PlayStation 4 Menghentikan Sokongan Penstriman Melalui Ustream: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Penstriman video ialah fenomena baru di dalam dunia permainan komputer. Ia kini boleh menjadi kerjaya sepenuh masa yang membolehkan selebriti penstriman seperti Pewdiepie dan KSI mengaut pendapatan berjumlah jutaan ringgit setahun. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk melakukan penstriman. Sony hari ini mengumumkan penghentian sokongan penstriman melalui Ustream pada konsol PlayStation 4 bermula 1 Ogos 2016.

Ustream-henti-PlayStation-PenstrimanPada masa yang sama video penstriman melalui Ustream juga tidak lagi boleh ditonton melalui portal “Live From PlayStation” pada PlayStation 4, PlayStation App dan PlayStation Vita. Tiada alasan diberikan mengapa sokongan dihentikan secara mengejut. Mulai 1 Ogos pemilik PlayStation 4 hanya boleh menstrim menggunakan YouTube, Twitch dan Daily Motion.

 

Sumber: http://bit.ly/29anBwd
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.