Hari ini, Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update kepada para pengguna mereka. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad kepada pengguna PC, Xbox dan juga Hololens. Bagi pengguna peranti mudah-alih, anda mungkin perlu nantikan untuk seminggu lagi.
Daripada perkongsian Tweet Microsoft di India, mereka mengatakan akan mula menawarkan kemaskini Anniverasy Update bermula daripada 9 Ogos 2016 kelak. Seperti sebelum ini, ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna berdasarkan kepada peranti yang digunakan.
Beberapa fungsi akan dibuang daripada Windows 10 Anniversary Update, seperti aplikasi radio FM, Kids Corner, integrasi peta dalam bangunan, dan beberapa yang lain.
Mengikut sokongan yang diberikan sebelum ini untuk Windows 10, antara peranti yang disokong adalah termasuk Lumia Icon, 1520, 930, 640, 640XL, 730, 735, 830, 532, 535, 540, 635 1GB, 636 1GB, 638 1GB, 430, dan 435.
0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.