Xiaomi Mi Notebook Air Dilancarkan – Komputer Riba Pertama Xiaomi: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Seperti yang dijangka Xiaomi menggunakan acara hari ini untuk melancarkan komputer riba pertama mereka. Xiaomi Mi Notebook Air ialah komputer riba Windows 10 64 bit Home Edition dengan skrin sebesar 13.3″, pemproses Intel Core i5 generasi ke-enam 2.7 Ghz dua teras, kad grafik Nvidia GeForce 940 MX, RAM sebesar 8 Gigabyte DDR4 dan storan SSD PCIe sebesar 256 Gigabyte. Komputer riba ini dicas sepenuhnya menggunakan satu port UBS-C.

Mi NOtebook Air 3

Mi Notebook Air ialah 11% lebih kecil berbanding sebuah MacBook Air yang mempunyai saiz skrin yang serupa. Ini adalah kerana penggunaan bazel yang lebih kecil. Ia juga 13% lebih nipis berbanding MacBook Air. Papan kekunci dari jenis chicklet menyokong sistem lampu terbina. Sungguhpun diperbuat daripada logam sepenuhnya, Mi Notebook Air hanya sebesar 1.28 Kilogram. Melengkapi spesifikasi Mi Notebook Air ialah ia turut dilengkapi kamera 720P, satu port HDMI bersaiz penuh dan dua port USB-A. Sekiranya anda memiliki Mi Band, komputer riba ini boleh dinyahkunci menggunakannya.

Xiaomi turut memperlihatkan kustomasi menggunakan sticker yang boleh digunakan pada panel penutup. Tiga pilihan sarung simpanan diperbuat daripada kulit dan kain mikroserat juga disertakan. Harga jualan untuk Xioami Mi Notebook Air ialah RMB 4999 (~RM 3054) sebuah.

Mi NOtebook Air 1

Xiaomi Mi Notebook Air 1

Sumber: http://bit.ly/2apntqB

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.