Sebulan-dua ni, satu virus yang sangat bahaya telah muncul di arena Internet yang dinamakan Cerber. Sebenarnya tidak tepat kita panggil virus, istilah yang tepat adalah ransomware atau dalam bahasa Melayunya belum lagi diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kenapa virus ni sangat bahaya dan boleh membuat seseorang bunuh diri dan sebagainya?
Mari aku beritahu.
Virus dia macam ni. Apabila sahaja anda dijangkiti oleh virus ni, semua fail-fail di dalam komputer anda akan diencrypt atau dalam bahasa mudahnya dilock dan anda tidak akan boleh mengaksesnya lagi melainkan anda kena BAYAR 500 Euro(lebih kurang RM 2200) kepada pencipta virus tu untuk menyahlock balik fail tu, itupun belum tentu 100% fail tu boleh dikembalikan. Celaka betul brader yang cipta virus tu.
Setakat ini belum ada perisian antivirus yang mampu membuang virus ini dan mengembalikan fail anda tanpa perlu berkorban RM 2k lebih, dan diyakini akan tidak ada langsung penyelesaian untuk mengembalikan fail anda yang dilock itu, virus dibuang mungkin tak mustahil, tetapi fail yang dilock /disulitkan tidak akan dapat dinyahlockkan lagi, kerana diencrypt menggunakan teknologi penyulitan ketenteraan.
Bayangkan kalau fail-fail anda yang penting, fail-fail kerja contohnya, yang bernilai mungkin ratusan hingga ribuan ringgit, habis semua hilang, dalam sekelip mata, tak ke rasa macam nak bunuh diri? Tambahan pula, jikalau waktu jangkitan itu external hard disk anda tengah bersambung ngan komputer pun akan turut dijangkiti, walaupun sambungan guna wireless. Pendrive pun tak terkecuali.
Jadi langkah penyelesaiannya adalah buat persediaan sebelum kena, sebab kalau dah kena, buat apa pun tak guna. Caranya selalu backup fail-fail penting anda ke banyak biji external, ataupun cara yang paling selamat adalah backup atau simpan fail anda itu di storan awan macam Dropbox, Google Drive, One Drive dan lain-lain.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.