Xiaomi Telah Menjual Lebih 110 Juta Telefon Redmi Sejak Ia Diperkenalkan Pada 2013: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Xiaomi mempunyai beberapa penawaran produk mereka, dan dalam memfokuskan kepada mereka yang inginkan telefon pintar pada harga rendah dan spesifikasi pertengahan, mereka menawarkan keluarga peranti Redmi. Terkini, Xiaomi menyambut sebuah pencapaian baru syarikat mereka, dimana mereka telah menjual lebih 110 juta telefon Redmi sejak ia diperkenalkan.

Xiaomi Redmi 110 Juta

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan telefon Redmi pertama pada Ogos 2013 yang lepas, dan paling terkini adalah Redmi Note 3. Telefon Redmi juga adalah salah satu telefon yang popular dikalangan pengguna tempatan menurut Antutu. Malah pihak Xiaomi sendiri pernah berkongsi dengan kami sebelum ini mengatakan penjualan peranti keluarga Redmi di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara.

Dengan angka penjualan keluarga Redmi ini mencapai 110 juta telefon, ia memperlihatkan lebih 1 unit telefon dijual pada setiap satu saat sejak tahun 2013 yang lepas.

Mungkin dengan permintaan yang tinggi ini, ada baiknya pihak Xiaomi turut menyediakan stok yang mencukupi kepada pengguna apabila mereka ingin membeli melalui laman web mereka selepas-selepas ini.

Sumber: http://bit.ly/29CI8Vy
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.