Verizon Semakin Menghampiri Untuk Membeli Yahoo! Pada Nilai $5 Bilion: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Verizon merupakan salah satu syarikat telekomunikasi popular di Amerika Syarikat, dan mempunyai beberapa syarikat digital – termasuk baru-baru ini telah mengambil-alih AOL (yang meliputi penerbitan digital seperti Engadget). Terkini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus dan laporan mengenai jualan Yahoo!, Verizon kini dikatakan sedang mendahului bidaan, dan menghampiri untuk membeli Yahoo! pada nilai $5 bilion.

Verizon dikatakan ingin membeli aset internet Yahoo! dan mengabungkan ia dengan AOL yang sedia dimiliki oleh mereka. Melaluinya, Verizon ingin menjadi salah satu platform untuk penjualan iklan, dan pada masa yang sama menjadi pilihan pemilik perniagaan untuk mengiklan selepas Facebook dan Google.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, perkara ini masih belum sah lagi, dan tidak mustahil kita melihat bidaan daripada pihak-pihak lain yang turut berminat dengan aset-aset yang dimiliki oleh Yahoo!.

Sumber: http://bit.ly/2a22Iy7

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.