Tips: Ridsect Habis, Minyak Wangi Sebagai Penyelamat!

Leave a Comment
"Ridsect goodnight tak diganggu nyamukkkk! Eewaaah!"


Salam.

Korang semua mesti pernah mengalami situasi di mana ketika khidmat bakti seekor Ridsect diperlukan namun ianya sudah tidak bernyawa dan tidak mampu bernafas lagi. Anda terpaksa tidur dalam keadaan nyamuk yang gigit sana gigit sini.

Tetapi adakah saudara mempunyai minyak atar, atau minyak wangi? Apakah kaitan saya sebut minyak wangi pulak ni? Kaitannya ialah minyak atar dapat dijadikan sebagai penghalau nyamuk yang berkesan. "Holy sh**!", ujar anda mengajuk ayat yang sering diujarkan oleh mak salleh di dalam TV dan movies. Anda sedang confuse sekarang ni. Mungkin anda cakap saya gila babi kerana mengeluarkan kenyataan yang kontroversi ini. Janganlah cakap macam tu dengar dulu apa saya nak tulis ni. Kesian juga kat babi kerana menjadi mangsa tuduhan liar engkau orang ni.

Dia cerita dia macam ni. 2-3 tahun lepas aku semasa aku sedang melayari alam maya, aku terjumpalah makhluk yang mengatakan minyak wangi boleh dijadikan untuk menghalau nyamuk. Aku pun cubalah memang menjadi sangat-sangat! Aku berpuas hati. Itu sebablah aku nak kongsi ilmu ni, manalah tahu kan kau orang tengah-tengah Ridsect habis tu ataupun tak ada Ridsect sebab miskin tak mampu beli, korang boleh guna teknik ni, 100% berkesan dan tidak membahayakan.

Hahaha..relaxla aku nak bagitaw dah ni macam mana. Biasalah nak buat karangan ni kena buat mukaddimah dulu. Okaylah mukaddimah aku dah habis. Cara-cara untuk mengelakkan digigit nyamuk guna minyak atar ni senang sahaja.

Korang hanya perlu pakai, sapu dan lumurkan minyak atar tu ditempat di badan korang. Tak perlu banyak , asalkan badan korang yang tempat nyamuk nak gigit tu berbau minyak wangi. Disyorkan minyak atar yang murah tu, tapi bukan minyak wangi yang murah yang sembur tuh..kalau mampu guna minyak wangi yang beratus pun no hal punya...dah kaya kan takkan tak mampu beli  :p

Lepas tu pasti, pasti sik nyamuk nggak bakalin gigitin lu lagi. Ini sirius gua bilangin sama lu.

Aku dah amal teknik ni bertahun dah memang sentiasa tidak mengecewakan. Aku sekarang pun tak pakai dah Ridsect semua tuh...jimat pun jimat nyamuk pun tak gigit...bau pun sedap tak macam Ridsect..minyak atar pun berapa ringgit je murah je...tahan lama pun tahan lama kalau korang nak beli minyak atar semata-mata nak buat halau nyamuk. Tahan lama weyhhh! 

Kalau kau orang ada baby, lagilah bagus guna minyak atar ni. Ridsect sebenarnya membahayakan kesihatan terutamanya kesihatan baby jika terbau kuat sangat...jadi pakai minyak wangi ni selesai masalah, boleh sapu kat bayi dan tidak bahaya pun..nyamuk pun tak boleh gigit baby tu, sebab bau minyak wangi tu..dia peninglah tu kot...

OK la gua chow dulu. Gua lapar nasik ni. kbai.

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.