Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author

Ini Adalah Lakaran Jam Tangan Pintar OnePlus Yang Tidak Direalisasikan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

OnePlus merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang mempunyai peminatnya tersendiri. Seperti pengeluar telefon pintar lain, pihak OnePlus turut pernah membangunkan jam tangan pintar tersendiri, tetapi ia tidak pernah direalisasikan.

Berkongsi di Twitter, Carl Pei baru-baru ini telah berkongsi gambar lakaran untuk jam tangan OnePlus mereka yang tidak pernah hadir sebagai produk akhir.

OnePlus Watch

Melalui lakaran yang diperlihatkan, OnePlus memperlihatkan mereka pernah hadir dengan idea jam tangan pintar dengan rekaan berbentuk bulat sekitar tahun 2015 lepas. Ia hadir dalam tiga bahagian, iaitu bingkai, tali jam, dan juga peranti jam tangan berkenaan tersendiri. Lakaran kasar juga memperlihatkan kebolehan menukar tali jam dengan mudah mengikut kegemaran pengguna.

Ia tidak diketahui mengapa produk mereka dibatalkan sebelum ini. Berkemungkinan adalah kerana pasaran jam tangan pintar masih terlalu baru dan permintaannya tidak begitu tinggi lagi buat masa ini.

Bagi anda, sekiranya jam tangan pintar daripada OnePlus ini direalisasikan, adakah anda akan mendapatkannya?

Sumber: http://bit.ly/29gZtGR
Read More

Ok-Google.io – Memudahkan Anda Mengetahui Semua Arahan Untuk Google Now: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google Now merupakan salah satu fungsi yang hadir terbina pada sistem operasi Android, memudahkan pengguna membuat beberapa carian menggunakan arahan suara. Kebanyakkan peranti Android masa kini membolehkan ia dapat diaktifkan dengan hanya menyebut Ok Google.

Ok-Google

Namun, salah satu masalah yang mungkin dialami ramai pengguna adalah tidak mengetahui pelbagai arahan suara yang disokong melalui Google Now atau OK Google ini.

Untuk memudahkannya, kini salah seorang pembangun bebas hadir dengan sebuah laman berbentuk direktori yang menyusun pelbagai arahan suara yang disokong pada Ok Google. Buat masa ini, lebih daripada 150 arahan suara telah tersenarai dalam pelbagai kategori berbeza dan boleh digunakan pada Ok Google.

Bagi anda yang sering menggunakan Google Now atau Ok Google, mungkin anda boleh semak direktori Ok-Google.io ini dan menggunakannya dengan lebih efektif bersama-sama telefon pintar Android anda.

Layari: Ok-Google.io

Sumber: http://bit.ly/297nxfH
Read More

HTC Menjanjikan Android Nougat Akan Hadir Ke HTC 10, HTC One A9 Dan HTC One M9: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada bulan Mei lepas, pihak HTC sedia mengatakan peranti mereka bakal memperkenalkan kemaskini Android N untuk beberapa peranti mereka. Kini, dengan Google secara rasminya memperkenalkan nama Android 7.0 sebagai Nougat, pihak HTC sekali lagi menekankan perkara berkenaan.

HTC Android Nougat

HTC mengatakan peranti HTC M10, HTC One A9 dan juga HTC One M9 akan menerima Android 7.0 Nougat.

Tiada sebarang tarikh diberikan oleh HTC buat masa ini. Sebelum ini mereka menjanjikan bakal memperkenalkan kemaskini dalam tempoh 90 hari sejak versi akhir Android dikeluarkan, dan mungkin kita boleh menyasarkan perkara sama untuk kemaskini Android Nougat ini kelak.

Sumber: http://bit.ly/29fF9Xn
Read More

Setem Antarabangsa Diperkenalkan Pos Malaysia Untuk Mel Antarbangsa: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Banyak perkara berlaku selepas pengenalan GST sebanyak 6% tahun lalu. Harga barangan semakin rendah, kualiti hidup rakyat Malaysia semakin makmur dan kutipan GST sebanyak RM 27 Billion digunakan dengan sewajarnya oleh pemegang amanah. Kini impak GST akan dirasai pula oleh mereka yang kerap menghantar surat ke luar negara.

GST-Setem-Pos-001Mulai 1 Oktober 2016, setem sedia ada tidak boleh digunakan untuk penghantaran mel ke luar negara. Pengguna perlu membeli setem antarabangsa yang bakal dikeluarkan kelak. Pada bahagian sisi kir setem ini tertera tulisan “International Antarabangsa”. Dua setem berbeza dihasilkan bagi mematuhi peraturan GST yang memerlukan dua setem berasingan untuk kegunaan domestik dan antarabangsa.

Sumber: http://bit.ly/299gmCi
Read More

U Mobile Akan Hadkan Video-Onz Kepada 7GB Untuk Pelanggan P70 – Menambah Lebih Ramai Rakan Kerjasama: Informasi Teknologi

Leave a Comment

U Mobile sebelum ini telah hadir dengan perkhidmatan Video-Onz yang menawarkan data tambahan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar khusus untuk strim video daripada beberapa perkhidmatan terpilih. Ketika pengenalan, U Mobile menawarkan ia tanpa had untuk pelanggan U Mobile P70.

Kini, bergerak ke hadapan, U Mobile akan mengehadkan penawaran mereka kepada 7GB bermula 1 Ogos 2016 ini, sementara penawaran tanpa had dapat dinikmati oleh pelanggan U Mobile P98. Ini bermakna, selepas penggunaan 7GB bagi tujuan penstriman video, pengguna akan menggunakan data daripada pelan 15GB untuk strim video.

Pengurangan ini mungkin sesuatu yang dijangka, apatah lagi promosi Video-Onz pada peringkat awalnya adalah hanya sehingga 31 Julai 2016 sahaja. Melalui perubahan ini juga, pihak U Mobile mengatakan kini penawaran Video-Onz dilanjutkan sehingga 31 Disember 2016 kelak.

Disamping itu, U Mobile turut menambah tujuh lagi rakan kerjasama mereka untuk boleh dinikmati melalui Video-Onz, termasuk antaranya adalah DailyMotion, Viki, Crunyroll, YuppTV, BFM, TheEdgeTV dan juga Starlive – selain daripada sejumlah perkhidmatan penstriman video popular seperti YouTube, iFlix, HyppTV, Astro-On-The-Go, dan sebagainya.

UMobile Video-Onz

Sumber: http://bit.ly/29dj1Lw
Read More

Google Maps Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Lebih Daripada Satu Destinasi: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google Maps merupakan salah satu aplikasi peta dan navigasi yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka menambah satu fungsi baru yang menarik pada Google Maps, iaitu kebolehan menambah lebih daripada satu destinasi yang dituju.

Google Maps

Kini, pada Google Maps di Android, pengguna boleh menambah destinasi lebih daripada satu dengan menekan pada butang menu dan memilih Add A Stop. Seterusnya, Google Maps akan membuat anggaran masa perjalanan yang akan diambil untuknya.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan akan hadir ke iOS pada masa akan datang.

Muat-Turun Google Maps untuk Android

Sumber: http://bit.ly/29fwIvj
Read More

Bandai Namco Membuka Studio Di Malaysia – Beroperasi Penuh Bermula September 2016: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Pada bulan Mei lepas, pihak Bandai Namco telah berkongsi dengan Amanz mengatakan mereka akan membuka pejabat atau studio di Malaysia. Hari ini, secara rasminya mereka menubuhkan syarikat untuk operasi tempatan dikenali sebagai BANDAI NAMCO Studios Malaysia Sdn Bhd, dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2016 kelak.

Bandai Namco

Studio di Malaysia ini akan memfokuskan kepada pembangunan kandungan, dan menjadi hab untuk pembangunan seni visual di rantau ini.

BANDAI NAMCO di Malaysia juga bekerjasama dengan studio CGI popular tempatan, iaitu Sky Animation, selain turut menerima sokongan daripada MDeC.

Sumber: http://bit.ly/29wsqw1
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama