Google Maps Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Lebih Daripada Satu Destinasi: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google Maps merupakan salah satu aplikasi peta dan navigasi yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka menambah satu fungsi baru yang menarik pada Google Maps, iaitu kebolehan menambah lebih daripada satu destinasi yang dituju.

Google Maps

Kini, pada Google Maps di Android, pengguna boleh menambah destinasi lebih daripada satu dengan menekan pada butang menu dan memilih Add A Stop. Seterusnya, Google Maps akan membuat anggaran masa perjalanan yang akan diambil untuknya.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan akan hadir ke iOS pada masa akan datang.

Muat-Turun Google Maps untuk Android

Sumber: http://bit.ly/29fwIvj
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.