Spotify Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja kami akan mendengar muzik menggunakan Spotify. Ini adalah kerana kami tidak tahan dengan “jenaka kelakar” DJ Radio dan pilihan muzik yang tidak sesuai dengan jiwa kami. Dengan perkhidmatan penstriman muzik Spofify, kami boleh menjadi DJ kepada diri kami sendiri dan mendengar muzik yang lebih mudah dihadam.

Spotify BermasalahSejak semalam kami menyedari Spotify mengalami gangguan perkhidmatan. Muzik yang cuba distrim tersekat-sekat dan gagal dimainkan di dalam beberapa kes lebih serius. Spotify hari ini mengesahkan mereka sedang mengalami gangguan dan tiada tempoh diberikan bilakah ia akan kembali kepada normal. Hanya muzik yang telah dimuat turun untuk mainan offline sahaja dapat dimainkan tanpa masalah sejak 12 jam yang lalu. Bagaimana pula dengan anda? Adakah perkhidmatan sudah kembali pulih?

Sumber: http://bit.ly/28OwIjo

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.