Selasa, 12 April 2016

Buang Cacing Dalam Badan Anda!

Para Cacing Sangat Menggeruni Akan Brader Zentel Ini
Salam.

Hari ni nak cerita pasal cacing yang berpotensi berada di dalam tubuh badan anda. Jangan ingat budak kecik sahaja ada cacing dalam badan, budak besar pun berisiko besar kecacingan.

Cuma orang dewasa tidaklah kecacingan kerawit, iaitu cacing yang biasa menyerang kanak-kanak tu, tetapi cacing jenis lain terutamanya cacing benang. Cacing benang ni halus sangat memang susah nak nampak, lebih kurang benanglah sebab nama pun cacing benang.

Jadi macam mana cacing benang ni boleh masuk ke dalam badan kita orang dewasa yang bukannya main pasir main lumpur macam kanak-kanak tu? Telur cacing benang ni senang je nak masuk dalam badang iaitu melalui pemakanan. Akuilah sebersih mana pun engkau orang, risiko dijangkiti cacing benang itu sangatlah besar. Sebab telur cacing benang ni kecik sangat, pastu boleh terbang-terbang ditiup angin.

Jadi apa masalahnya kalau cacing benang mengkoloni tubuh badan kita? Pertama sekali, tak rasa gila babi ke kalau korang bayangkan ada cacing benang ni sedang makan angin dalam tubuh badan kita ni? Cacing benang ni boleh berada di mana-mana bahagian dalam badan, port dia yang paling dia suka terutamanya kulitlah..kulit tangan, kulit kaki, kulit muka...OMG!!! Jadi tidak menghairankan juga kalau korang selalu gatal yang agak kronik dan sebagainya, sebab kemungkinan besar ada haiwan tu dok berkeliaran di dalam kulit korang tu..

Aku cerita ni pasal aku ada experience lah kalau tidak aku pun tak mahu cerita. Aku cerita ni untuk manfaat kau orang jugak jadi dengar baik-baik.

Dulu aku selalu mengalami ketumbit di kulit kelopak mata. Kalau sembuh pun nanti dia naik balik tak lama lepas tu, dan sembuh pun, masih terasa gatal dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari aku tilik mata aku di cermin dan tengok di kelopak mata aku ni macam ada benda seperti benang halus dalamnya..nak suspect urat mata macam mustahil pulak pasal mata aku sebelah lagi tak ada pulak..lalu aku terlintas la pasal cacing dan aku mulakan sesi menggoogle..setelah lama mengoogle aku yakin apa yang berada di kelopak mata aku tu adalah cacing benang! Tidak mengejutkan juga sebab aku biasa sahaja merasakan kelopak mata aku dan bahagian kulit mata aku berdenyut macam ada benda pulak bawah tu..

Lalu apa lagi aku pun cepat-cepat pergi ke farmasi dan beli ubat cacing Zentel ni. Daripada penggoogelan aku, ubat cacing ni memang sangat bagus jadi aku beli yang inilah, jenama ini. Aku beli 3 bungkus. Dakan satu bungkus tu ada 2 tablet dia. Jadi sekali sehari makan 2 biji tablet tu selama 3 hari. Ingat 3 hari sahaja! Jangan lebih-lebih pulak mati kang korang sape nak jawab. Pastu kau orang mungkin akan mengalami loya ke demam ke dalam tempoh 3 hari tu tapi jangan bimbang, itu tandanya ubat tu tengah membunuh cacing durjana tersebut.

Hari pertama lepas korang makan 2 biji tablet tu korang boleh check najis korang, nanti kalau korang memang ada cacing benang dalam badan tu, nanti dia keluar ngan najis-najis tu lah..dia kecik-kecik je macam benang warna putih..tapi korang tak usahlah pulak pergi hadapkan muka korang kat najis tu pula..jangan buat gilababi macam ni..sebab benda ni kecik susah korang nak nampak.Tapi apapun, yakinlah semua cacing tu dah keluar...kalaupun yang berada dalam kulit tu, kalau dia tak keluar pun nanti dia mati, then proses metabolism akan cerna jugak cacing mati tu dan sisa cerna cacing tu akan keluar jugak melalui najis dan air kencing.

Ubat Zentel memang kuat dalam membunuh sebarang cacing..cacing-cacing jangan buat onar dengan ayahanda Zentel, buruk padahnya.

Jadi dalam kes aku sekarang ni, mata aku dah tak selalu ketumbit dah, dan tak pernah dah setakat aku makan ubat Zentel selama 3 hari tuh. Alhamdulillah. Nanti untuk mengekalkan tubuh badan bebas cacing, bolehlah makan Zentel pulak tahun depan, iaitu setahun sekali makannya..jangan buat gila makan selalu ubat ni..kang tak pasal pasal mati pulak kang..nanti bukannya cacing yang korang bunuh sebaliknya diri korang sendiri pulak...hahahahah..kbai.

7 ulasan:

  1. Haha..senyum sorg² baca arahan kat atas tu..mkn ubat ni 2biji slma 3hari bturut²...tq for sharing..

    BalasPadam
  2. hi , boleh sy tanya ? masa kamu kena ni , means tu cacing ada dalam usus kita juga ?

    BalasPadam
  3. hai.. boleh tahu cara makan tablet ini kunyah atau telan terus bersama air ya? TQ

    BalasPadam
  4. Hi, nak tanya kalau first time amik ubat ni pastu lupa nak makan esok harinya. Macam mana ye? Boleh ke ada gap hari makan ubat ni? Sebab tak tahu kena amik 3 hari berturut² untuk pertama kali makan ubat ni.

    BalasPadam
  5. Tak boleh ka makan 2 table saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa aku pegi beli zentel ari tu..budak perempuan yg keje kat farmasi ckp makan 2 biji jer..xde pulak ckp kne makan 3 hari berturut-turut..

      Padam
  6. Utk yg 1st time kena ambi 3 hari berturut2 tanpa skip..ini utk pastikn semua jenis cacing dlm badan berhasil dimusnahkan. Sb ada certain type cacing hnya mati pada dos ke-3 pngmbilan ubat. Pastu ulang makan ubat setiap 3 bulan (bagi korang yg kronik kecacingan), 6 bulan (moderate) dan 1 tahun (gejala ringan). Kat sini cukup makan 2 atau 4 tablet sja untuk menten pencegahan.

    Wallahuaklam

    BalasPadam

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.