Rabu, 6 April 2016

Digi, Maxis, Celcom, uMobile, Altel, seterusnya Webe?

Kad sim yang tertiris
Kura-kura mengatakan bahawa...eh..ura-ura mengatakan bahawa Telekom Malaysia(TM) akan menyertai arena telekomunikasi mudah alih sedikit masa lagi.

Ini berikutan tertiris sekeping gambar yang menunjukkan pek kad sim Webe yang dilaporkan oleh amanz.my. Setelah diperiksa di internet, didapati domain webe.com.my telah didaftarkan oleh P1, anak syarikat TM. Ini salah satu bukti yang memperkuatkan andaian ini.

Ini masih menjadi misteri oleh itu kita tunggu sahaja apa yang akan diumumkan oleh TM dalam masa terdekat.

p/s Jilake..dengar cerita postpaid dia RM 10 je sebulan dengan kuota 20 GB...lingkuplah telco lain..ahhaha


Sumber: https://amanz.my/2016109147/ || http://www.malaysianwireless.com/2016/04/webe-tm-p1-4g-lte-mobile-operator-launch-13-april/


0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.