MESUIT – Kerangka Mengubah iPhone Menjadi Peranti Android: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Jika anda ingat bulan lalu kami paparkan berita kerangka yang membolehkan sebuah iPhone menggunakan sistem operasi Android. Projek Tendigi yang dihasilkan menggunakan cetak 3D ini tidak dihasilkan secara komersial. Tetapi sekiranya anda mahukan kemampuan menggunakan dua sistem operasi pada iPhone ia boleh dilakukan dengan MESUIT.

MESUIT-kerangka-iphone

MESUIT ialah kerangka yang dipasang pada iPhone dan turut mempunyai power bank serta storan tambahan terbina. Ia menggunakan sistem emulasi perisian yang sama seperti yang digunakan Tendigi. Dua model MESUIT dihasilkan iaitu untuk iPhone 6 dengan bateri tambahan 1700 mAh dan storan tambahan  16 Gigabyte. Versi iPhone 6 Plus pula mempunyai bateri tambahan 2500 mAh dan storan 16 Gigabyte. Harga jualan kerangka ini bermula dari RMB 999 (~RM 608) sebuah.

Sumber: http://bit.ly/2a2HRRa
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.