Kerajaan Diminta Meneliti Dan Menambah-Baik Undang-Undang Berkaitan Siber: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Dunia siber pada masa kini telah menjadi salah satu arena yang digunakan ramai untuk berhubung, mendapatkan maklumat, membeli-belah dan sebagainya. Sekaligus, ia menjadikan arena siber sasaran ramai pihak tidak bertanggungjawab – termasuk untuk menipu dan sebagainya.

Kini, bercakap mengenainya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman mengatakan sudah tiba masanya untuk kerajaan meneliti dan menambah-baik undang-undang berkaitan siber.

Ia ditekankan yang mana penelitian semula ini bukan untuk menyekat kebebasan bersuara dan hak menggunakan ruang siber – sebaliknya lebih kepada melindungi pengguna daripada terus menjadi mangsa.

Penelitian semula ini dijangka akan mengurangkan trend serangan siber serta penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa dari hari ke hari.

Laporan baru ini hadir selepas perkongsian sebelum ini berkaitan mahkamah siber yang dijangka dibuka di Kuala Lumpur seawal September 2016 ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah penelitian semula ini akan dilakukan, dan ia lebih kepada cadangan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber: http://bit.ly/2a6g1iR
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.