Sony Menjadualkan Acara Khas Pada 1 September Di IFA 2016: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sony hari ini mengesahkan mereka akan melangsungkan sebuah cara media yang dijadualkan pada 1 September 2016 di IFA 2016. Mereka dijangka akan melancarkan sekurang-kurangnya satu peranti Xperia baru pada acara ini. Gambar peranti dengan kod F833X telah tertiris minggu lalu dengan rekaan yang lebih menghampiri sebuah Lumia berbanding rekaan biasa Xperia.

Sony-Xperia-F8331-3

F833X dipercayai akan dilengkapi pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 21 Mengapixel dan kamera selfie pula sebesar 12 Megapixel. Kedua-dua kamera dilaporkan mampu merakam video pada resolusi 4K. Sony Xperia X Performance tidak memasuki pasaran Malaysia dan ini mungkin model yang akan menggantikan kekosongan untuk peranti utama Xperia di negara kita.

Sumber: http://bit.ly/2azhP4O
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.