Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author

Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) - 23 Jun 2016

Leave a Comment
Jawatan kosong kerajaan terkini di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Cawangan Kuantan Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Cawangan Kuantan sebagai :

1. PENSYARAH BAHASA MELAYU

Tarikh tutup permohonan pada 23 Jun 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan


Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

PERMOHONAN
Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut :
  • Keterangan peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

KOLEJ POLY-TECH MARA
Kampus Cawangan Kuantan
KM 8, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang 
(u.p : Seksyen Sumber Manusia & Organisasi)

Tel : 09-536 6701, 09-536 6513 & 09-536 6514 (Exr : (212)


from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2016 http://ift.tt/28O5JfF
Read More

Jawatan Kosong di Kolej Profesional MARA - 24 Jun 2016

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Kolej Profesional MARA Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Profesional MARA sebagai :

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

Tarikh tutup permohonan pada 24 Jun 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di kolej profesional mara jun 2016

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG (dan search).

jawatan kosong di kolej profesional mara

3. Sila pilih majikan :

Majikan: KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG, HULU LANGAT, SELANGOR. SEKTOR: PENDIDIKAN KOLEJ DAN UNIVERSITI (AWAM)

4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.

from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2016 http://ift.tt/1OwAU8C
Read More

Perangai Buruk Peniaga Bulan Ramadhan: Jual Makanan Dan Kuih Basi

Leave a Comment

Hmm..buruk dan jahat sungguh perangai. Mementingkan untung semata-mata. Berniaga pun tidak berkat macam ni.

HULU TERENGGANU, 19 Jun (Bernama) -- "Beli kue (kuih) basi, beli lauk basi, berat66 sungguhlah (teruk betul)".

Itu antara status yang dimuat naik seorang pengunjung bazar Ramadan di laman sosial Facebook kumpulan di daerah ini, setelah kecewa dengan sikap peniaga di bazar Ramadan Kuala Berang yang menjual juadah basi.

Status yang dimuat naik pengguna menggunakan nama Laksa Laksam pada Khamis lalu itu mendapat 176 'likes' dan turut menerima lebih 50 komen yang menyokongnya dan turut meluahkan nasib yang sama dialami mereka.

Pengguna Facebook Cik Nisa yang turut mengutarakan komen di status Laksa Laksam berkata beliau juga berasa terkilan apabila kuih yang dibelinya basi.

"Semalam beli kuih pun basi. Murtabak pun xsdap(tidak sedap). Ayam golek pun xtau(tak tahu) la ble (bila) punya. Mmg (memang) frust (kecewa) gak (jugak) la," katanya.

Seorang lagi pembeli, Meq Shaa berkata beliau terpaksa berulang-alik ke tandas kerana cirit birit setelah makan nasi yang dibeli dari bazar berkenaan.

"Mmg (memang) pun sy (saya) pun beli nasi lauk perangat (dihangatkan kembali) wase (rasa).....sari (sehari) sapa(sampai) ke subuh skit(sakit) perut kuo(keluar) toilet...mutoh (muntah) siap....bhaye (bahaya) molek (betul) jual makanan gtu(macam tu)...klu (kalau) kene (kena) ke budok kecik sian(kesian) la," katanya.

Seorang lagi pengguna, Aisyah Aziz turut memuat naik status pada hari yang sama meluahkan rasa kesalnya apabila air soya yang dibelinya turut basi.

"Beli air soya bazar basi..hok(yang) bila xtau(tak tahu)..kenat (khianat) nguh (sungguh)," katanya.

Status tersebut turut mendapat 150 'likes' dan 97 komen yang menyokongnya.

Semalam, seorang pengguna facebook Zainab Zainab turut memuat naik status apabila ketupat yang dibelinya untuk dibawa ke surau basi dan status tersebut dikongsikan anaknya Ameera Syahida di Facebook kumpulan daerah ini.

"Petang ni..beli ketupat sambal..pasar Ramadan..Nyer (Dia) campur hok (yang) basi ngn (dengan) molek..dah la kita beli byok (banyak) nk (nak) wat (buat) g(pergi) surau..watpe (kenapa) la..perangai manusia ni.tidak ikut hukum tuhan berjual beli...bertaubatlah ...lain kali jgn (jangan) la wat (buat) gni(begini) lagi," katanya.

Status tersebut turut menarik perhatian 112 pengguna Facebook.

Zuaya Zuwa berkata cerita makanan basi di bazar daerah berkenaan bukan perkara baharu malah hampir setiap tahun perkara serupa terjadi hingga membuatkan beliau serik untuk ke bazar berkenaan.

"Tiap2 (setiap) tahun mesti ada kes makanan basi kat Kuala Berang..tu lah (itulah) ambe (saya) dok (tak) minat gi (pergi) bazar ramadan..baik beli kg (kampung)..dah (sudah) lah murah," katanya.

Sementara itu, Matleq Dcni memohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana bimbang perkara tersebut akan berlarutan disebabkan ramai pengguna yang terkena nasib yang sama.

"Aii ramai dh (dah) kene (terkena) nie..bru (baru-baru) ni (ini) ambe(saya) dah kena...rojak ayam...saing (kawan) ambe (saya) air soya..basi blake (semua)...ambik (ambil) tindakan la pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bazar berkenaan sejak dua hari lalu mendapati ada lambakan lauk serta kuih muih yang tidak dapat dijual sesetengah peniaga walaupun sudah masuk waktu berbuka berikutan cuaca hujan.

Mungkin ada sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah dengan menjual kembali makanan yang tidak habis dijual itu pada keesokan harinya untuk mengelak pembaziran.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar kejadian yang pernah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas keracunan makanan akibat memakan ayam goreng di pasar malam di dearah ini dua tahun lalu, tidak berulang.  Sumber
Read More

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) - 03 Julai 2016

Leave a Comment
Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai:

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17

Tarikh tutup permohonan 03 Julai 2016
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

CARA MEMOHON:-
Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2016 yang boleh didapati daripada KEMAS Negeri. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS;

Calon dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja dengan menyatakan jurusan jawatan;

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri *(negeri bermastautin / merancang untuk bermastautin) seperti yang dilampirkan sebelum tarikh tutup permohonan;

*Sekiranya calon berjaya dalam temuduga, penempatan bertugas akan ditentukan mengikut Negeri di mana tempat borang permohonan dihantar




from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2016 http://ift.tt/1UpLRYO
Read More

Jawatan Kosong Terkini di FRIM - 24 Jun 2016

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai:

1. PEGAWAI TADBIR

Tarikh tutup permohonan 24 Jun 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong di frim jun 2016

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (http://ift.tt/1vJtmlR) akan diproses. Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2016 http://ift.tt/1Y20buK
Read More

Cara Yang Sangat Senang Untuk Menjemput Rezeki!

Leave a Comment


Kata Saidina Ali, rezeki dia ada 2 jenis.

Pertamanya rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Jenis rezeki ni dia datang cari korang. Jangan korang bimbang, dia akan cari korang sampai berjumpa dengan korang, tak kira korang ada di Planet Pluto ke, Africa ke dalam gua ke.

Dia ada satu kisah benar. Pak Abu(bukan nama sebenar) pergi ke kedai untuk beli beras. Tiba-tiba terjumpa dengan Samad(bukan juga nama sebenar) sahabat baik lamanya dahulu. Rupa-rupanya Samad sekarang seorang hartawan dan jutawan. Apa lagi, sebab gembira berjumpa Pak Abu, Samad belanja Pak Abu untuk membeli bukan setakat sekampit beras malah 3 kampit beras berserta dengan barang runcit lain, tidak termasuk lagi Samad belanja Pak Abu makan tengahari itu. Inilah orang kata rezeki yang datang tanpa disangka.

Jenis kedua pula adalah jenis yang datang dengan usaha yang dilakukan. Ada usaha baru dia datang takde usaha jangan haraplah dia nak datang walaupun kuat berdoa pun. Walaupun usaha tersebut kecil, tetapi ia sudah cukup untuk memangkin rezeki ini untuk datang kepada korang.

Rezeki ini jangan salah faham pula. Rezeki ini dia wujud dalam pelbagai bentuk bukan hanya duit dan harta semata-mata. Ketenangan jiwa juga merupakan salah satu bentuk rezeki. Anak-anak juga merupakan suatu rezeki. Hujan, rezeki juga. Kesihatan rezeki juga. Anak dapat 10 A SPM pun rezeki juga. Pendek kata, semua pemberian Allah itu adalah rezeki.

Panjang-panjang di atas hanyalah mukaddimah sahaja. Jadi sebenarnya ada satu amalan yang sangat mudah yang boleh menjemput rezeki datang bergolek-golek dan golek lagi macam ayam golek di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Langkah yang pertama; tunaikan semua kewajipan yang Fardhu bagi kita umat Islam. Contohnya solat. Kalau tak solat Fardhu, jangan haraplah korang nak murah rezeki. Lagi sempit rezeki adalah. Semua orang yang tak solat ni, banyak akan berlaku masalah dalam hidup mereka. Kalau tak percaya, cuba tengok kawan2 korang atau sedara mara korang ke, adik beradik korang ke yang tak solat. Tengok macam mana kehidupan diorang. Mesti banyak masalah, rezeki sempit. Tapi adalah sesetengah orang tu Allah bagi istidraj; iaitu tak sembahyang pun rezeki dia murah. Ini ujian kepada mereka, kebanyakan orang macam ni, dia akan lagi jauh daripada Allah kerana beranggapan Allah sayang dia sebab tak sembahyang pun murah rezeki, kaya dan sebagainya. Padahal dia tak tahu itu adalah ujian yang sangat berat untuk menjauhkan lagi dia dari rahmat Allah, dan Allah sedang murka dengan dia. Hanya segelintir kecil sahaja yang insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Langkah yang kedua korang hanyalah perlu baca Surah Al-Waqiah 1 kali pagi dan 1 kali petang, iaitu Sura ke-56 dalam Quran. Itu sahaja. Sebaiknya selepas solat subuh sekali, dan selepas solat Asar sekali. Surah ni tak adalah panjang pun, pendek je.

Kalau korang amal amalan simple ini, korang akan perasan rezeki korang akan menjadi murah. Usaha sikit pun rezeki datang bergolek-golek. Tak percaya cuba try untuk seminggu dua. Korang mesti perasan. Seperti yang saya tulis tu, rezeki bukan dalam bentuk duit sahaja ya, jadi jangan expect duit sahaja datang berkepuk-kepuk lepas korang amal tu. Rezeki lain macam mudah dapat kerja, kesihatan bertambah baik, naik pangkat ke, dapat BRIM ke, jiwa menjadi tenang ke, lain2...hihi

Semoga rezeki korang murah ya! Chaw duluuu...


Read More

Cara Mudah Servis Kereta Bagi Wanita Bekerjaya

Leave a Comment

Bagi wanita yang berkereta tu, bolehlah belajar tips servis kereta cara mudah macam di bawah ni. Kereta kena jaga, tak jaga tak servis selalu, diri sendiri juga yang susah bila kereta rosak dan poket pun faham-fahamlah..rabak dibuatnya...hehehe

Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..

BASIC SERVIS kereta adalah

i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak 

ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)

iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis
Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop 
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++ 
Oil filter RM10-RM13 
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge) 

Labour charge RM15 - RM 25
Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri 
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira) 
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part 
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006) 
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu.. 

Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi) 
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J
Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..
P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je) J

✔ TIMING BELT 
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. 

Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)

Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..

1. jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)* 

2. tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

3. penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni. 

5. enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi -<

6. brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **

7. bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

8. minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].

9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi. 

10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).

11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.
Cerita Pasal Nak’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring. 
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. Untuk mendapatkanset up yang terbaik untuk kereta anda, saya 
mengesyorkan anda bertanya kepada pakar En Rosli Smart 
Suspension 019-2309961, kedai En Rosli di Senawang. 

(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - (harga mahal sikit).

Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).
** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda. Sumber.

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama