Keluarga komputer Surface merupakan salah satu keluarga peranti berasaskan Windows yang hadir terus daripada Microsoft. Pada tahun lepas, Microsoft turut memperluaskan penawaran keluarga Surface mereka dengan memperkenalkan Surface Book.
Kini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Microsoft turut akan hadir dengan komputer semua-dalam-satu atau turut dikenali ramai sebagai desktop AIO dibawah keluarga Surface.
Info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, dengan penggunaan jenama Surface, kita mungkin akan dapat melihat rekaan yang premium dan pada masa yang sama membawakan spesifikasi yang tinggi melaluinya.
Microsoft dijangka akan memperkenalkannya sekitar tahun 2017 kelak – atau mungkin juga akan hadir lebih awal. Sekiranya ia dipasarkan kelak, kita mungkin akan melihat Surface AIO ini bersaing dengan pelbagai komputer AIO dipasaran, termasuk iMac daripada Apple.
0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.