Khamis, 14 Julai 2016

Fallout Shelter Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna PC Secara Percuma: Informasi Teknologi

Fallout Shelter adalah salah satu permainan yang menarik telah diperkenalkan bersempena dengan permainan Fallout 4 dan ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih pada awalnya. Melaluinya, pemain akan membina kubu bawah tanah dan menjaga keharmonian penduduknya.

Fallout Shelter

Sejak ia diperkenalkan, ia adalah salah satu permainan yang dimainkan ramai pada peranti mudah-alih memandangkan ia ditawarkan secara percuma, selain cara permainannya yang menarik. Bethesda sendiri mengatakan lebih 50 juta pemain telah memuat-turunnya sejak ia ditawarkan.

Selepas hanya ditawarkan untuk peranti mudah-alih, hari ini seperti Bethesda janjikan sebelum ini, mereka telah pun melancarkan permainan Fallout Shelter ini untuk pengguna PC.

Permainan ini ditawarkan secara percuma kepada semua – dan turut hadir dengan ciri-ciri baru yang membolehkan pemain meneroka dan menetapkan misi berbeza – selain sistem perlawanan baru yang membolehkan pemain mengawal aksi Dweller.

Untuk memuat-turun permainan Fallout Shelter ini ke PC, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun Bethesda Launcher dan memuat-turun permainan ini secara percuma.

Muat-Turun Bethesda Launcher untuk PC

Sumber: http://bit.ly/29yBiVa

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.