Microsoft Menawarkan Sejumlah E-Buku Secara Percuma – Meliputi Windows 10, Office 365, Dan Lain-Lain: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Microsoft sebelum ini pernah hadir dengan penawaran e-buku percuma untuk beberapa topik dalam memudahkan pengguna dan pembangun memahami dengan lebih mendalam mengenai penawaran mereka. Terkini, Microsoft melalui saluran MSDN mereka sekali lagi hadir dengan penawaran menarik, menawarkan sejumlah koleksi e-buku yang meliputi pelbagai topik berkaitan Microsoft.

Melalui penawaran percuma daripada Microsoft ini, mereka menawarkan e-buku dalam beberapa format berbeza bagi memudahkan pembacaan. Ia juga hadir meliputi pelbagai topik, termasuk berkaitan dengan Windows 10, Office 365, Azure, SharePoint, Power BI, SQL Server, PowerShell dan lain-lain topik yang menarik.

Microsoft tidak menyatakan sampai bila e-buku ini ditawarkan secara percuma. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun e-buku ini secara percuma dan menggunakannya dalam menambah ilmu atau menjadikannya sebagai rujukan.

Muat-Turun E-Buku Percuma Daripada Microsoft

Sumber: http://bit.ly/29QYqzd
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.