PokeGone Untuk Chrome – Mengurangkan Kandungan Berkaitan Pokemon Go Ketika Anda Melayari Web: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sejak daripada minggu lepas, pelbagai web memfokuskan mengenai permainan AR terbaru, iaitu Pokemon Go. Ini juga membuatkan perkongsian mengenai permainan berkenaan hadir dengan banyak pada laman-laman sosial – yang mana mungkin tidak diminati ramai pengguna.

PokeGone

Bagi anda yang tidak ingin melihat kandungan berkaitan dengan Pokemon atau Pokemon Go di web, kini anda boleh memasang sebuah pemalam khusus yang dinamakan sebagai PokeGone ini. Melaluinya, ia akan menyembunyikan majoriti besar kandungan berkaitan Pokemon, sekaligus membuatkan pelayaran web anda bebas daripada pelbagai gangguan kandungan berkaitan dengannya.

PokeGone ini ditawarkan untuk Google Chrome sahaja buat masa ini, dan selepas ia dipasang pada pelayar web anda, ia beroperasi secara automatik dan menghalang pelbagai artikel atau perkongsian sosial berkaitan dengan Pokemon.

Muat-Turun PokeGone untuk Chrome

Sumber: http://bit.ly/29QuyzF
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.