Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Proton Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk Android Dan iPhone – MyProton: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Proton merupakan pengeluar kenderaan tempatan terkemuka, dan terkini mereka dilihat telah mula menawarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna telefon pintar Android dan juga iPhone.

Dinamakan sebagai MyProton Official, aplikasi ini memudahkan pengguna mendapatkan informasi berkaitan dengan model kenderaan Proton, disamping turut membolehkan pengguna membuat tempahan untuk pandu uji kenderaan Proton.

Disamping itu, pengguna turut boleh membuat tempahan untuk perkhidmatan penyelengaraan kenderaan dan turut mengira pinjaman untuk kenderaan melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan kenderaan Proton, atau berhasrat untuk mendapatkannya, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store dan Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun MyProton Official untuk Android

Muat-Turun MyProton Official untuk iPhone

Sumber: http://bit.ly/2aF0B5L
Read More

Facebook Memperkenalkan Kamera Seakan Snapchat Menggunakan Teknologi MSQRD: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Minggu lalu Instagram memperkenalkan fungsi Stories yang memadan gambar selepas dimuat naik selama 24 jam. Fungsi ini jelas meniru fungsi yang ditemui pada aplikasi Snapchat. Ini dilihat oleh penganalisis sebagai serangan balas mereka terhadap Snapchat yang kini semakin popular. Jumlah muat naik status di Facebook berkurangan sebagai 21% tahun lalu dan ia kini kurang digemari pengguna muda.

Facebook-MSQRD-Snapchat

Terkini Facebook memperkenalkan fungsi kamera dengan kesan khas menggunakan teknologi MSQRD yang diambil alih oleh mereka Mac lalu. Apabila gambar diambil, pengguna diberikan pilihan menggunakan pelekat dan kesan khas yang mengubah wajah pengguna. Ya sekali lagi fungsi seakan Snapchat diintegrasikan ke dalam aplikasi mereka. Buat masa ini fungsi ini terhad kepada pengguna di Brazil dan Kanada.

Nampaknya Mark Zuckerberg percaya bahawa sekiranya anda tidak boleh mengalahkan pesaing (dalam kes ini gagal membeli Snapchat) anda hanya perlu mengikut apa yang mereka lakukan. Ini selari dengan prinsip Pablo Picasso bahawa artis yang baik meniru manakala artis yang hebat pula mencuri.

Sumber: http://bit.ly/2aEbh2a
Read More

Kesemua Isu Majalah Nintendo Power Kini Boleh Dibaca Percuma Di Atas Talian: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sekiranya anda seorang gamer tua, majalah Nintendo Power ialah “kitab” yang harus dibeli setiap bulan bagi mendapatkan tips dan kod mengelat untuk permainan Nintendo terkini. Sebelum adanya internet majalah permainan seperti ini ialah satu-satunya sumber untuk mendapatkan berita permainan yang sudah dijual atau bakal dijual. Majalah ini mula dijual pada tahun 1988 sebelum dihentikan pada tahun 2002. Kepada yang ingin bernostalgia, kesemua 145 isu Nintendo Power kini boleh dibaca dengan lengkap di atas talian.

Nintendo-Power-1

Paling menarik ia boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma menggunakan pelbagai peranti pintar sedia ada. Semasa kami muda belia dahulu majalah ini kami beli setiap bulan walaupun dijual pada harga yang agak mahal (sekitar RM 15 pada dekad 90an). Hampir kesemua majalah yang dibeli kini sudah dimakan anai-anai kerana disimpan di dalam kotak kadbod. Membaca semula isu khas untuk Super Mario Brothers 3, Ninjad Gaiden, Golden Eye, Perfect Dark dan Turok membuatkan kami terasa seperti menggunakan mesin masa. Kepada yang tidak pernah membaca Nintendo Power, ini masa yang tepat untuk melihat evolusi grafik permainan video. Pautan arkib Nitento Power adalah seperti di bawah.

Sumber: http://bit.ly/2asF5no
Read More

Microsoft Akan Memperkenalkan Dua Kemaskini Besar Untuk Windows 10 Pada 2017: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Microsoft baru sahaja telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update pada minggu lepas yang membawakan sejumlah fungsi baru. Kini, bercakap mengenai kemaskini akan datang, Microsoft dilaporkan akan memperkenalkan dua kemaskini besar pada tahun 2017 kelak.

Kemaskini pertama yang dikenali dengan nama Redstone 2 dijangka hadir pada awal 2017 kelak, da diikuti Redstone 3 sekitar enam bulan selepas itu.

Fungsi baru yang bakal ditawarkan masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Seperti biasa, Microsoft akan menawarkan kemaskini kepada pengguna Windows Insider terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum.

Sumber: http://bit.ly/2b6y8bG
Read More

Artisto – Aplikasi Mengubah Video Menjadi Hasil Seni: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Aplikasi Prisma menjadi aplikasi terhangat minggu lalu sebelum Pokemon GO boleh dimuat turun di Malaysia. Ia mengubah gambar biasa yang ditangkap menjadi hasil seni dengan mengajuk karya artis terkemuka seperti Van Gogh, Picasso dan Monet. Pihak Prisma menjanjikan sokongan video dalam masa terdekat tetapi mereka terlebih dahulu dikalahkan oleh aplikasi Artisto.

Artisto mempunyai fungsi yang sama seperti Prisma tetapi untuk video. Pengguna boleh memilih 17 penuras yang memberikan kesan khas berbeza. Ada yang mengubah video menjadi seperti lakaran pensel dan ada juga yang mengubahnya menjadi seakan mozek. Ia boleh dimuat turun secara percuma pada platform Android dan iOS. Tiada perancangan untuk menghasilkannya untuk platform lain buat masa ini. Seperti Prisma ia memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Sebelum menggunakannya pastikan anda masih mempunyai kuota internet yang mencukupi.

Muat turun Artisto untuk Android menerusi Google Play [/artisto] Muat turun Artisto untuk iOS menerusi Apple App Store [/artisto]
Sumber: http://bit.ly/2aZi7DO
Read More

Mayhem Memenangi DARPA Cyber Grand Challenge – Cabaran Memburu Dan Menampal Kerentenan Perisian Secara Automatik: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Kerentanan pada perisian dan aplikasi adalah perkara biasa yang boleh mengakibatkan maklumat peribadi dicuri. Oleh itu kemas kini bagi menampak kerentenan sentiasa diberikan. Tugas mencari kerentanan jatuh ke tangan pengaturcara manusia. Ini bukanlah tugas yang mudah kerana terdapat ratusan ribu baris kod yang perlu diperiksa satu persatu bagi mencarinya. DARPA Cyber Grand Challenge ialah pertandingan membina mesin yang mampu memburu dan menampal kerentanan program secara automatik tanpa campur tangan manusia.

Darpa Cyber Grand Challenger 1

Cyber Grand Challenge  (CGC) dilangsungkan buat pertama kali di DEF CON tahun ini. Ini ialah acara yang menemukan ribuan penggodam topi putih seluruh dunia untuk mempertingkat sekuriti sedia ada. Tahun ini pemenang CGC jatuh ke tangan Mayhem, sebuah mesin yang dibangunkan oleh ForAllSecure dari Pittburgh. Mereka dianugerahkan wang tunai $2 Juta atas kejayaan mereka. Mayhem mengalahkan enam lagi mesin yang dibina khas untuk tujuan yang sama. Ketujuh-tujuh mesin bertarung selama 12 jam untuk mencari kerentanan pada program baru yang dihasilkan. Sebagai pemenang, Mayhem dijemput untuk bertarung dengan 14 penggodam manusia di dalam pertandingan yang masih sedang berlangsung. Pertandingan menentang manusia ini berlangsung selama 48 jam dan keputusan terkini ia kini di tempat ke-13.

Mengapakah mesin seperti Mayhem dibangunkan? Ini adalah bagi mempercepatkan proses mencari kerentanan pada program. DARPA berharap sistem seakan Mayhem dapat digunakan untuk memperketatkan sekuriti sistem ketenteraan dan awam yang semakin bergantung kepada internet seperti peranti berhubung (IOT).  Kepada penggodam dan pakar sekuriti di luar sana, tugas anda kini dicabar oleh mesin yang mampu mencari kelemahan secara automatik.

Sumber: http://bit.ly/2b5mhMf
Read More

HP Hadir Dengan Beg Galas Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Dan Peranti Pintar: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada hari ini, dengan penggunaan pelbagai peranti pintar sepanjang hari dalam kehidupan harian. Menyedari perkara ini dan permintaan untuk pengecas mudah-alih daripada ramai pengguna, beberapa pengeluar telah hadir dengan penawaran beg galas yang diintegrasikan dengan bateri padanya. Kini, menyertai pelbagai penawaran di pasaran adalah HP.

HP Powerup Backpack

Seperti ramai sedia maklum, HP merupakan pengeluar komputer terkemuka dan baru-baru ini telah hadir dengan HP Spectre yang sangat nipis. Penawaran terbaru daripada HP ini adalah sebuah beg galas yang menyertakan bateri berkapasiti 22,400mAh, dinamakan sebagai HP Powerup Backpack.

Daripada video promosi yang disediakan oleh HP, mereka mengatakan bateri yang hadir terbina pada beg galas ini boleh mengecas telefon pintar sehingga 10 kali, ataupun digunakan untuk mengecas penuh sesuatu komputer riba.

Beg galas ini membawakan rekaan seumpama pelbagai beg galas lain di pasaran, tetapi turut hadir dengan beberapa poket khusus untuk meletak beberapa peranti dan perkara lain, disamping ruangan udara supaya beg tidak menjadi panas ketika mengecas.

Penawaran terbaru daripada HP ini semestinya akan menjadi pilihan ramai pengguna yang sering bertugas di luar. HP Powerup Backpack ini boleh dipra-tempah melalui Amazon hari ini pada harga $199 (~RM803), dan akan ditawarkan bermula 1 Oktober kelak.

Sumber: http://bit.ly/2aJ8Xux
Read More

Jom Belajar Koding Di Perak Akan Diadakan Pada 27 Dan 28 Ogos 2016: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Jom Belajar Koding atau ringkasannya JBK merupakan salah satu inisiatif yang diadakan dalam usaha mengalakkan lebih ramai pelajar mahupun siapa sahaja mempelajari asas untuk pengaturcaraan dan pembangunan web. Terkini, selepas berlangsung di Johor, siri seterusnya untuk Jom Belajar Koding akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 ini.

Program JBK ini ditujukan kepada mereka yang tiada asas dalam pengaturcaraan dan ingin mempelajari asasnya dalam masa dua hari. Seperti ramai sedia maklum, dengan perkembangan arena ICT pada masa kini, ilmu pengaturcaraan merupakan salah satu kemahiran asas yang penting dan diperlukan untuk pelbagai tujuan.

Bagi anda yang menetap di Perak, anda boleh menyertai Jom Belajar Koding Perak ini pada 27 dan 28 Ogos ini. Ia akan berlangsung sekitar Seri Iskandar Perak.

Anda boleh mendaftar sekarang di laman rasmi JBK hari ini, dan menerima notifikasi untuk lokasi akhir program ini, sekaligus mempelajari ilmu asas pengaturcaraan secara percuma hari ini.

Jom Belajar Koding

Daftar : Jom Belajar Koding Perak

Sumber: http://bit.ly/2aDKZzr
Read More

Pokemon GO Diharamkan Di Dalam Perkarangan Sekolah Malaysia: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pokemon GO memasuki hari ketiga pagi ini dan ia mendapat sambutan menggalakkan dari pemain di Malaysia. Sehingga kini masih belum kedengaran masalah permainan terganggu seperti yang berlaku di Jepun selepas ia dilancarkan. Jelas sekali Niantic mempelajari dari kesilapan pelancaran mereka sebelum ini. Pemain di Malaysia kini bebas memburu haiwan maya tanpa sebarang halangan kecuali di perkarangan sekolah.

Pokemon-Go-1a

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa permainan Pokemon GO diharamkan di perkarangan sekolah seluruh negara. Ini adalah selaras dengan pengharaman penggunaan peranti pintar oleh pelajar sekolah yang telah lama dikuatkuasakan kementerian. Oleh itu pihak guru dibenarkan merampas peranti pelajar yang didapati melanggar larangan ini. Kepada para pelajar yang ingin memburu Pokemon di sekolah, kami sarankan anda tidak melakukannya jika tidak mahu peranti dirampas guru disiplin.

Semasa kami di sekolah dahulu hanya Walkman dirampas guru disiplin kerana menggunakannya ketika prep malam. Selepas “dijadikan perkasam” di pejabat beliau, Walkman hadiah PMR kami gagal berfungsi apabila dipulangkan di akhir semester. Sejak dari hari itu kami hanya membeli Walkman murah kerana sekiranya dirampas dan rosak ia tidak akan menyebabkan kerugian besar. Apakah barang yang paling berharga milik anda yang pernah dirampas guru sekolah? Kongsikan memori daun pisang paling menyedihkan anda di bawah.

Sumber: http://bit.ly/2aEk4Ym
Read More

Mingguan Amanz – Galaxy Note 7, Instagram Stories, Windows 10 Anniversary Update: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada minggu ini, Samsung telah mencuri perhatain ramai dengan pengenalan Samsung Galaxy Note 7 – telefon pintar terkini daripada Samsung yang dilengkapi dengan sokongan S-Pen, kalis air, dan turut hadir dengan pengimbas mata untuk tujuan sekuriti tambahan.

Bersama-sama Galaxy Note 7, Samsung turut telah memperkenalkan set realiti-maya terbaru mereka, Gear VR yang selari dengan Galaxy Note 7 dan beberapa peranti Samsung lain sebelum ini.

Selain Samsung, Xiaomi juga turut telah memperkenalkan set realiti-maya mereka, Xiaomi VR Play.

Disamping itu, dalam arena laman sosial, Instagram pada minggu ini telah hadir dengan fungsi seumpama Snapchat, dinamakan sebagai Instagram Stories. Melaluinya, setiap perkongsian yang dilakukan hilang dalam masa 24 jam selepas ia dikongsikan.

Dan akhir sekali, minggu ini menyaksikan Microsoft memperkenalkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update kepada semua pengguna Windows 10 – sekaligus menawarkan sejumlah fungsi baru bagi para pengguna Windows.

Sumber: http://bit.ly/2aRiQE6
Read More

Pemalam Adblock Plus Kini Boleh Dipasang Pada Microsoft Edge: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada Windows 10 Anniversary Update, Microsoft telah membawakan sejumlah fungsi baru, dan salah satu yang diminati dan dinantikan ramai adalah sokongan pemalam pada pelayar web terbaru Microsoft, iaitu Microsoft Edge. Bersama-sama dengan pengenalannya, sejumlah pemalam telah tersedia, termasuk salah satunya adalah Adblock Plus.

Adblock Plus

Adblock Plus telah menawarkan pemalam mereka untuk mereka yang menguji Windows Insider sebelum ini, dan kini pengguna seluruh dunia turut boleh menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan Microsoft Edge, dan pada masa yang sama ingin mengurangkan paparan iklan-iklan yang menganggu pelayaran anda, anda boleh memasang pemalam Adblock Plus ini.

Buat masa ini, pemalam ini masih dikategorikan sebagai versi beta, dan belum versi akhir sepenuhnya. Apa pun, anda boleh gunakannya, dan mula menghalang iklan-iklan yang hadir pada web ketika pelayaran.

Muat-Turun Adblock Plus untuk Microsoft Edge

Sumber: http://bit.ly/2aCOvbc
Read More

Mozilla Menguji Fungsi Menggantikan Laman Yang Tidak Ditemui Dengan Arkib Dari Internet: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Ketika melayari laman web, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila tiba pada laman yang tidak ditemui, atau biasanya menggunakan angka kod 404. Kini, Mozilla dilihat ingin mengatasi perkara berkenaan dengan kaedah mereka tersendiri.

Melalui ujian yang sedang dilakukan oleh Mozilla melalui Firefox Test Pilot, mereka menamakan fungsi ini sebagai No More 404s. Mozilla menggunakan arkib internet daripada Wayback Machine, dan seterusnya menggantikan laman yang tidak ditemui berkenaan daripada apa yang tersimpan pada arkib berkenaan.

Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat yang diinginkan walaupun sesuatu web tersebut sudah tidak hidup lagi.

Buat masa ini, fungsi ini dalam fasa ujian lagi, dan sekiranya semua berjalan lancar, kita akan melihatnya diperkenalkan pada versi stabil Firefox akan datang kelak.

Sumber: http://bit.ly/2auJYb9
Read More

Samsung Galaxy Note 7 Dengan RAM 6 Gigabyte Dan Storan 128 Gigabyte Muncul Di China: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Minggu lalu peranti Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan secara rasmi. Spesifikasi rasmi ialah pemproses Exynos 8890, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan sebesar 64 Gigabyte. Ini menidakkan beberapa ura-ura awal yang mengatakan Note 7 mempunyai RAM sebesar 6 Gigabyte. Ramai juga yang kecewa dengan spesifikasi yang diumumkan kerana buat masa ini Note 7 hanyalah sebuah S7 dengan skrin lebih besar, pengimbas mata dan stylus terbina.

Galaxy Note 7 6gb

Kepada yang mahukan S7 dengan spesifikasi lebih tinggi ini ada sedikit berita baik buat anda. Versi dengan RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte muncul pada laman perakuan peranti China TENAA. Ini mungkin bermakna ia turut akan muncul di pasaran di luar China di masa terdekat. Adakah peranti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte keperluan ataupun sekadar gimik. Setakat ini hanya beberapa peranti di pasaran mempunyai RAM sebesar ini seperti OnePlus 3.

Sumber: http://bit.ly/2aIGRgm
Read More

Perbandingan Asus Zenfone 3, Deluxe, Ultra, Laser Dan Max: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Lima peranti di dalam keluarga Asus Zenfone 3 dilancarkan hari ini di Malaysia iaitu Asus Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 Ultra, Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max. . Sungguhpun begitu sebenarnya terdapat 7 peranti kesemuanya kerana terdapat dua model Zenfone 3 (ZE520KL dan ZE552KL) dan dua model Zenfone 3 Deluxe (Snapdragon 820 dan 821). Harus kami akui jumlah peranti yang banyak ini sedikit mengelirukan. Jadi kami menghasilkan infografik untuk ketujuh-tujuh peranti serta harga jualan bagi memudahkan anda semua melakukan perbandingan.

Perbandingan-Zenfone-3

Sumber: http://bit.ly/2aAPGrL
Read More

Transformer 3 Pro – Komputer 2-Dalam-1 Daripada Asus Berharga RM 6,999: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Melengkapkan penawaran peranti komputer di acara Zenvolution, Asus Malaysia turut mengumumkan peranti dalam keluarga Transformer mereka. Transformer 3 Pro dan juga Transformer 3 merupakan siri terbaru dalam keluarga ini, dan salah satu keunikannya adalah ia merupakan peranti dua-dalam-satu yang mempunyai fungsi berbeza.

Asus Transformer 3 Pro dicipta dengan bentuk dan sifat fizikal seakan-akan Surface 4. Malah ia juga mempunyai ‘kickstand’ nya yang tersendiri, membolehkan ia digunakan pada mod komputer riba. Ia juga sesuai digunakan sebagai tablet dan turut hadir dengan stylusnya tersendiri. Dari segi spesifikasi, Ia menyertakan USB-C dan Thunderbolt 3 dan menerusinya pengguna boleh menyambungkannya dengan pelbagai peranti lain, termasuklah paparan skrin bersaiz 4K.

Transformer 3 Pro

Transformer 3 Pro MY

Untuk pasaran tempatan, Asus Transformer 3 Pro akan menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7 6500U, RAM sebanyak 16GB 1866 MHz LPDDR3, dan storan 512GB. Ia akan dijual pada harga RM 6,999 termasuklah dengan papan kekunci serta ASUS Pen yang boleh digunakan sebagai stylus.

Asus Transformer 3 pula merupakan peranti yang lebih kepada tablet, bagi menyaingi iPad Pro. Ia hadir dalam bentuk yang lebih nipis berbanding Asus Transformer 3 Pro, dan juga lebih ringan. Spesifikasinya pula menyertakan cip Intel Core 7, 4GB RAM, dan juga ruang storan 256GB. Ia akan dijual pada harga RM 3,199 dan turut disertakan dengan papan kekunci yang juga berfungsi sebagai sarungnya dan juga ASUS Pen.

Transformer 3

Transformer 3 MY

Dengan penawaran Transformer 3 untuk pasaran tempatan ini ia dilihat sebagai salah satu pilihan untuk pengguna yang menginingkan tablet pada saiz yang lebih besar.

Sumber: http://bit.ly/2aB5MDM
Read More

Asus Zenbook 3 Akan Dijual Pada Harga RM 7,999: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Selain dari pengumuman peranti telefon pintar pada acara Zenvolution hari ini, Asus Malaysia turut mengumumkan komputer riba terbaru yang telah diperkenalkan pada Computex yang lalu. Asus Zenbook 3 merupakan komputer riba yang lebih nipis berbanding Macbook dan kini berada di pasaran tempatan.

Asus Zenbook 3 dicipta bagi mereka yang inginkan komputer riba yang lebih ringan, namun pada masa yang sama tidak ingin berkompromi dalam soal prestasi. Ia mempunyai ketebalan sekitar 11.9-mm dan seberat 900 gram, lebih nipis dan lebih ringan dari MacBook. Namun dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip dan RAM yang jauh lebih berkuasa. Bagi pasaran tempatan, hanya satu variasi tersedia iaitu Intel Core i7 dan juga RAM sebesar 16GB. Storannya pula berasaskan SSD, dan mempunyai kapasiti sebesar 1TB.

Asus Zenbook 3

Zenbook 3 MY

Komputer riba yang nipis dan elegan ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM 7,999 dan ditawarkan pada tiga warna berbeza iaitu warna biru, merah jambu emas dan juga kelabu. Anda boleh membelinya di cawangan kedai Asus seluruh Malaysia.

Sumber: http://bit.ly/2aB4NTP
Read More

Asus Zenfone 3 Ultra Dengan Skrin 6.8-inci Berharga RM2599 Di Malaysia: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Asus Malaysia telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah keluarga Zenfone 3 untuk pasaran Malaysia hari ini, dan turut tidak ketinggalan adalah telefon pintar dengan skrin bersaiz besar daripada mereka, iaitu Asus Zenfone 3 Ultra.

Asus Zenfone 3 Ultra memfokuskan kepada skrin besar, aiitu 6.8-inci dan juga sokongan audio yang baik melalui penyertaan Dual 5-Magnet Stereo Speakers dan Hi-Res Audio. Peranti ini memfokuskan kepada kebolehan menikmati multimedia melaluinya, disamping menawarkan sokongan kamera seumpama Zenfone 3 Deluxe – iaitu kamera belakang 23-megapixel dengan penstabilan imej optikal dan elektronik.

Asus Zenfone 3 Ultra

Asus Zenfone 3 Ultra

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 621, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Asus turut menyertakan penambah-baikkan pada perisian, termasuk dari segi sokongan kemudahan penggunaan pada sebelah tangan.

Di Malaysia, Asus Zenfone 3 Ultra ini akan dijual pada harga RM2599.

Sumber: http://bit.ly/2ap1iml
Read More

Asus Turut Menawarkan Zenfone 3 Laser Dan Zenfone 3 Max Untuk Pasaran Tempatan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Selain dari tiga variasi utama yang telah diperkenalkan Asus untuk keluarga Zenfone 3, dua lagi variasi yang baru diumumkan selepas Acara Computex di Taipei adalah Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max. Ia hadir sedikit berlainan berbanding Zenfone 3, serta mempunyai kemasan berlainan namun spesifikasi yang berbeza pada beberapa komponennya.

Zenfone 3 Max MY

Asus Zenfone 3 Max merupakan variasi Zenfone 3 dengan kapasiti kuasa terbesar, iaitu bateri sebesar 4,100 mAh. Malah ia juga boleh digunakan sebagai powerbank, dan boleh mengecas peranti lain. Spesifikasi lain adalah sama seperti Zenfone 3, dengan 3GB RAM dan mempunyai ruangan storan 32GB serta pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Zenfone 3 Laser MY

Asus Zenfone 3 Laser pula merupakan penawaran Zenfone 3 dengan kamera yang lebih pantas. Kameranya menggunakan sensor pengimejan Sony IMX214 13MP Pixelmaster 3.0. Pemfokusan laser kamera ini hanya mengambil masa 0.03 saat menggunakan pemfokusan laser generasi kedua. Terdapat juga fungsi penstabil imej secara elektrikal (Electrical Image Stabilization – EIS) bagi memastikan kualiti rakaman yang bagus. Ia turut menyertakan spesifikasi lain yang terdapat pada Zenfone 3, seperti pengimbas cap jadi dan kemasan kaca 2.5D.

Asus Zenfone 3 Max dengan spesifikasi 3GB RAM dan storan 32GB akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM 799 manakala Zenfone 3 Laser dengan 4GB RAM dan storan 32GB akan dijual pada harga RM 999.

Sumber: http://bit.ly/2aBHBGt
Read More

Asus Zenfone 3 Deluxe Hadir Dengan Sokongan Daydream VR: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google pada acara Google I/O lepas telah mengumumkan inisiatif Daydream VR yang mana memfokuskan kepada sokongan realiti-maya. DayDream VR akan hadir pada kebanyakkan peranti Android, dan terkini di Malaysia, ia dilihat Asus Zenfone 3 Deluxe antara yang terawal hadir dengan sokongan berkenaan.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Melalui DayDream VR, ia mengesahkan yang mana telefon pintar berkenaan hadir dengan sokongan sensor yang sepatutnya untuk memberikan pengalaman realiti-maya yang baik – disamping dilengkapi dengan prestasi CPU/GPU dan skrin yang paling minima. Google sendiri kelak melalui Android 7.0 Nougat akan menyediakan paparan antaramuka khusus Daydream ini bagi memudahkan pengguna menemui kandungan realiti-maya yang berkaitan.

Asus pada acara Zenvolution yang diadakan di Malaysia hari ini mengesahkan yang mana Asus Zenfone 3 Deluxe akan hadir dengan sokongan Daydream VR secara terbina. Ini mungkin dijangka ramai disebabkan oleh penawaran spesifikasi yang tinggi, termasuk Snapdragon 821 dan memori sehingga 6GB RAM.

Bagi anda yang meminati akan arena realiti-maya dan ingin menikmati kandungannya melalui telefon pintar anda, mungkin boleh memfokuskan untuk mendapatkan peranti dengan sokongan DayDream ini. Walaupun beberapa peranti lain yang mungkin menyokongnya, pengalaman realiti-maya mungkin tidak sama seperti DayDream.

Sumber: http://bit.ly/2b0uykw
Read More

Pelanggan Streamyx 4Mbps Dan 8Mbps Kini Boleh Menikmati Langganan iFlix Setahun Percuma: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Telekom Malaysia dan iFlix telah mengumumkan kerjasama sejak daripada tahun lepas, dimana melaluinya mereka membolehkan pelanggan Unifi menikmati langganan iFlix secara percuma untuk tempoh setahun.

Streamyx iFlix

Ketika pengumuman, Telekom Malaysia telah mengatakan promosi sama turut bakal hadir untuk pengguna Streamyx. Kini, seperti dijanjikan, promosi berkenaan telah pun mula ditawarkan untuk pelanggan Streamyx.

Penawaran ini hanya terhad untuk pelanggan Streamyx yang melanggan pakej pada kelajuan 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Seperti biasa, pengguna hanya perlu melayari laman iFlix, dan anda akan secara automatik boleh log masuk dan menonton pelbagai kandungan yang ditawarkan melalui iFlix.

Layari : iFlix Streamyx

Sumber: http://bit.ly/2aoQ552
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama