Kata Saidina Ali, rezeki dia ada 2 jenis.
Pertamanya rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Jenis rezeki ni dia datang cari korang. Jangan korang bimbang, dia akan cari korang sampai berjumpa dengan korang, tak kira korang ada di Planet Pluto ke, Africa ke dalam gua ke.
Dia ada satu kisah benar. Pak Abu(bukan nama sebenar) pergi ke kedai untuk beli beras. Tiba-tiba terjumpa dengan Samad(bukan juga nama sebenar) sahabat baik lamanya dahulu. Rupa-rupanya Samad sekarang seorang hartawan dan jutawan. Apa lagi, sebab gembira berjumpa Pak Abu, Samad belanja Pak Abu untuk membeli bukan setakat sekampit beras malah 3 kampit beras berserta dengan barang runcit lain, tidak termasuk lagi Samad belanja Pak Abu makan tengahari itu. Inilah orang kata rezeki yang datang tanpa disangka.
Jenis kedua pula adalah jenis yang datang dengan usaha yang dilakukan. Ada usaha baru dia datang takde usaha jangan haraplah dia nak datang walaupun kuat berdoa pun. Walaupun usaha tersebut kecil, tetapi ia sudah cukup untuk memangkin rezeki ini untuk datang kepada korang.
Rezeki ini jangan salah faham pula. Rezeki ini dia wujud dalam pelbagai bentuk bukan hanya duit dan harta semata-mata. Ketenangan jiwa juga merupakan salah satu bentuk rezeki. Anak-anak juga merupakan suatu rezeki. Hujan, rezeki juga. Kesihatan rezeki juga. Anak dapat 10 A SPM pun rezeki juga. Pendek kata, semua pemberian Allah itu adalah rezeki.
Panjang-panjang di atas hanyalah mukaddimah sahaja. Jadi sebenarnya ada satu amalan yang sangat mudah yang boleh menjemput rezeki datang bergolek-golek dan golek lagi macam ayam golek di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Langkah yang pertama; tunaikan semua kewajipan yang Fardhu bagi kita umat Islam. Contohnya solat. Kalau tak solat Fardhu, jangan haraplah korang nak murah rezeki. Lagi sempit rezeki adalah. Semua orang yang tak solat ni, banyak akan berlaku masalah dalam hidup mereka. Kalau tak percaya, cuba tengok kawan2 korang atau sedara mara korang ke, adik beradik korang ke yang tak solat. Tengok macam mana kehidupan diorang. Mesti banyak masalah, rezeki sempit. Tapi adalah sesetengah orang tu Allah bagi istidraj; iaitu tak sembahyang pun rezeki dia murah. Ini ujian kepada mereka, kebanyakan orang macam ni, dia akan lagi jauh daripada Allah kerana beranggapan Allah sayang dia sebab tak sembahyang pun murah rezeki, kaya dan sebagainya. Padahal dia tak tahu itu adalah ujian yang sangat berat untuk menjauhkan lagi dia dari rahmat Allah, dan Allah sedang murka dengan dia. Hanya segelintir kecil sahaja yang insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Langkah yang kedua korang hanyalah perlu baca Surah Al-Waqiah 1 kali pagi dan 1 kali petang, iaitu Sura ke-56 dalam Quran. Itu sahaja. Sebaiknya selepas solat subuh sekali, dan selepas solat Asar sekali. Surah ni tak adalah panjang pun, pendek je.
Kalau korang amal amalan simple ini, korang akan perasan rezeki korang akan menjadi murah. Usaha sikit pun rezeki datang bergolek-golek. Tak percaya cuba try untuk seminggu dua. Korang mesti perasan. Seperti yang saya tulis tu, rezeki bukan dalam bentuk duit sahaja ya, jadi jangan expect duit sahaja datang berkepuk-kepuk lepas korang amal tu. Rezeki lain macam mudah dapat kerja, kesihatan bertambah baik, naik pangkat ke, dapat BRIM ke, jiwa menjadi tenang ke, lain2...hihi
Semoga rezeki korang murah ya! Chaw duluuu...
0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.