BAHAYA!! Kebangkitan Virus Cerber. HATI-HATI, Kalau Dah Kena Menyesal Seumur Hidup!

Leave a Comment

Sebulan-dua ni, satu virus yang sangat bahaya telah muncul di arena Internet yang dinamakan Cerber. Sebenarnya tidak tepat kita panggil virus, istilah yang tepat adalah ransomware atau dalam bahasa Melayunya belum lagi diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kenapa virus ni sangat bahaya dan boleh membuat seseorang bunuh diri dan sebagainya? 

Mari aku beritahu.

Virus dia macam ni. Apabila sahaja anda dijangkiti oleh virus ni, semua fail-fail di dalam komputer anda akan diencrypt atau dalam bahasa mudahnya dilock dan anda tidak akan boleh mengaksesnya lagi melainkan anda kena BAYAR 500 Euro(lebih kurang RM 2200) kepada pencipta virus tu untuk menyahlock balik fail tu, itupun belum tentu 100% fail tu boleh dikembalikan. Celaka betul brader yang cipta virus tu.

Setakat ini belum ada perisian antivirus yang mampu membuang virus ini dan mengembalikan fail anda tanpa perlu berkorban RM 2k lebih, dan diyakini akan tidak ada langsung penyelesaian untuk mengembalikan fail anda yang dilock itu, virus dibuang mungkin tak mustahil, tetapi fail yang dilock /disulitkan tidak akan dapat dinyahlockkan lagi, kerana diencrypt menggunakan teknologi penyulitan ketenteraan.

Bayangkan kalau fail-fail anda yang penting, fail-fail kerja contohnya, yang bernilai mungkin ratusan hingga ribuan ringgit, habis semua hilang, dalam sekelip mata, tak ke rasa macam nak bunuh diri? Tambahan pula, jikalau waktu jangkitan itu external hard disk anda tengah bersambung ngan komputer pun akan turut dijangkiti, walaupun sambungan guna wireless. Pendrive pun tak terkecuali.

Jadi langkah penyelesaiannya adalah buat persediaan sebelum kena, sebab kalau dah kena, buat apa pun tak guna. Caranya selalu backup fail-fail penting anda ke banyak biji external, ataupun cara yang paling selamat adalah backup atau simpan fail anda itu di storan awan macam Dropbox, Google Drive, One Drive dan lain-lain.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Read More

Kemaskini Pelayar Chrome Sekarang! Versi 50 Sangat Laju Dan Lancar.

Leave a Comment
Pelayar Internet Chrome


Salam.

Tidak dinafikan lagi pelayar Internet Chrome adalah pelayar Internet yang paling terbaik sekali di planet Bumi ini meski pun versi Androidnya tidaklah berapa memuaskan hati, tetapi tidak mengapalah kerana kebanyakan orang menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja yang penting.

Bagi sesiapa yang belum lagi mengemaskini ataupun update Google Chrome kepada Google Chrome versi 50 silalah berbuat demikian kerana ia tidak merugikan. Pergi he Help->About Google Chrome untuk kemaskini.

Kemaskini kali ini sangat lancar dan smooth. Bab kata orang putih, holy shit! Tidak sia-sia penulis mengemaskininya. 

Pergi kemaskini dan tengok hasilnya. Cakap banyak pun tak guna. Terbaik sekali. Pergi sekarang. Pergilahhhh!!
Read More

Buang Cacing Dalam Badan Anda!

7 comments
Para Cacing Sangat Menggeruni Akan Brader Zentel Ini
Salam.

Hari ni nak cerita pasal cacing yang berpotensi berada di dalam tubuh badan anda. Jangan ingat budak kecik sahaja ada cacing dalam badan, budak besar pun berisiko besar kecacingan.

Cuma orang dewasa tidaklah kecacingan kerawit, iaitu cacing yang biasa menyerang kanak-kanak tu, tetapi cacing jenis lain terutamanya cacing benang. Cacing benang ni halus sangat memang susah nak nampak, lebih kurang benanglah sebab nama pun cacing benang.

Jadi macam mana cacing benang ni boleh masuk ke dalam badan kita orang dewasa yang bukannya main pasir main lumpur macam kanak-kanak tu? Telur cacing benang ni senang je nak masuk dalam badang iaitu melalui pemakanan. Akuilah sebersih mana pun engkau orang, risiko dijangkiti cacing benang itu sangatlah besar. Sebab telur cacing benang ni kecik sangat, pastu boleh terbang-terbang ditiup angin.

Jadi apa masalahnya kalau cacing benang mengkoloni tubuh badan kita? Pertama sekali, tak rasa gila babi ke kalau korang bayangkan ada cacing benang ni sedang makan angin dalam tubuh badan kita ni? Cacing benang ni boleh berada di mana-mana bahagian dalam badan, port dia yang paling dia suka terutamanya kulitlah..kulit tangan, kulit kaki, kulit muka...OMG!!! Jadi tidak menghairankan juga kalau korang selalu gatal yang agak kronik dan sebagainya, sebab kemungkinan besar ada haiwan tu dok berkeliaran di dalam kulit korang tu..

Aku cerita ni pasal aku ada experience lah kalau tidak aku pun tak mahu cerita. Aku cerita ni untuk manfaat kau orang jugak jadi dengar baik-baik.

Dulu aku selalu mengalami ketumbit di kulit kelopak mata. Kalau sembuh pun nanti dia naik balik tak lama lepas tu, dan sembuh pun, masih terasa gatal dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari aku tilik mata aku di cermin dan tengok di kelopak mata aku ni macam ada benda seperti benang halus dalamnya..nak suspect urat mata macam mustahil pulak pasal mata aku sebelah lagi tak ada pulak..lalu aku terlintas la pasal cacing dan aku mulakan sesi menggoogle..setelah lama mengoogle aku yakin apa yang berada di kelopak mata aku tu adalah cacing benang! Tidak mengejutkan juga sebab aku biasa sahaja merasakan kelopak mata aku dan bahagian kulit mata aku berdenyut macam ada benda pulak bawah tu..

Lalu apa lagi aku pun cepat-cepat pergi ke farmasi dan beli ubat cacing Zentel ni. Daripada penggoogelan aku, ubat cacing ni memang sangat bagus jadi aku beli yang inilah, jenama ini. Aku beli 3 bungkus. Dakan satu bungkus tu ada 2 tablet dia. Jadi sekali sehari makan 2 biji tablet tu selama 3 hari. Ingat 3 hari sahaja! Jangan lebih-lebih pulak mati kang korang sape nak jawab. Pastu kau orang mungkin akan mengalami loya ke demam ke dalam tempoh 3 hari tu tapi jangan bimbang, itu tandanya ubat tu tengah membunuh cacing durjana tersebut.

Hari pertama lepas korang makan 2 biji tablet tu korang boleh check najis korang, nanti kalau korang memang ada cacing benang dalam badan tu, nanti dia keluar ngan najis-najis tu lah..dia kecik-kecik je macam benang warna putih..tapi korang tak usahlah pulak pergi hadapkan muka korang kat najis tu pula..jangan buat gilababi macam ni..sebab benda ni kecik susah korang nak nampak.Tapi apapun, yakinlah semua cacing tu dah keluar...kalaupun yang berada dalam kulit tu, kalau dia tak keluar pun nanti dia mati, then proses metabolism akan cerna jugak cacing mati tu dan sisa cerna cacing tu akan keluar jugak melalui najis dan air kencing.

Ubat Zentel memang kuat dalam membunuh sebarang cacing..cacing-cacing jangan buat onar dengan ayahanda Zentel, buruk padahnya.

Jadi dalam kes aku sekarang ni, mata aku dah tak selalu ketumbit dah, dan tak pernah dah setakat aku makan ubat Zentel selama 3 hari tuh. Alhamdulillah. Nanti untuk mengekalkan tubuh badan bebas cacing, bolehlah makan Zentel pulak tahun depan, iaitu setahun sekali makannya..jangan buat gila makan selalu ubat ni..kang tak pasal pasal mati pulak kang..nanti bukannya cacing yang korang bunuh sebaliknya diri korang sendiri pulak...hahahahah..kbai.
Read More

Tips: Ridsect Habis, Minyak Wangi Sebagai Penyelamat!

Leave a Comment
"Ridsect goodnight tak diganggu nyamukkkk! Eewaaah!"


Salam.

Korang semua mesti pernah mengalami situasi di mana ketika khidmat bakti seekor Ridsect diperlukan namun ianya sudah tidak bernyawa dan tidak mampu bernafas lagi. Anda terpaksa tidur dalam keadaan nyamuk yang gigit sana gigit sini.

Tetapi adakah saudara mempunyai minyak atar, atau minyak wangi? Apakah kaitan saya sebut minyak wangi pulak ni? Kaitannya ialah minyak atar dapat dijadikan sebagai penghalau nyamuk yang berkesan. "Holy sh**!", ujar anda mengajuk ayat yang sering diujarkan oleh mak salleh di dalam TV dan movies. Anda sedang confuse sekarang ni. Mungkin anda cakap saya gila babi kerana mengeluarkan kenyataan yang kontroversi ini. Janganlah cakap macam tu dengar dulu apa saya nak tulis ni. Kesian juga kat babi kerana menjadi mangsa tuduhan liar engkau orang ni.

Dia cerita dia macam ni. 2-3 tahun lepas aku semasa aku sedang melayari alam maya, aku terjumpalah makhluk yang mengatakan minyak wangi boleh dijadikan untuk menghalau nyamuk. Aku pun cubalah memang menjadi sangat-sangat! Aku berpuas hati. Itu sebablah aku nak kongsi ilmu ni, manalah tahu kan kau orang tengah-tengah Ridsect habis tu ataupun tak ada Ridsect sebab miskin tak mampu beli, korang boleh guna teknik ni, 100% berkesan dan tidak membahayakan.

Hahaha..relaxla aku nak bagitaw dah ni macam mana. Biasalah nak buat karangan ni kena buat mukaddimah dulu. Okaylah mukaddimah aku dah habis. Cara-cara untuk mengelakkan digigit nyamuk guna minyak atar ni senang sahaja.

Korang hanya perlu pakai, sapu dan lumurkan minyak atar tu ditempat di badan korang. Tak perlu banyak , asalkan badan korang yang tempat nyamuk nak gigit tu berbau minyak wangi. Disyorkan minyak atar yang murah tu, tapi bukan minyak wangi yang murah yang sembur tuh..kalau mampu guna minyak wangi yang beratus pun no hal punya...dah kaya kan takkan tak mampu beli  :p

Lepas tu pasti, pasti sik nyamuk nggak bakalin gigitin lu lagi. Ini sirius gua bilangin sama lu.

Aku dah amal teknik ni bertahun dah memang sentiasa tidak mengecewakan. Aku sekarang pun tak pakai dah Ridsect semua tuh...jimat pun jimat nyamuk pun tak gigit...bau pun sedap tak macam Ridsect..minyak atar pun berapa ringgit je murah je...tahan lama pun tahan lama kalau korang nak beli minyak atar semata-mata nak buat halau nyamuk. Tahan lama weyhhh! 

Kalau kau orang ada baby, lagilah bagus guna minyak atar ni. Ridsect sebenarnya membahayakan kesihatan terutamanya kesihatan baby jika terbau kuat sangat...jadi pakai minyak wangi ni selesai masalah, boleh sapu kat bayi dan tidak bahaya pun..nyamuk pun tak boleh gigit baby tu, sebab bau minyak wangi tu..dia peninglah tu kot...

OK la gua chow dulu. Gua lapar nasik ni. kbai.
Read More

Saya Nak Kalau Dibenarkan Kahwin Sampai 10: Ayahanda Rani Kulup Kipidap

Leave a Comment


Kredit: Siakapkeli.my
Read More

Saman Batman? 10 Saman Yang Tidak Masuk Akal

Leave a Comment


Jangan terkejut jika anda baca artikel ini. Ya memang gila bunyinya tapi ini kes benar. Dunia oohh dunia! Ini macam pun ada ke!

1. Pelajar saman guru kerana dikejutkan daripada tidurnya

Mac 2008: Di Danbury, Connecticut, remaja berusia 15 tahun Vinicios Robacher menyaman gurunya kerana menghempas telapak tangan di atas mejanya, sehingga membangunkan dia dalam kelas - satu tindakan yang didakwanya menyebabkan dia kerosakan telinga.

2. Disaman kerana menyerupai pemain bola keranjang

Julai 2006: Portland, Oregon, Allen Heckard menyaman bekas bintang bola keranjang Michael Jordan dan pengasas Nike Phil Knight sebanyak $ 832,000,000 , dengan mendakwa mereka telah membuat Jordan tokoh dikenali, oleh itu dia telah menanggung kecederaan peribadi sebab berkali-kali disalah anggap sebagai pemain bola keranjang. Sebulan kemudian, Heckard menggugurkan saman itu.

3. Dato Bandar di Turkey, Batman, saman Batman

November 2008: Datuk Bandar sebuah bandar di Turki yang dipanggil Batman, menyaman Pengarah Dark Knight Warner Brothers dan Christopher Nolan kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran. Sama ada ia tidak mengetahui bahawa watak superhero Batman sudah wujud 70 tahun yang lalu atau hanya mahu duit di atas hasil berbilion  dollar box office movie The Dark Knight, anda menjadi jurinya.

4. Seorang lelaki menyaman gelandangan sebanyak 1 juta dollar

Januari 2007: Karl Kemp, pemilik kedai barangan antik ritzy di Manhattan Madison Avenue , menyaman empat orang gelandangan yang berkumpul di hadapan kedainya kerana mereka menakutkan pelanggan yang berpotensi. Jumlah saman itu : $ 1 juta dollar, bayaran nampaknya menggunakan bakul beli-belah yang dipenuhi tin aluminium.

5. Banduan menyaman diri sendiri

April 1995: Chesapeake, Virginia, banduan penjara Robert Lee Brock kecewa pada dirinya kerana ditangkap memecah masuk rumah dan mencuri, jadi dia memutuskan untuk menyaman diri sendiri - dengan mendakwa dirinya sebanyak $ 5 juta. Menyatakan bahawa dia telah melanggar kepercayaan agama sendiri dengan melakukan jenayah itu, dia meminta bayaran bagi kesalahan hak sivil. Sudah tentu, kerana dia tidak mempunyai $ 5 juta untuk membayar sendiri, dia meminta kerajaan membayar bagi pihaknya. Samannya tidak diendahkan.


Read More

Cara Bypass Tingkat Lif Terus Ke Tingkat Yang Kita Nak Tanpa Berhenti!

Leave a Comment

Kadang-kadang kalau ramai orang naik lif dan bangunan pulak berpuluh tingkat, lepas tu pulak asyik berhenti aje, memang agak rage jugak ketika mana kita ada emergency ke, tak tahan nak berak ke, nak terkencing ke, nak apa ke..

Jadi jangan bimbang ada penyelesaiannya! Guna cara ni lif tak akan berhenti langsung selain daripada berhenti di tingkat yang kita nak. Cara-caranya:

Semasa nampak pintu lif mula untuk ditutup, tekan butang tingkat yang kita nak secara SERENTAK dengan butang tutup pintu dan TAHAN sekurang-kurangnya 5 saat sebelum lepas.

Itu sahaja. Kalau buat dengan betul, lif tak akan berhenti langsung selain berhenti di tingkat yang kita nak itu. Jangan salah guna ye. Guna masa kecemasan sahaja.kbai.
Read More

Digi, Maxis, Celcom, uMobile, Altel, seterusnya Webe?

Leave a Comment
Kad sim yang tertiris
Kura-kura mengatakan bahawa...eh..ura-ura mengatakan bahawa Telekom Malaysia(TM) akan menyertai arena telekomunikasi mudah alih sedikit masa lagi.

Ini berikutan tertiris sekeping gambar yang menunjukkan pek kad sim Webe yang dilaporkan oleh amanz.my. Setelah diperiksa di internet, didapati domain webe.com.my telah didaftarkan oleh P1, anak syarikat TM. Ini salah satu bukti yang memperkuatkan andaian ini.

Ini masih menjadi misteri oleh itu kita tunggu sahaja apa yang akan diumumkan oleh TM dalam masa terdekat.

p/s Jilake..dengar cerita postpaid dia RM 10 je sebulan dengan kuota 20 GB...lingkuplah telco lain..ahhaha


Sumber: https://amanz.my/2016109147/ || http://www.malaysianwireless.com/2016/04/webe-tm-p1-4g-lte-mobile-operator-launch-13-april/


Read More

Hampir Izrail Mencabut Nyawa 15 Orang Manusia + 1 Ekor Ketam Ini

Leave a Comment

Kus semangat! Itulah kalau belum ajal lagi, macam mana pun tidak akan mati dan dijemput Malaikat Izrail.

















Read More

Teknik Ninja Potong Epal Tanpa Pisau!

Leave a Comment
Time-time tak ada pisau bolehlah amalkan teknik ninja ni. Selain nampak cool, ia juga membolehkan anda menikmati sebiji epal.


Read More

Seksanya Orang-Orang Ni Mati Terbakar Sebab Letupan!

Leave a Comment
Gambar sekadar hiasan

Itulah mati ini dia tidak mengira bila dan di mana. Sampai waktu matilah kita. Cumanya marilah kita beramal soleh jauhi maksiat supaya kita mati dalam keadaan yang baik(husnul khotimah) bukannya mati dalam keadaan yang buruk(su'ul khatimah). Disamping itu kena ada ilmu jugalah, kalau dah tahu treler minyak terbabas dekat situ, ada pulak kereta enjinnya hidup dekat situ, perlulah lari menyelamatkan diri dengan segera bukan berlenggang-lenggok, kecuali kalau ingin selamatkan orang tak apalah mati pun puas hati.


Read More

Umat Islam Malaysia Semakin Rosak

Leave a Comment

Bertudung mestilah dengan niat untuk memenuhi syariat, bukan dengan niat untuk membangga diri sebab pakai tudung yang harganya beratus sehelai

Kata nak masuk syurga tetapi dok ikut budaya buruk orang kafir yang haram. Bajet nak tiru macam mat salleh tunggu nak beli iPhone baru kat US lah tu....

Ni bawah ni tengok video pulak...masyaallah..




Read More

Jemputlah Kematian Jangan Malu-Malu, Malu-Malu Kucing Pulak!

Leave a Comment

Mari kita tengok mereka yang sedang menganjing kematian.




















Read More

Ringgit dijangka terus MOMENTUM POSITIF vs dolar AS minggu depan

Leave a Comment

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka meneruskan momentum positif minggu depan, perdagangan antara 3.80 dan 3.90 berbanding dolar AS, dirangsang oleh sentimen global.
Naib Presiden Affin Hwang Investment Bank / Ketua Penyelidikan Runcit Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata awal minggu ini, AS telah mencatatkan satu set data ekonomi yang lemah, menyebabkan Rizab Persekutuan untuk melambatkan niat untuk menaikkan kadar faedah pada bulan April.
Beliau berkata, berikutan penurunan dalam data ekonomi, mata wang Amerika itu enggan suku terburuk dalam enam dan setengah tahun dan pelabur beralih minat kepada mata wang lain, termasuk ringgit.
"Indeks dolar susut kepada 94.60 pada Jumaat," katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa jika slaid adalah berterusan, tidak ada keraguan ringgit akan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 3.70, yang lepas ia telah bermesyuarat sebanyak lapan bulan yang lalu.
Lebih banyak dana asing telah dilihat mengalir ke negara ini akibat daripada peningkatan dalam ekonomi Malaysia dan ini akan merangsang keyakinan di kalangan pelabur, katanya.
Sementara itu, FXTM naib presiden pembangunan korporat dan ketua penganalisis pasaran Jameel Ahmad dilaporkan sebagai berkata bahawa ringgit itu kini bergerak ke atas dan pulih daripada kerugian mendadak dan trauma pada tahun lalu.
Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada perhimpunan ringgit itu ialah peningkatan harga minyak yang kini melebihi AS $ 35 (RM136) setong.
Ia seolah-olah seperti minyak akan diniagakan antara AS $ 35 dan AS $ 44 setong, mewujudkan keyakinan dan pandangan yang lebih positif untuk Malaysia, yang merupakan negara pengeksport minyak, katanya.
Faktor-faktor lain yang merangsang mata wang tempatan adalah kenaikan cukai, pemotongan perbelanjaan dan penjualan 1Malaysia Development Bhd dalam aset tenaga dan pembayaran balik RM6 bilion (AS $ 1.5 bilion) dalam hutang pada minggu-minggu akan datang.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit berada dalam aliran yang lebih tinggi semasa sepanjang minggu ini, melepasi paras tertinggi sebanyak 3.80 berbanding dolar AS, kerana membeli permintaan berterusan.
Ia berakhir pada 3,8880 / 8950 semalam berbanding dolar AS daripada 4,0330 / 0410 minggu sebelumnya.
Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 2,8826 / 8895 daripada 2,9408 / 9477 dan meningkat berbanding yen kepada 3,4603 / 4675 daripada 3,5697 / 5777.
Ia juga meningkat berbanding pound British kepada 5,5692 / 5815 daripada 5,6990 / 7124 dan meningkat berbanding euro kepada 4,4315 / 4411 daripada 4,5020 / 5118. - Bernama
Read More