Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author

Sokongan Mod Untuk Fallout Untuk PlayStation 4 Mengalami Kelewatan: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Hello anak-anak! Ini Three Dog dan kami mempunyai berita kurang enak untuk semua penduduk The Commonwealth yang memiliki PlayStation 4. Sokongan mod untuk konsol milik anda akan mengalami kelewatan. Ini disahkan sendiri menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Bathesda malam semalam. Kelewatan ini pastinya mengecewakan kerana mod sudahpun disokong pada konsol pesaing Xbox One dan juga PC.

Fallout 4Masalah sistem mod Fallout 4 untuk PlayStation 4 berlaku kerana terdapat had saiz fail sebesar 900 MB, penggunaan sistem audio berbeza dari PC dan tekstur yang tidak serasi digunakan pada konsol. Masalah ini tidak wujud pada Xbox One kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan sistem yang digunakan pada PC. Disini kita boleh melihat satu kelebihan Xbox One berbanding PlayStation 4. Sistem mod sudah disokong pada Xbox One sejak Mei dan pada PC sejak ia dilancarkan. Tiada tarikh diberikan bilakah sokongan mod akan hadir pada konsol Sony.

Sumber: http://bit.ly/299dLbL
Read More

Kerangka Samsung Galaxy Note 7 Tertiris – Sah Mempunyai Skrin Dwi-lengkung Dan Satu Kamera Utama: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat spesifikasi dan rekaan sudah tertiris sejak dua bulan yang lalu mengenai raja phablet ini. Hari ini gambar promosi kerangka Note 7 yang dihasilkan oleh Olixar tertiris dan ia mengesahkan beberapa perkara mengenai rekaannya.

Note-7-Olixar-1Pertama sekali Note 7 memang akan mempunyai skrin dwi-lengkung dan hanya dilengkapi sebuah kamera pada panel belakang. Ura-ura kamera berkembar nampaknya kekal sebagai khabar angin tidak berasas. Dari segi rekaan Note 7 mempunyai rekaan berkotak seperti Note 5 dan bukannya bulat pada bucu seperti pada S7 Edge. Kepada yang menantikan peranti ini adakah anda menyukai rekaan ini?

Sumber: http://bit.ly/29980uT
Read More

Facebook News Feed Kini Lebih Memaparkan Perkongsian Daripada Rakan-Rakan Berbanding Facebook Pages: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Facebook sering membuat perubahan dan eksperimen pada paparan News Feed mereka, dan terkini Facebook mengumumkan algoritma terbaru untuk News Feed akan mula lebih memaparkan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook, berbanding dengan perkongsian daripada Facebook Pages.

Seperti ramai sedia maklum, Facebook ingin menghubungkan lebih ramai pengguna melalui platform mereka, dan dengan perubahan ini Facebook ingin memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkongsian dan kemaskini daripada rakan-rakan mereka yang lain.

Facebook turut mengatakan beberapa Facebook Pages mungkin akan melihat impak yang rendah dalam membawa pautan keluar ke sesuatu web. Facebook meminta para pemilik Facebook Pages untuk lebih hadir dengan kandungan yang boleh membuatkan pengguna berinteraksi melaluinya – sekaligus menjadikan perkongsian tersebut dapat dilihat dengan lebih ramai lagi.

Sumber: http://bit.ly/299tclT
Read More

Microsoft Mengesahkan Pengenalan Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Pada 2 Ogos 2016: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Selepas ketirisan semalam, hari ini pihak Microsoft secara rasminya mengesahkan yang mana kemaskini besar seterusnya untuk Windows 10, iaitu Windows 10 Anniversary Update akan hadir pada 2 Ogos 2016 kelak.

Seperti sebelum ini, kemaskini ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna sistem operasi Windows 10 sedia ada.

Windows 10 Anniversary Update

Windows 10 Anniversary Update menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan pemalam pada pelayar web Microsoft Edge, beberapa fungsi Cortana yang ditambah-baik, kebolehan menggunakan fungsi biometrik untuk log masuk aplikasi dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, Microsoft turut mengatakan kini Windows 10 digunakan pada lebih 350 juta peranti seluruh dunia – sekaligus membuka ruangan kepada para pembangun untuk mencapai ramai pengguna dengan menerbitkan aplikasi mereka untuk Windows 10.

Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 untuk sebulan lagi, sebelum ia ditawarkan secara berbayar selepas 29 Julai 2016.

Sumber: http://bit.ly/29oVkOp
Read More

LG Nexus 5X Akan Ke Malaysia Secara Rasmi Pada Julai Ini – Berharga RM1199 Untuk 32GB: Informasi Teknologi

Leave a Comment

LG Nexus 5X telah diperkenalkan pada tahun lepas bersama-sama Nexus 6P daripada Huawei. Namun, ia telah mengambil masa yang sangat lama untuk hadir ke pasaran tempatan. Selepas melepasi SIRIM tempoh hari, kini pihak Brightstar telah mengesahkan yang mana LG Nexus 5X akan mula dijual di pasaran tempatan pada bulan Julai 2016 ini.

LG Nexus 5X

LG Nexus 5X menawarkan spesifikasi yang tidak begitu tinggi jikalau dibandingkan dengan Nexus 6P. Namun, pengguna masih dapat menikmati ciri utama yang paling diminati ramai – iaitu kemaskini terus daripada Google deengan pantas.

LG Nexus 5X hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 2GB RAM, dan untuk pasaran Malaysia hanya versi 32GB sahaja dibawa masuk. LG menyertakan kamera 12.3-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Di Malaysia, ia akan dijual melalui pengedar rasmi Brightstar seluruh negara pada harga RM1199. Pada masa yang sama, masih tiada sebarang berita berkaitan dengan LG G5 buat masa ini.

Sumber: http://bit.ly/29bDWAH
Read More

Twitter Menguji Rekaan Tema Berwarna Gelap Pada Aplikasi Android: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Beberapa aplikasi berbentuk klien Twitter sedia menawarkan fungsi paparan tema berwarna gelap, atau turut dikenali sebagai Night Mode. Kini, pihak Twitter sendiri menguji fungsi sama pada aplikasi Twitter rasmi untuk Android.

Twitter Night Mode

Bagi anda yang menggunakan Twitter Beta untuk Android, anda kini boleh melihat sebuah butang baru pada bahagian menu kanan – membolehkan anda mengawal Night Mode ataupun sebaliknya.

Dengan penggunaan tema ini, ia menjadikan penggunaan ketika keadaan cahaya malap lebih baik dan tidak begitu menyakitkan mata berbanding penggunaan tema cerah.

Twitter Night Mode

Memandangkan Twitter telah mula menguji rekaan tema berwarna gelap ini pada aplikasi beta mereka, kita mungkin akan dapat melihatnya diintegrasikan pada versi stabil aplikasi Twitter untuk Android dalam beberapa minggu lagi.

Muat-Turun Twitter Beta untuk Android

Sumber: http://bit.ly/292Xu5G
Read More

Lihat Apa Aktiviti Anda Yang Dipantau Oleh Google Melalui Laman Google My Activity: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google telah memperkenalkan laman My Activity sejak sebelum ini lagi bagi membolehkan pengguna mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan oleh pengguna pada sesuatu hari melalui pelbagai produk Google. Hari ini, Google mengemaskini laman berkenaan, dan memberikan ia nafas baru dalam memudahkan lagi pengguna melihat informasi berkaitan.

Google My Activity

Google My Activity memaparkan pelbagai data yang dikumpulkan oleh Google berkaitan anda – termasuk seperti apakah laman-laman yang dilayari menggunakan Google Chrome, ketika menggunakan peranti Android, YouTube dan sebagainya. Pengumpulan data juga turut diintegrasikan bersama-sama sokongan pengiklanan Google yang digunakan meluas di pelbagai web seluruh dunia.

Seperti biasa, pengguna boleh mengawal data yang dipaparkan dan pada masa yang sama memilih untuk mematikan sokongan pengumpulan data untuk sesuatu perkhidmatan.

Google My Activity

Bagi anda yang berminat, anda boleh log masuk ke laman Google My Activity hari ini dan melihat sendiri apakah data-data yang telah dikumpulkan berkaitan anda pada hari ini.

Layari : Google My Activity

Sumber: http://bit.ly/292Q4iX
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama