Peratusan Penggunaan Android Marshmalllow Mencecah 15.2%: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Ogos menjelma dan tanpa disedari kini semakin menghampiri tarikh pelancaran rasmi Android Nougat. Sementara menanti kemas kini yang membawakan pelbagai perubahan drastik kepada Android mari kita lihat peratusan penggunaan versi yang sedia ada. Sehingga 1 Ogos 2016, 15.2% peranti Android telah menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Ini peningkatan sebanyak 1.9% dari 13.3% pada bulan lalu.

Versi Android ogos 2016

Majoriti peranti Android masih menggunakan Lollipop dengan 35.5% diikuti oleh KitKat (29.2%) dan Jelly Bean (16.7%). Peningkatan ini ialah petanda positif kerana pengeluar tidak lagi menggunakan versi lama dan memperkenalkan kemas kini. Diharap penggunaan Marshmallow akan semakin meningkat kerana fungsi penjimatan bateri Doze dan Google Now On Tap ialah dua perkara yang akan membawakan perubahan besar pada penggunaan peranti Android anda.

Sumber: http://bit.ly/2auvuLl
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.