(Konsep) Airvinci – Dron Membawa Penumpang Seakan Uber: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Dron membawa penumpang sudah diperlihatkan beberapa bulan yang lalu. EHANG 184 ialah dron empat kipas yang kini sedang menjalani ujian di Amerika Syarikat. Sebuah lagi dron penumpang kini diperlihatkan dan ia hanya mempunyai sebuah kipas. Airvinci ialah konsep teksi masa hadapan yang berfungsi seakan Uber.

Airvinci Dron Teksi 2Ia mampu membawa sebuah penumpang dan pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi peranti pintar untuk menggunakannya. Setiap Airvinci diperkasakan oleh enjin 27 kuasa kuda yang memusingkan sebuah kipas selebar 7 kaki. Ia mampu membawa muatan maksimum 120 kilogram dan terbang pada ketinggian 3800 meter.  Ia akan terbang secara automatik untuk menjemput penumpang dan ke destinasi pilihan mereka. Dron terbang menegak ini sedang diuji dan dijangka memulakan operasi seawal 2017.

Sumber: http://bit.ly/28YsbZm

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.