Carousell Menerima Suntikan Dana Siri-B Bernilai $35 Juta: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Carousell merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang membolehkan para pengguna membuat jualan barangan yang telah digunakan mereka dengan mudah terus melalui telefon pintar. Sebelum ini, Carousell telah melancarkan aplikasi mereka secara rasminya di Malaysia pada penghujung 2014 lepas.

Carousell

Carousell sebelum ini telah menerima suntikan dana daripada beberapa pelabur terkemuka, termasuk Rakuten Ventures. Terkini, hari ini Carousell mengumumkan penerimaan suntikan dana siri-B bernilai $35 juta.

Suntikan dana kali ini diterajui oleh Rakuten Ventures, dan ia turut disertai bersama Sequoia India, Golden Gate Ventures dan 500 Startups.

Melalui penerimaan suntikan dana baru ini, Carousell menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka kepada pelbagai pasaran baru, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena jual-beli pada peranti mudah-alih.

Muat-Turun Carousell untuk Android

Muat-Turun Carousell untuk iOS

Sumber: http://bit.ly/2aHSS9c

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.