Skype Menghentikan Sokongan Untuk Windows Phone 8.1 Dan 8 Oktober Ini: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Skype ialah aplikasi perhubungan video dan suara yang sudah wujud sejak 2003. Ia kemudian diambil alih oleh Microsoft dengan harga $11 Juta pada tahun 2011. Penggunaan aplikasi ini semakin meluas dan pengumuman terkini oleh mereka hari ini adalah agak mengejutkan. Skype akan menghentikan sokongan ke atas Windows Phone 8.1 dan 8 bermula Oktober hadapan.

Skype Windows Phone 8.1

Tindakan mereka ini mengejutkan kerana sehingga penghujung Jun 2016, 86.2% pengguna platform Windows Phone masih menggunakan versi 8.1 dan 8.  Jutaan pengguna Skype pada platform ini terpaksa mencari alternatif lain untuk keperluan aplikasi perhubungan video dan suara mereka. Pada platfrom Android pula sokongan diberikan sehingga Android 4.3 dan pada iOS pula sehingga iOS 8. Sebelum ini Skype menghentikan sokongan untuk Windows Phone 7 dan menimbulkan kemarahan 10 Juta penggunanya.

Sumber: http://bit.ly/2adThy7
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.