Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author

Valve Memperkenalkan Kebolehan Menonton Dota 2 Melalui Realiti-Maya: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Valve sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menawarkan sokongan menonton Dota 2 melalui set realiti-maya – sekaligus memberikan pengalaman menonton yang lebih baik serta berbeza kepada pengguna. Hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan sokongan tersebut.

Untuk menonton Dota dalam paparan realiti-maya, pengguna perlulah mempunyai set realiti-maya yang menyokong Steam VR. Buat masa ini, hanya HTC Vive hadir dengan Steam VR – tetapi hanya akan dijual di Malaysia secara rasminya sekitar Oktober kelak. Sekiranya anda sedia mempunyai HTC Vive, anda boleh membuka Steam pada komputer, dan memilih Dota VR Hub pada penawaran DLC di Steam.

Melalui Dota VR Hub, pengguna diberikan dua pilihan tontonan – sama ada melalui dalam permainan berkenaan sendiri, atau memilih untuk menontonnya bersama-sama rakan lain melalui paparan seumpama teater.

Pengenalan paparan dalam bentuk realiti-maya ini semestinya merupakan salah satu perkara yang akan mengubah industri e-sukan sendiri. Penonton kini bukan sahaja boleh menonton aksi rakan-rakan mereka dalam bersaing antara satu sama lain, tetapi turut mendapatkan pengalaman menonton bersama-sama rakan lain tetapi daripada lokasi berbeza. Tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak penerbit permainan melakukan perkara sama pada akan datang.

Sumber: http://bit.ly/2afVyX7
Read More

Samsung Hadir Dengan Video Iklan Teaser Untuk Galaxy Note 7: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note generasi terbaru mereka secara rasminya pada minggu hadapan. Sejumlah perkara berkaitan dengan peranti berkenaan sedia tertiris sebelum ini, dan hari ini, pihak Google sendiri hadir dengan sebuah video teaser yang memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh Galaxy Note 7.

Iklan baru ini dimulakan dengan memperlihatkan kemudahan untuk log masuk menggunakan pengimbas cap jari. Seterusnya, Samsung turut memperlihatkan penggunaan corak input untuk log masuk ke peranti yang agak sukar – sekaligus seperti memberikan petanda yang mana pengguna boleh log masuk dengan lebih mudah. Ini mungkin memberikan petanda kepada pengimbas mata yang telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.

Disamping itu, dengan fokus Note, Samsung turut menekankan kepada input berasaskan penggunakan stylus – termasuk kemudahan seperti untuk mewarnakan sesuatu teks dan menulis menggunakannya. Secara ringkas, Samsung turut memperlihatkan penggunaan untuk selfie.

Samsung-Galaxy-Note-7-tiris.2

Sebelum menutup video teaser untuk Note 7 ini, Samsung turut memperlihatkan sejumlah telefon dalam air – memberikan petanda Galaxy Note 7 mungkin hadir dengan sokongan kalis air. Galaxy Note boleh dikatakan mempunyai lebih banyak rongga berbanding dengan peranti lain – salah satu sebabnya kerana rongga untuk menyimpan S-Pen.

Samsung Galaxy Note 7 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos kelak, dan seperti biasa, Amanz akan membawakan liputan langsung untuk pelancaran peranti berkenaan.

Sumber: http://bit.ly/2agDoHW
Read More

Samsung Culture Explorer – Melawat Kawasan Warisan Budaya Melalui Paparan 360-Darjah: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kebolehan melawat sesuatu kawasan dengan penggunaan paparan 360-darjah. Salah satu yang popular dikalangan ramai pengguna adalah Google Maps melalui Street View. Google sedia meliputi beberapa kawasan menarik sekitar Malaysia dan menyediakannya dalam paparan 360-darjah pada perkhidmatan mereka.

Samsung Culture Explore

Terkini, Samsung turut hadir dengan suatu aplikasi khusus dengan tujuan yang lebih kurang sama – iaitu membolehkan pengguna melawat kawasan bersejarah dan warisan budaya terus melalui skrin telefon pintar.

Samsung menjayakan perkara ini melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Samsung Culture Explorer. Ia dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Buat masa ini, melalui aplikasi Samsung Culture Explorer ini, ia membolehkan pengguna melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia dan juga The Stradthyus. Samsung bakal menambah beberapa kawasan lain lagi dari masa ke semasa.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh melihat paparan 360-darjah untuk sesuatu lokasi, dan pada masa yang sama tap pada beberapa ikon untuk melihat maklumat tambahan berkaitan dengan apa yang dipaparkan.

Aplikasi Samsung Culture Explorer ini boleh digunakan pada semua peranti Android dan boleh dimuat-turun secara percuma hari ini.

Muat-Turun Samsung Culture Explore untuk Android

Sumber: http://bit.ly/2apBmGX
Read More

Tumblr Memperkenalkan Paparan Pengiklanan Untuk Pemilik Blog: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Tumblr mempunyai lebih daripada 300 juta blog-mikro di bawah domainnya. Pemilik laman web sebelum ini tidak mampu menjana pendapatan menerusi laman yang mereka usahakan sehinggalah hari ini. Tumblr mengumumkan program pengiklanan mereka. Ianya hadir selang beberapa hari selepas Yahoo, pemilik Tumblr dijual kepada Verizon pada harga hampir RM 20 Billion.

tumblr

Maklumat lanjut mengenai jenis iklan yang bakal dipaparkan masih belum dikongsikan. Pecahan peratusan keuntungan dari iklan di antara pemilik laman dan pihak Tumblr juga masih samar. Pengguna yang berminat boleh berdaftar sekarang. Kepada yang tidak mahu sebarang paparan iklan, mereka turut diberikan peluang untuk dikecualikan. Dengan pengenalan iklan di Tumblr, ia diharap dapat meningkatkan keuntungan syarikat yang sejak dibeli pada harga $1.1 Billion tiga tahun yang lalu hanya merugikan pihak Yahoo.

Sumber: http://bit.ly/2axSoUx
Read More

Samsung Kini Menawarkan Aplikasi Samsung Solat Dengan Sokongan Gear S2: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Samsung mempunyai sejumlah aplikasi berguna kepada pengguna mereka, dan terkini, ia dilihat Samsung turut telah menawarkan sebuah aplikasi khusus untuk mereka yang beragama Islam, iaitu Samsung Solat. Melaluinya, seperti pada nama, ia memudahkan pengguna mengetahui waktu solat semasa.

Samsung Solat

Ketika membukanya, pengguna disediakan dengan paparan waktu solat semasa untuk sesuatu hari, dan menggunakan sokongan geolokasi, pengguna dipaparkan dengan kedudukan masjid yang berhampiran.

Melalui aplikasi ini, pengguna turut boleh menetapkan penggera untuk ia berbunyi apabila memasuki waktu solat. Aplikasi Samsung Solat ini juga turut membolehkan pengguna menyemak kiblat melalui kompas terbina.

Samsung Solat

Salah satu ciri menarik pada aplikasi ini adalah sokongan integrasi bersama Samsung Gear S2, membolehkan pengguna menerima notifikasi terus pada jam tangan pintar Samsung.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store hari ini untuk peranti Android anda.

Muat-Turun Samsung Solat untuk Android

Tips daripada Pang. Terima kasih.

Sumber: http://bit.ly/2asiCVq
Read More

SPAD Ingin Memperkenalkan “Kad Pemandu” Bagi Membolehkan Pemandu Uber Dan Grab Beroperasi Secara Sah: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Kemelut Uber dan Grab masih belum nampak penyelesaiannya. Walaupun dibenarkan beroperasi buat masa ini, pemandu dua perkhidmatan perkongsian kenderaan ini kerap diserang oleh pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan kewujudan mereka. Pada pendapat pemandu teksi, Uber dan Grab beroperasi secara tidak adil kerana tidak perlu memiliki lesen perkhidmatan pengangkutan awam (PSV) seperti mereka.

UberX KL

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin memperkenalkan “kad pemandu” khas untuk pengendali perkhidmatan Uber dan Grab. Rancangan kad pemandu diumumkan sendiri oleh pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini.  Menerusi kad pemandu, pengusaha Uber dan Grab layak untuk menjalankan operasi secara sah. Sistem kad pemandu ini masih ingin menjalankan kajian menyeluruh terlebih dahulu bagi menjaga hati pengusaha teksi sedia ada. Proses memohon kad pemandu ini akan mengikuti keperluan untuk memohon PSV.

Diharap apabila ia diperkenalkan kelak tidak kedengaran pula pahat berbunyi lantang. Di Lembah Klang kami secara peribadi lebih selesa menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta kerana kenderaan yang lebih selesa, baru dan mematuhi undang-undang. Majoriti teksi yang pernah kami naiki berbau aneh dan terasa tidak selamat dinaiki.

Sumber: http://bit.ly/2a1qRd6
Read More

Jawatan Kosong Terkini di AirAsia Berhad - 24 Ogos 2016: Isketambola

Leave a Comment
Jawatan kosong terkini di AirAsia Berhad Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada waganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di AirAsia Berhad sebagai :

1. Administrator2. Infra System Engineer3. Marketing Executive4. Document Control Executive5. Revenue Management Analyst

Tarikh tutup permohonan 01 - 24 Ogos 2016
Lokasi : Selangor, Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

jawatan kosong di airasia ogos 2016

Permohonan jawatan secara online disini

Sumber:http://bit.ly/2awkDB3
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama