Selasa, 2 Ogos 2016

49.2 Juta Salinan Metal Gear Sudah Terjual Setakat Ini: Informasi Teknologi

Siri Metal Gear Solid terkenal dengan plot yang menyentuh isu semasa dan watak dengan kemampuan adiwira yang aneh. Permainan yang dihasilkan oleh Hideo Kojima ini sudah wujud sejak 1987 dan berakhir dengan MGS V The Phantom Pain yang muncul September tahun lalu.  Walaupun Kojima telah meninggalkan Konami, permainan ini kini hidup sebagai mesin pachinko di Jepun.

4K-mgs-V

Konami mengesahkan permainan-permainan di dalam siri ini sudah terjual sebanyak 49.2 Juta unit sehingga 31 Mac 2016. Jualan yang dicatatkan ini boleh dikatakan agak rendah bagi siri yang mempunyai lebih daripada 20 versi setakat ini. Sebagai perbandingan Grand Theft Auto V sudah terjual melebihi 60 Juta unik dan Minecraft pula melebihi 100 Juta unit. Ini mungkin logik mengapa Kojima disingkirkan oleh Konami dan mereka menghasilkan mesin pachinko. Di akhir hari keuntungan diberikan keutamaan berbanding menghasilkan permainan yang baik.

 

Sumber: http://bit.ly/2aoH7BW

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.