Jawatan Kosong di Felda Global Ventures (FGV) - 16 Ogos 2016 : Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Felda Global Ventures (FGV) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Felda Global Ventures (FGV) sebagai :

1. KERANI SUMBER MANUSIA

JOB DESCRIPTION

Tanggungjawab
  • Membantu Pengurus/Eksekutif dalam hal-hal pengambilan pekerja baru seperti menyediakan iklan, menguruskan sesi temuduga dan mengemaskini dokumen berkaitan pendaftaran petugas baru.
  • Membantu menyelaraskan hal-hal berkaitan kursus atau latihan untuk petugas seperti menyediakan laporan atau permohonan kursus/latihan dan dihantar ke Ibu Pejabat untuk diluluskan serta mengemaskini status permohonan latihan/kursus tersebut.
  • Membantu dalam hal-hal latihan pekerja dan berurusan dengan Training Provider berkenaan latihan/kursus yang diluluskan dan menguruskan hal-hal pendaftaran, rekod pembayaran dan kehadiran petugas ke kursus tersebut.
  • Membantu Pengurus/Eksekutif dalam penyediaan Job Description petugas untuk jawatan-jawatan baru dan mengemaskini jawatan sedia ada ketika kenaikan pangkat/gred dan job rotation.
  • Menyimpan fail-fail peribadi petugas dalam keadaan baik dan memastikan semua maklumat peribadi petugas adalah sulit dan dirahsiakan.
  • Menjadi urusetia dalam program kelolaan syarikat dan kumpulan FGV serta mengambil bahagian dalam setiap program yang dianjurkan.
Kelayakan
  • Memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan atau setaraf dengannya dan 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan, atau lulus SPM dengan pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Mampu berkomunikasi dengan baik.
  • Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
  • Mahir menggunakan Microsoft Words dan Excel.
Tarikh tutup permohonan 16 Ogos 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong di Felda Global Ventures (FGV)

Permohonan jawatan secara online disini

Sumber:http://bit.ly/2aw6eCL

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.