.ly/2aFzk3s
Read More

Jawatan Kosong Terkini di Pos Malaysia Berhad - 26 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pos Malaysia Berhad sebagai :

1. Quantity Surveyor
2. Investigation Officer
3. Assistant Executive, Designs & Creative
4. Executive, Technical Support
5. Senior System Analyst
6. Project Manager, Project Management Office (Technical Lead)

Tarikh tutup permohonan 02 - 26 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

jawatan kosong di pos malaysia berhad ogos 2016

COMPANY OVERVIEW
Pos Malaysia Berhad is a Public Listed Company on the Main Board of Bursa Malaysia. We employ more than 16,000 people, at more than 700 outlets, reaching more than 6 million addresses nationwide.With a solid financial standing, we continue to deliver to our stakeholders the good performance that is expected of us, year in and year out.



Sumber:http://bit.ly/2anF2be
Read More

Jawatan Kosong Terkini di MAIK Kelantan - 21 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai :

1. IMAM TUA
2. IMAM MUDA 
3. BILAL

Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di maik kelantan ogos 2016

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang khas yang boleh didapati di Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan pengurusan masjid mukim berkenaan.

ii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

iii) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :

YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang
15200 KOTA BHARU



Sumber:http://bit.ly/2abaaqZ
Read More

Hotlink Dan Grab Akan Bekerjasama Untuk Memudahkan Pengguna Menangkap Pokemon: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pokemon Go telah menjadi salah satu permainan yang agak popular dan hangat diperkatakan ramai. Terkini, ia dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi – dan pihak Maxis melalui Hotlink dan Grab dilihat bersedia dengan promosi mereka tersendiri.

PokeMobile

Hotlink dan Grab dilihat akan menawarkan sebuah perkhidmatan yang dinamakan sebagai PokeMobile. Melaluinya, pengguna Hotlink boleh membuat tempahan Grab percuma, dan membawa pengguna ke PokeStop yang terdekat. Hotlink juga dilihat akan menawarkan 20 trainer pertama dengan PokeCoins bernilai USD100.

Ia tidak diketahui lagi bilakah promosi ini akan diumumkan secara rasminya. Daripada halaman ujian percubaan yang tertiris, ia dilihat Hotlink dan Grab akan menawarkan PokeMobile ini pada 2 Ogos 2016 dan juga 3 Ogos 2016 ini, bermula 10 pagi hingga 7 petang.

PokemonGO Hotlink

Sumber: http://bit.ly/2aDUX70
Read More

Jawatan Kosong di Lembaga Air Perak (LAP) - 10 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Lembaga Air Perak (LAP) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Air Perak (LAP) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19


Tarikh tutup permohonan 10 Ogos 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun / Swasta

Jawatan kosong di lembaga air perak ogos 2016

PERINGATAN
Bagi   tujuan   pelantikan   ke Lembaga   Air   Perak,   calon yang   memohon   jawatan   yang mensyaratkan  kelayakan  masuk  Sijil  Pelajaran  Malaysia  perlu  memiliki  sekurang-kurangnya keputusan atau

a) lulus   enam   mata   pelajaran  termasuk  Bahasa   Melayu,   dengan  dua   daripada   mata pelajaran  adalah  di  peringkat  Kepujian  dan  selebihnya  peringkat  Lulus  dalam  satu peperiksaan; atau

b) lulus enam mata pelajaran termasukBahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di  peringkat  Kepujian  dan  selebihnya  peringkat  Lulus  yang  dikumpulkan  dalam  dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan 

c) memenuhi  syarat  kelayakan  Bahasa  Melayu  iaitu  Kepujian  dan  subjek-subjek  tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON 
Borang-borang  permohonan  jawatan  boleh  dimuat  turun  dan  dicetak  daripada  laman sesawang Lembaga  Air  Perak - http://bit.ly/2aBJKCV beserta  syarat  syarat  dan maklumat jawatan. 

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR LEMBAGA AIR PERAK 
JALAN ST. JOHN,
30200 IPOH.
U/P: Unit Perjawatan).



Sumber:http://bit.ly/2aBJF20
Read More

Kyocera DuraForce PRO – Peranti Tahan Lasak Pertama Dengan Dwi-Kamera: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sistem dwi-kamera ialah fungsi yang menjadi ikutan sekarang dengan LG G5 dan Huawei P9 menjadi dua peranti utama yang menggunakannya tahun ini. Sistem berbeza digunakan pada kedua-dua kamera. Pada G5 dua lensa berbeza digunakan untuk mengambil gambar jauh dan dekat. Pada P9 lensa kedua dilengkapi sensor monokrom. Kyocera tidak mahu ketinggalan dan menerjah masuk ke area peranti dwi-kamera dengan DuraForce PRO.

kyocera-duraforce-pro-1

Kyocera DuraForce PRO mempunyai kelebihan kerana ia merupakan peranti tahan lasak pertama menggunakan sistem ini. Peranti ini kalis air dan debu. Ia dijangka memasuki pasaran Amerika Syarikat pada suku ke-empat. Spesifikasi yang diketahui setakat ini ialah dwi-kamera 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri pula sebesar 3420 mAh dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Adakah peranti tahan lasak seperti ini mempunyai pasaran di Malaysia?

Sumber: http://bit.ly/2ak2vGz
Read More

Rekaan Gear VR Baru Untuk Samsung Galaxy Note 7 tertiris: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Gear VR ialah peranti realiti maya yang paling popular di dunia dengan lebih sejuta pengguna aktif setiap bulan. Ini besar kemungkinan kerana Samsung menyertakannya dengan pembelian S7 dan S7 Edge di beberapa pasaran. Sempena pelancaran Galaxy Note 7 dalam masa beberapa hari, mereka nampaknya menghasilkan model baru untuk phablet ini. Rekaan Gear VR baru ini sudahpun tertiris.

GEar VR Note 7

Rekaan luaran tidak menunjukkan perubahan yang ketara cuma ia kini berwarna hitam. Turut dilaporkan Gear VR mempunyai sudut pandangan 110 darjah berbanding 96 darjah sebelum ini. Sambungan USB-C disokong kerana penggunaannya pada Note 7. Dari segi saiz ia juga sedikit besar dengan ukuran 207x 122 x 98.5 mm .Gear VR terdahulu mempunyai ukuran198 x 116 x 90mm. Akhir sekali terdapat penyesuai sambungan MikroUSB bagi membolehkannya digunakan dengan Galaxy S6, Note 5 dan S7.

Sumber: http://bit.ly/2antAwm
Read More

Instagram Kelak Akan Membolehkan Pengguna Menapis Komen Pada Gambar: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada Instagram, mungkin ada sesetengah pengguna yang tidak selesa dengan komen-komen berbentuk troll daripada pengguna lain. Kini, untuk mengatasi perkara berkenaan, Instagram dilaporkan bakal memperkenalkan fungsi menapis komen kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Instagram

Menurut laporan WashingtonPost, Instagram kelak akan memudahkan pengguna untuk menapis komen, selain turut menawarkan kebolehan untuk menutup fungsi komen pada perkongsian mereka.

Instagram dijangka memperkenalkan fungsi ini kepada akaun dengan pengikut paling ramai terlebih dahulu, sebelum ia diperkenalkan kepada semua pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: http://bit.ly/2a6lpFv
Read More

Oppo F1s Diperlihatkan Melalui Video Sebalik Tabir Iklan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Oppo bakal memperkenalkan Oppo F1s secara rasmi pada minggu hadapan, dan diikuti di Malaysia selepas itu. Kini, dalam mengekalkan momentum pemasaran untuk peranti baru berkenaan, Oppo Malaysia telah pun menerbitkan video sebalik tabir iklan Oppo F1s yang dibintangi oleh Nora Danish, sekaligus secara kasar memperlihatkan peranti Oppo F1s berkenaan.

Oppo F1s

Oppo F1s

Oppo F1s

Oppo F1s

Oppo F1s dilihat bakal membawakan kamera hadapan 16-megapixel, dan seperti biasa dilengkapi dengan sokongan Beautify 4.0 yang menawarkan kebolehan merakamkan gambar dengan jelas melaluinya. Dari segi rekaan, ia mengekalkan rekaan ikonik Oppo, dan turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan.

Oppo F1s menggunakan pengecasan berasaskan kabel mikro-USB, dan tidak mustahil kita melihat integrasi pengecasan pantas VOOC padanya.

Spesifikasi penuh peranti ini akan diketahui pada minggu hadapan, dan kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan penawarannya daripada Oppo Malaysia pada pertengahan Ogos ini.

Sumber: http://bit.ly/2ambric
Read More

Aksesori Untuk Galaxy Note 7 Mula Kelihatan Di Malaysia – Pelancaran Pada Bulan Ogos?: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Samsung bakal melancarkan Galaxy Note 7 secara rasminya pada 2 Ogos 2016 ini, dan kita akan dapat mengetahui mengenai penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan ketika pelancarannya kelak. Kini, lebih awal daripadanya, aksesori untuk Galaxy Note 7 telah mula kelihatan di Malaysia.

Galaxy Note 7

Galaxy Note 7

Beberapa kedai telah mempunyai aksesori Galaxy Note 7, dan mula menjualnya kepada pelanggan. Daripada aksesori yang hadir, ia dilihat selari dengan apa yang kita lihat beberapa minggu lepas daripada @evleaks.

Penawaran aksesori ini di Malaysia sekaligus memberikan petanda yang mana Galaxy Note 7 akan dijual di pasaran tempatan lebih pantas berbanding dengan kebiasaannya yang mengambil masa sekitar sebulan. Mengikut beberapa sumber, ia dikatakan akan hadir ke Malaysia sekitar pertengahan Ogos ini kelak.

Terima kasih Ayie untuk gambar.

Sumber: http://bit.ly/2awgvQC
Read More

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Set Realiti-Maya Mereka Pada 1 Ogos: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Xiaomi agak aktif dalam memperkenalkan produk baru akhir-akhir ini. Selepas memperkenalkan Redmi Pro dan juga Xiaomi Mi Notebook Air, kini Xiaomi menjadualkan acara pada 1 Ogos kelak untuk memperkenalkan set realiti-maya mereka tersendiri.

Xiaomi memanggilnya sebagai Xiaomi VR Headset. Buat masa ini, ia masih menjadi misteri berkenaan bagaimana ia akan berfungsi – sama ada akan mempunyai skrin tersendiri, ataupun perlu menggunakan telefon pintar sebagai skrin. Memandangkan Xiaomi menjadualkan acara khusus untuk pengenalan peranti ini, tidak mustahil untuk kita turut melihat Xiaomi mengumumkan beberapa penawaran kandungan untuk paparan realiti-maya untuknya.

Xiaomi VR Headset ini seperti kebanyakkan produk Xiaomi lain, dijangka akan khusus untuk pasaran China sahaja untuk peringkat awal.

Sumber: http://bit.ly/2avWXf4
Read More

Huawei Matebook Hadir Ke Malaysia – Harga Bermula RM3999: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Huawei telah memperkenalkan komputer Windows 10 mereka pada Mobile World Congress 2016 yang lepas, menjadikan Huawei turut menyertai arena perkomputeran selain daripada telefon pintar dan tablet.

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0049

Huawei Matebook hadir dengan rekaan 2-dalam-1, sesuai untuk digunakan ramai pengguna untuk tujuan pekerjaan dan produktiviti. Selepas pelancaran beberapa bulan lepas, hari ini, Huawei Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran Huawei Matebook di Malaysia.

Tiga variasi bakal ditawarkan, iaitu menggunakan Intel Core m3, Core m5, dan Core m7. Masing-masing berharga RM3999, RM5399 dan RM6699. Bermula esok, Huawei Malaysia akan menjual versi Intel Core m3 terlebih dahulu, sementar dua model lagi akan hadir pada masa akan datang.

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0112

MWC2016 - Huawei MateBook IMG_0052

Huawei Matebook versi m3 ini hadir dengan skrin 12-inci pada resolusi 2160×1440 pixel, dilengkapi memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB. Berbeza dengan Surface yang menjual papan kekunci secara berasingan, pihak Huawei menyertakan sekali Huawei Keyboard tanpa sebarang penambahan harga.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei Matebook ini dari pengedar rasmi Huawei bermula esok. Sementara dua model lagi iaitu masing-masing berasaskan m5 dan m7 akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Baca : Pandang Pertama Huawei Matebook

Sumber: http://bit.ly/2aik35M
Read More

Perbandingan Xiaomi Mi Notebook Air 13, Lenovo Air 13 Pro Dan Apple Macbook Air 13: Informasi Teknologi

1 comment

Xiaomi Mi Notebook Air 13 dan Lenovo Air 13 Pro dilancarkan pada minggu ini sebagai pesaing kepada Apple MacBook Air. Ketiga-tiga komputer riba mudah alih ini bersaing di dalam pasaran yang sama. Pastinya ramai di kalangan pembaca Amanz yang tertanya-tanya komputer riba manakah paling berkuasa, mempunyai spesifikasi tertinggi dan berbaloi. Di bawah ialah perbandingan yang kami lakukan. Yang mana satukah yang anda rasakan paling berbaloi dan ingin dimiliki?

Perbandingan-Mi-Notebook-Air-2

 

Sumber: http://bit.ly/2a4kAx0
Read More

Huawei Dilihat Akan Menawarkan Pilihan Talam Aplikasi Melalui EMUI 5.0: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Semalam, kita telah melihat versi pembangunan awal Android 7.0 Nougat hadir untuk pengguna peranti Huawei P9. Terkini, daripada fail ujian beta yang tertiris berkenaan, beberapa fungsi baru dilihat akan hadir kepada pengguna peranti Huawei tidak lama lagi.

Salah satu fungsi yang bakal hadir adalah talam aplikasi. Seperti ramai sedia maklum, Huawei tidak pernah menawarkan fungsi talam aplikasi pada EMUI, dan ia bakal berubah pada EMUI 5.0 kelak.

Pengguna dilihat akan diberikan pilihan sama ada ingin hanya memaparkan aplikasi pada skrin utama sahaja, ataupun ingin memaparkan aplikasi pada talam aplikasi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Huawei, adakah anda akan memilih untuk memaparkan aplikasi dalam bentuk talam aplikasi, ataupun memilih untuk memperlihatkannya pada skrin utama?

Sumber: http://bit.ly/2aCXLye
Read More

Kemas Kini Diablo 3 Akan Memperkenalkan Tiga Tahap Kesukaran Baru: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Diablo 3 ialah permainan yang terkenal dengan tahap kesukarannya. Di dalam mod Hardcore sekiranya watak anda terbunuh, watak tersebut kekal mati selama-lamanya. Sungguhpun begitu permainan RPG isometrik ini masih mempunyai ramai peminat yang sangat pakar menghabiskan permainan walaupun pada tahap kesukaran tinggi. Sekiranya mereka mahukan cabaran lebih tinggi, kemas kini terkini Diablo 3 pastinya dinantikan.

Diablo-3-torment

Kemas kini ke versi 2.4.2 boleh dilakukan sekarang dan memperkenalkan tiga lagi tahap kesukaran. Tahap kesukaran ini ialah Torment XI, XII dan XIII. Permainan menjadi semakin susah tetapi nilai loot yang ditemui akan meningkat. Selain kesukaran baru, kemas kini akan membawa perubahan pada antaramuka, memperbaiki pepijat dan kuasa Legendary baru untuk digunakan. Masa untuk kembali ke Sanctuary nephalem!

Sumber: http://bit.ly/2aBoG0z
Read More

Microsoft Disaman Lagi Kerana Kemas Kini Windows 10: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Hari ini ialah hari terakhir untuk pengguna mengemas kini PC mereka ke Windows 10. Bermula esok kemas kini berbayar akan dikenakan. Sekiranya anda masih belum melakukannya anda pasti dapat melihat skrin besar terpapar pada skrin mengingatkan anda untuk mengenainya. Adakah anda merasakan taktik yang digunakan Microsoft ini mengganggu kerja anda? Tiga pengguna Windows dari Florida Amerika Syarikat menjawab ya dan terus mengemukakan saman terhadap Microsoft.

Windows 10 Search

Saman dikemukakan kerana menurut mereka paparan iklan “pop up” yang digunakan melanggar garis panduan pengiklanan elektronik yang ditetapkan oleh FTC. Minggu lalu pula mereka disaman di Israel oleh seorang pengguna kerana PC beliau dikemas kini ke Windows 10 tanpa kebenaran. Ini melanggar undang-undang membabitkan komputer di Israel. Ramai pengguna masih enggan mengemas kini kerana risau tentang keserasian program pasca kemas kini serta masalah yang mungkin timbul.

Sebelum ini seorang wanita berjaya menerima ganti rugi sebanyak $10000 dari Microsoft kerana kemas kini automatik yang berlaku. Syarikat beliau gagal beroperasi selama tiga hari kerana masalah yang ditimbulkan komputer yang tidak beroperasi dengan baik menggunakan Windows 10.

Sumber: http://bit.ly/2aOqGPm
Read More

Rekaan Samsung Galaxy Folder 2 Tertiris – Telefon Android Boleh Lipat: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Meneruskan tema retro hari ini, rekaan Samsung Galaxy Folder 2 tertiris selepas ia menerima persijilan TENAA China. Kepada yang kurang arif dengan keluarga Galaxy Folder, ia peranti Android dengan rekaan boleh lipat yang amat popular di awal milenium yang lalu. Perubahan yang dilihat ialah panel belakang yang lebih melengkung dan sokongan flash pada kamera utama.

Galaxy-Folder-2

Spesifikasi adalah seperti berikut.  Skrin 3.8″ dengan resolusi 480×800 pixel, pemproses Snapdragon 425, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan sebesar 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri pula ialah sebesar 2000 mAh. Memandangkan Galaxy Folder tidak pernah memasuki pasaran Malaysia, kemungkinan besar Galaxy Folder 2 juga akan menerima nasib yang sama.

Sumber: http://bit.ly/2aOkvdZ
Read More

Sharp Basio 2 – Telefon Pintar Dengan Butang Panggilan Telefon Fizikal: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Kali terakhir kami menggunakan peranti dengan butang panggilan telefon fizikal adalah sekitar tujuh tahun yang lalu. Sejak berpindah ke peranti pintar dengan skrin sesentuh, keperluan untuk butang khas seperti pada feature phone adalah rendah. Tetapi di Sharp mereka merasakan rekaan retro masih harus dikembalikan. Hasilnya ialah Sharp Basio 2, sebuah peranti Android 6.0 dengan butang panggilan telefon, home dan email fizikal pada bahagian dagu.

Sharp-Basio-2-3

Ia turut dilengkapi skrin 5″ IGZO 720P, pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Megapixel terletak pada bahagian belakang dengan penutup dan butang kamera khas. Ia turut mempunyai tahap ketahanan IP58 serta bateri sebesar 2810 mAh. Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan merah. Harga jualan tidak diketahui buat masa ini.

Sumber: http://bit.ly/2aflRhf
Read More

SymGym – Pengawal Permainan Berbentuk Mesin Senaman: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Terdapat pelbagai permainan sukan yang boleh dimainkan pada konsol dan PC. Siri FIFA contohnya ialah siri yang terjual dalam jumlah yang besar saban tahun. Anda mungkin seorang kaki bangku di dunia sebenar tetapi di dalam dunia FIFA anda boleh menjadi sehebat Safiq Rahim. Masalah permainan seperti FIFA ialah hanya jari yang “bersenam”. Anggota tubuh lain tidak digunakan secara aktif. Konsol seperti Wii pula hanya menggerakkan anggota tetapi tidak membuatkan anda benar-benar berpeluh.

SymGym-2

Oleh itu SymGym dihasilkan dengan tahap rintangan bagi membolehkan pengguna bersenam dengan sempurna. Sebagai contoh apabila watak yang dikawal mendaki bukit. Butang untuk berjalan anda memerlukan lebih banyak tenaga untuk ditekan. SymGym boleh digunakan sebagai pengawal untuk PlayStation 4 dan Xbox One dengan set butang yang lengkap. Buat masa ini SymGym hanya boleh digunakan di rangkaian gimnasium tertentu dengan yuran $15 sebulan. Masih tiada peranangan untuk menjualnya secara terbuka kepada pengguna.

Sumber: http://bit.ly/2agc7bs
Read More

Apple Dilaporkan Beralih Fokus Dari Pembangunan Kenderaan Kepada Sistem Pemanduan Automatik: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Apple sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan kereta elektrik pintar mereka tersendiri, dan mempunyai pasukan yang besar membangunkannya. Pihak Apple tidak pernah mengesahkan kewujudan projek mereka tersebut ini, dan baru-baru ini telah hadir laporan baru yang mengatakan Apple telah menangguhkan pengenalan kereta elektrik mereka ke beberapa tahun lagi.

Hari ini, desas-desus baru hadir mengatakan Apple telah beralih fokus untuk hanya membangunkan perisian dan sistem pemanduan automatik sahaja untuk sementara ini. Apple dikatakan mungkin hanya hadir dengan kereta mereka tersendiri melalui kerjasama dengan pengeluar kenderaan sedia ada. Sebelum ini, ia telah dikatakan Apple telah berbincang dengan beberapa pengeluar – termasuk BMW.

Dengan peralihan fokus terhadap kepada sistem pemanduan pintar, ia mungkin lagi memudahkan Apple untuk mendapatkan pegangan pasaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenderaan mereka tersendiri kelak. Namun, ia mungkin akan menjadi sedikit berbeza dengan kaedah syarikat gergasi berkenaan beroperasi – memandangkan sebelum ini, daripada komputer riba sehinggalah kepada telefon pintar dan jam tangan, mereka biasanya menggunakan perisian yang dibangunkan pada perkakasan keluaran mereka sahaja.

Sumber: http://bit.ly/2a3xcoi
Read More

Sea Hunter – Dron Memburu Kapal Selam Melepasi Ujian Pertama: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Dron ialah teknologi yang akan digunakan secara lebih meluas di dalam medan peperangan masa hadapan. Penggunanya bukan sahaja mengelakkan risiko kematian anggota tentera malah mengurangkan kos operasi secara mendadak. Amerika Syarikat sudah menguji dron CARACaS untuk mengawal kapal perang, Israel mempunyai dron mengawal lapangan terbang dan Indonesia menghasilkan dron mengawal pesisir pantai. Kini teknologi dron dibangunkan untuk memburu kapal selam musuh dan ia mungkin digunakan di konflik Laut China Selatan.

SEA-HUNTER-ACTUV-3Sea Hunter ialah sebuah dron berbentuk kapal yang direka untuk memburu kapal selam. Ia mampu beroperasi tanpa campur tangan manusia selama 90 hari. Ia dilengkapi sistem sonar dan torpedo untuk memusnahkan musuh yang ditemui. Dron pembunuh kapal selam ini dibangunkan bagi mengatasi ancaman kapal selam diesel yang semakin banyak dibina oleh negara seperti China. Sistem Tujahan Bebas Udara (Air Independent Propulsion) kapal selam diesel ini adalah lebih senyap berbanding sistem nuklear. Amerika melihat ini sebagai ancaman terhadap armada mereka dan Sea Hunter ialah jawapannya.

Dron ini sudah selesai menjalani ujian fasa pertama dengan jayanya dan menanti ujian sistem panduan automatik pada fasa kedua. Ia adalah dron pertama di bawah projek ASW Continuous Trail Unmanned Vessel (ACTUV)  yang bawah kelolaan DARPA dan Office of Naval Research (ONR) . Prototaip pertama dibina pada tahun 2014 dan ujian pertama dilakukan sejak awal tahun ini.

Kos operasi sehari Sea Hunter ialah sekitar $15000 berbanding $700000 menggunakan kapal Destroyer sedia ada. Armada dron Sea Hunter boleh dilepaskan ke kawasan konflik untuk memburu kapal selam musuh dan memusnahkannya sebelum kehadiran kapal pengangkut kapal terbang. Sekiranya semua berjalan lancar, Sea Hunter akan beroperasi secara berangkai dengan dron udara MQ-4C Triton dan P-8 Poseidon yang digunakan dalam operasi mencari MH370 dua tahun yang lalu.

SEA HUNTER ACTUV 2

Sumber: http://bit.ly/2aAiLsE
Read More

Samsung Gear S3 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan September 2016: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar dengan skrin bulat mereka pada tahun lepas, iaitu Gear S2. Ia menjadi jam tangan pertama yang hadir menyokong semua peranti Android – selain sokongan untuk iPhone turut dijangka bakal diperkenalkan. Kini, dengan tempoh setahun menjelang tiba, Samsung dilihat telah bersedia dengan generasi baru jam tangan pintar berkenaan.

Samsung Gear S2 Classic

Menurut SamMobile, Samsung dijangka akan memperkenalkan Samsung Gear S3 pada acara IFA 016 tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 2 September 2016 kelak.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan jam tangan pintar ini masih tidak diketahui. Apa pun, Samsung dijangka akan mengekalkan rekaan skrin bulat mereka dengan panel yang boleh diputarkan – sama seperti pada Gear S2.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai jam tangan pintar Samsung ini dalam minggu-minggu akan datang.

Sumber: http://bit.ly/2aNp3RY
Read More

Apple Store Pertama Di Singapura Dijangka Dibuka Pada Bulan November Kelak: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sudah menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna tempatan untuk menghadirkan diri ke negara jiran kita, Singapura apabila Apple melancarkan sebarang produk baru. Ini adalah kerana Singapura adalah salah satu negara yang sering mendapat produk Apple pada peringkat pertama.

Apple Store

Bermula penghujung tahun ini, mungkin anda ada lagi satu sebab untuk ke Singapura bagi mendapatkan barangan Apple, iaitu Apple Store rasmi pertama di Asia Tenggara.

Apple telah mengesahkan pada tahun 2015 lepas, mereka akan membuka Apple Store pertama di Singapura, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh rasmi ataupun lokasi untuknya.

Terkini, gambar pembangunan untuk kedai Apple rasmi pertama berkenaan hadir ke arena web – dikatakan akan terletak di Orchard Road di Singapura. Pembangunan ini dijangka akan habis sepenuhnya pada penghujung Oktober 2016 ini – sekaligus memberi ruang untuk Apple membukanya secara rasmi pada bulan November ini.

Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi bilakah Apple Store rasmi akan hadir ke Malaysia. Beberapa desas-desus berkaitan dengannya telah pun mula kedengaran, dan dikatakan Apple sedang mencari lokasi yang bersesuaian untuknya.

Sumber: http://bit.ly/2a7qIA5
Read More

#SembangLebat – Telefon Mid-Range Terkini atau Flagship Lama: Mana Lebih Berbaloi?: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Setelah lama tidak bersiaran, kini Arib dan Effi kembali untuk #SembangLebat Musim Ke-2!

Bagi anda yang baru mengenali #SembangLebat, ia merupakan sebuah segmen video podcast secara santai dalam membincangkan beberapa topik teknologi semasa dan popular dikalangan pengguna dan industri ICT secara amnya.

Minggu ini mereka akan membincangkan kelebihan dan kekurangan membeli peranti mid-range tahun ini berbanding membeli flagship pada keluaran tahun-tahun lepas. Jika dinilai dari segi spesifikasi, adakalanya peranti flagship lama dilihat lebih berbaloi apabila diuji dari segi sokongan kustomasi dan kamera. Namun dengan peningkatan teknologi hari demi hari, peranti mid-range telah mula menawarkan pengalaman setanding peranti-peranti flagship lama melalui penambahan fungsi dan prestasi yang lebih pantas.

Sumber: http://bit.ly/2aMPsiZ
Read More

Twitter Memperkenalkan Sokongan Sticker Untuk Semua Pengguna: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Twitter sebelum ini telah mengumumkan fungsi Sticker yang membolehkan pengguna menambah ikon atau emoji bersaiz besar pada gambar, dan memberikan kesan yang lebih menarik pada gambar yang ingin dikongsikan. Hari ini, fungsi berkenaan secara rasminya diperkenalkan untuk semua pengguna.

Twitter Sticker

Kini, apabila anda membuka aplikasi Twitter, dan memilih gambar untuk dikongsikan – ia akan memaparkan sebuah ikon wajah. Pengguna boleh tap padanya, dan menambah sticker pada gambar yang ingin dikongsikan.

Seperti pelbagai kemaskini sebelum ini, fungsi sticker ini sedang diperkenalkan secara berperingkat. Kami telah menerima fungsi ini pada aplikasi Twitter kami di beberapa peranti, tetapi masih terdapat yang masih belum menerimanya buat masa ini.

Sumber: http://bit.ly/2ag8psq
Read More

Aladdin Street – Laman E-Dagang Produk Halal Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada awal tahun ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mengumumkan penyertaan beliau dalam arena internet melalui sebuah laman e-dagang yang memfokuskan kepada produk halal. Ia diberikan nama Aladdin Street, dan dilihat beroperasi sebagai sebuah marketplace yang membolehkan penjual lain menggunakannya dalam penawaran produk-produk mereka.

Aladdin Street

Terkini, selepas beberapa bulan diumumkan, perkhidmatan Aladdin Street dilihat telah beroperasi, dan sejumlah produk mula ditawarkan melaluinya. Aladdin tidak hanya menawarkan produk makanan halal sahaja, sebaliknya turut menawarkan pelbagai produk lain – termasuk barangan elektronik.

Pengguna sudah boleh melakukan pembelian menggunakannya di web, ataupun melalui aplikasi mudah-alih di Android atau iPhone. Buat masa ini, kami masih belum cuba melakukan pembelian menggunakannya.

Aladdin Street

Ketika pengenalannya tempoh hari, Dr Sheikh Muszaphar telah mengatakan mereka ingin menjadi sebesar Amazon, dan ingin beroperasi di lebih kurang 30 buah negara. Selain di Malaysia, hari ini mereka turut telah mengumumkan akan mula beroperasi di Singapura tidak lama lagi.

Bagi anda yang aktif membeli-belah di arena online, anda mungkin boleh menyemak laman Aladdin Street ini, dan membandingkannya sama ada anda boleh mendapatkan produk pada harga lebih rendah berbanding laman lain.

Muat-Turun Aladdin Street untuk Android

Muat-Turun Aladdin Street untuk iPhone

Layari : Aladdin Street

Sumber: http://bit.ly/2ajluEM
Read More