Samsung Dan Apple Antara Syarikat Yang Disaman Kerana Penggunaan Paten Pengecasan Pantas: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pengecasan pantas ialah fungsi yang perlu wujud pada peranti moden kerana ia mengurangkan masa menanti peranti dicas sepenuhnya. Terdapat beberapa sistem pengecasan pantas wujud di pasaran seperti VOOC, Adapative Charging dan QuickCharge 3.0. Somaltus LLC sebuah syarikat yang berpangakalan di Texas kini menyaman beberapa pengeluar kerana dikatakan menggunakan paten pengecasan pantas mereka tanpa kebenaran.

Adaptive-Quick-Charging-IMAG0083Apple, Samsung, Sony, Lenovo, Asus dan Toshiba kesemuanya disaman atas sebab yang sama. Menurut Somaltus mereka memegang paten pengecasan pantas di mana bateri dicas dengan pantas sehingga 80%. Selepas tahap ini pengecasan diperlahankan bagi memastikan bateri tidak mengalami kerosakan. Syarikat ini tidak menghasilkan atau menjual sebarang produk dan boleh dikategorikan sebagai toyol paten.

Sebelum ini mereka berjaya menyaman Ford dan Nissan atas paten yang sama. Kedua-dua syarikat permotoran ini menyelesaikan saman di luar mahkamah dengan membayar hak penggunaan paten. Tidak diketahui sama ada kesemua syarikat pengeluar peranti yang disenaraikan di atas akan melawan tuntunan Somaltus akan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Sumber: http://bit.ly/29vZDqX
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.