Inilah Wilayah Isketambola

Laman informasi segenap dimensi. Berita, isu semasa, kekosongan kerja, teknologi, politik, ekonomi, sosial, agama, namakan sahaja. Macam-macam adaaa!!

author

Rekaan Xiaomi Redmi Pro Mini Tertiris – Menggunakan Snapdragon 652: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Minggu lagi Xiaomi Redmi Pro dilancarkan secara rasmi dan ramai di kalangan pembaca Amanz merungut kerana ia menggunakan pemproses MediaTek Helio X25. Pemproses 10 teras ini cukup berkuasa tetapi nampaknya anda semua lebih menggemari pemproses keluaran Snapdragon. Hari ini rekaan sebuah peranti dikatakan Redmi Pro Mini tertiris dan ia menggunakan pemproses Snapdragon 652.

Redmi Pro Mini leak 1

Sesuai dengan nama mini, peranti ini turut mempunyai skrin yang lebih kecil iaitu 5.2″ berbanding 5.5″ pada Redmi Pro. Pilihan RAM pula sama iaitu 3 ataupun 4 Gigabyte.  Sistem dwi-kamera juga tidak disertakan sebaliknya hanya mempunyai sebuah kamera 13 Megapixel pada bahagian belakang. Bateri pula sebesar 4000 mAh. Dari segi harga pula ia dijual pada harga bermula RMB 1499 (~RM 914). Sejauh manakah kebenaran kewujudan peranti ini masih belum diketahui tetapi kami percaya pasti ramai yang lebih teruja dengan versi ini.

Sumber: http://bit.ly/2avpIX9
Read More

Google Kini Memaparkan Notifikasi Baru Apabila Akaun Diakases Pada Peranti Lain: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sejak tiga minggu kebelakangan ini beberapa akaun selebriti  seperti Linus Tech Tips dan Boogie2988 berjaya digodam. Mereka bernasib baik kerana tiada video dipadam dan mereka berjaya mendapatkan semula akses akaun dengan pantas. Bagi mengelakkan kejadian akaun digodam, Google memperkenalkan paparan notifikasi pada peranti Android apabila akaun diakses pada peranti baru.

Android-Notifications-2

Menerusi paparan baru ini, pemilik akaun akan dapat mengetahui peranti baru yang digunakan serta masa akaun diakses. Ia muncul terus pada talam notifikasi dalam bentuk kad. Selepas notifkasi diterima mereka boleh membenarkan akses atau menekan butang “secure account” untuk menghalang akses. Sebelum ini Google memaklumkan pengguna secara emel apabila akaun diakses pada peranti baru. Ramai pengguna tidak menyedari maklumat ini kerana ia tersorok di dalam notifikasi emel. Sistem ini akan diperkenalkan secara beransur-ansur kepada kesemua pengguna dalam masa 14 hari.

Sumber: http://bit.ly/2aHArli
Read More

Google Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Kemaskini Berkaitan Sukan Olimpik Rio: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Google melalui halaman carian mereka, sedia memudahkan pengguna menemui pelbagai kandungan dan mengikuti kemaskini semasa – sebagai contoh, skor sukan. Terkini, bersempena dengan sukan Olimpik yang akan berlangsung di Rio de Jenairo, Brazil, pihak Google telah mengumumkan beberapa ciri-ciri baru pada laman mereka.

Bermula hari ini, pengguna boleh membuat carian informasi berkaitan dengan sukan Olimpik pada laman carian Google, dan anda akan diperlihatkan dengan pelbagai informasi – termasuk maklumat bilakah sesuatu sukan akan berlangsung, atlet yang terlibat, skor semasa, malah turut mengetahui kedudukan mata semasa mengikut negara.

Rio de Jenairo

Disamping hanya info berbentuk teks, pengguna juga turut boleh mengikuti kemaskini acara dalam video melalui YouTube. Google menjayakan perkara ini dengan kerjasama lebih 60 penyiar daripada lebih 60 negara yang akan memuat-naiknya pada YouTube.

Dan akhir sekali, dalam mendapatkan semangat Rio de Jenairo, kini anda turut boleh melawat pelbagai stadium di Google Street View bermula hari ini.

Lawat : Google Street View Rio de Jenairo

Sumber: http://bit.ly/2aoKT2D
Read More

Honor Note 8 Dilancarkan – Phablet Dengan Skrin 6.6″: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Honor Note 8 dilancarkan secara rasmi di China hari ini dan ia merupakan phablet dengan skrin SAMOLED 6.6″ dengan resolusi QHD. Ia turut diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 955, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan dalaman sehingga 128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama sebesar 13 Megapixel PDAF dan kamera selfie sebesar 8 Megapixel. Sebuah bateri gergasi sebesar 4500 mAh disertakan sebagai sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantai menggunakan port USB-C.

Honor-Niote-8-2

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Honor Note 8 tidak mempunyai stylus terbina walaupun berkongsi nama dengan peranti Galaxy Note keluaran Samsung. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dengan pelancar EMUI 4.1. Terdapat juga sokongan dua SIM bersaiz nano. Ia akan dijual di China bermula minggu hadapan pada harga bermula dari RMB 2299 (~RM 1392) sebuah.

Sumber: http://bit.ly/2aKGTpF
Read More

Azizi A Hadi Dilantik Sebagai CEO Baru Untuk Webe: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Webe merupakan salah satu syarikat telekomunikasi mudah-alih baru yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. Terkini, hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan pelantikkan CEO baru menggantikan CC Puan, iaitu Azizi A Hadi. Sebelum ini, Azizi merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk Webe Digital Sdn Bhd.

Azizi A Hadi

Azizi A Hadi pernah bertuga di Maxis sebagai pengurus besar pada atahun 2006, dan telah menyertai Telekom Malaysia pada tahun 2006 yang lepas.

CC Puan yang sebelum ini menjadi pengasas P1 dan juga CEO webe akan terus berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif dalam Lembaga Pengarah webe.

Sumber: http://bit.ly/2apmJSE
Read More

Pandang Pertama Sony PlayStation VR: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Playstation VR014

PlayStation VR akan mula dijual di Malaysia pada 13 Oktober hadapan. Pra tempahan boleh dilakukan minggu ini dan peranti realiti maya ini dijual pada harga bermula RM 1849. Sempena pelancaran peranti realiti maya pertama mereka, Sony meletakkan beberapa reruai demo PS VR yang boleh dicuba oleh pengguna di sekitar Lembah Klang. Kami berjaya menghabiskan selama sejam mencuba beberapa demo yang disertakan dan berikut ialah pandangan kami mengenainya.

Rekaan

Keseluruhan PS VR diperbuat daripada plastik berwarna putih dan komponen getah berwarna hitam. Secara iklas kami rasakan pemilihan warna ini adalah kurang menarik kerana kami mempunyai konsol PS3 berwarna yang sama sebelum ini. Selepas dua tahun ia kini kelihatan kekuningan kerana terdedah kepada udara. Apabila menggunakan PS VR kami berpeluh pada bahagian mata. Kami yakin warna putih ini juga akan berubah selepas digunakan selama beberapa tahun. Alangkah baiknya jika PS VR wujud dalam warna hitam seperti Vive. Warna putih ini mungkin dipilih bagi memudahkan PlayStation Eye menjejak pergerakan lampu-lampu motion tracking berwarna biru yang terletak pada bahagian hadapan dan belakang PS VR.

 

Terdapat dua sistem pelarasan disertakan bagi memastikan keselesaan ketika sesi permainan. Laras pertama pada bahagian belakang yang mencengkam bahagian atas kepada. Terdapat sebuah butang yang perlu ditekan bagi membolehkan saiz cengkaman dilaraskan. Sebuah lagi butang melaras kedudukan bahagian skrin PS VR dengan bahagian mata. Ini juga bergerak ke hadapan dan ke belakang. Tidak seperti Gear VR, tidak terdapat sistem pelarasan pemfokusan pada PS VR. Kami sudah biasa menggunakan Gear VR bagi memfokuskan imej. Ketiadaan sistem ini membuatkan kami mengambil masa beberapa minit untuk mendapatkan imej yang tajam pada paparan PS VR.

Bercakap tentang skrin paparan, kami sedikit kurang selesa dengan sistem penutup getah yang digunakan bagi menghalang cahaya menerjah masuk ke kawasan paparan PS VR. Getah yang digunakan agak nipis dan tidak berjaya mengalang cahaya sepenuhnya. Harus diingatkan ini adalah masalah yang hanya akan dialami mereka yang memakai kaca mata. Sekiranya anda tidak bermata empat sistem penghalang cahaya diperbuat daripada getah ini berfungsi dengan baik. Kami rasakan sistem kusyen yang wujud pada Gear VR dan Vive adalah sistem lebih efektif menghalang cahaya dari memasuki ruang paparan.

Penggunaan

Playstation VR008Selepas ia dipasang dan dilaraskan dengan betul kami akan terikat kemas pada kepala. Kami tidak mengalami sebarang masalah untuk menggerakkan kepada dengan pantas. Ia terletak kemas di atas kepala dan tidak bergegar.

Selepas menghabiskan masa selama sejam (melalui dua sesi berbeza) kami tidak mengalami sebarang kesakitan pada leher. Malahan ketika memakainya PS VR langsung tidak terasa berat. Sungguhpun begitu terdapat satu masalah yang tidak dapat dielakkan ialah masalah peluh. Kawasan kulit yang bersentuhan dengan penghalang cahaya getah akan berpeluh dan berminyak. Mungkin pemilik PS VR perlu membeli topeng VR yang sudah terjual di pasaran bagi mengelakkan peluh mengotori peranti realiti maya ini.

Kabel yang disertakan untuk menyambungkan bahagian helmet ke PlayStation 4 adalah cukup panjang. Kami tidak merasakan kabel yang digunakan menghalang pergerakan kepala. Sebuah fon kepala yang dipasang di berasingan di atas PS VR juga terasa selesa.

Grafik

Hanya demo untuk PlayStation VR World, Playroom VR, Ocean Descent dan Gunjack dapat dimainkan oleh kami. Secara keluhuran kualiti grafik yang dipaparkan adalah agak rendah. Majoriti permainan menggunakan grafik cell shaded seperti demo Battle Zone dan Playroom VR. Dua permainan ini berjalan dengan lancar dan berjaya menjejak pergerakan kepala kami dengan tepat. Tiada sela masa dapat kami sedari.

Battle Zone ialah permainan kereta kebal yang amat popular dekad 80an. Kami masih ingat bermain permainan ini pada komputer Commodore 64 pada tahun 1987. Grafik dipertingkatkan untuk versi PS VR dan senjata kereta kebal dikawal menggunakan Dual Shock 4. Pergerakan kepala hanya hanya mengawal pemandangan di dalam Battle Zone. Sekiranya anda seorang gamer old school seperti kami, Battle Zone edisi 2016 ini akan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.

Ocean-Descent-PS-VR

Demo lain yang dicuba ialah Ocean Descent yang meletakkan sebagai seorang penyelam laut dalam yang berada di dalam sebuah sangkar besi. Apabila tiba di dasar laut sangkar ini diserang seekor ikan yu gergasi. Sekali lagi kualiti grafik adalah hanya memuaskan. Kualiti tekstur demo ini juga tidak terlalu terperinci tetapi apabila kami diserang ikan yu ia masih mendebarkan.

Gunjack-PlayStation-VR

Demo kegemaran yang dicuba ialah Gunjack. Di dalam demo ini kami mengawal sebuah pesawat angkasa dan harus mempertahankan markas dari serangan makhluk asing. Gunjack terasa seperti Galaga versi realiti maya. Sistem bidikan meriam laser dan mesingan dikawal dengan pergerakan kepala. Kerana sistem head tracking yang tepat, kami merasakan Gunjack mungkin akan menjadi permainan yang popular di PlayStation VR. Ini memberikan kami harapan bahawa di masa hadapan permainan FPS PS VR akan menggunakan sistem yang sama. Sistem membidik musuh menggunakan pergerakan kepala terasa lebih selesa dan mudah berbanding kayu analog yang digunakan di dalam Battle Zone.

Kesimpulan

Demo yang dicuba memberikan beberapa petunjuk mengenai kemampuan grafik PlayStation VR. Buat masa ini kualiti grafik yang dipaparkan adalah rendah dari apa yang dilihat pada HTC Vive dan Oculus Rift. PlayStation 4 ialah konsol yang kurang berkuasa dan harapan kami kualiti grafik akan dipertingkatkan apabila PlayStation 4 Neo mula dijual. Kami juga berharap sistem penghalang cahaya yang diperbuat daripada getah ini akan dapat diperbaiki kerana ia tidak berfungsi dengan baik bagi pemain yang berkaca mata.

Playstation VR011

Adakah kami akan membeli PlayStation VR apabila ia dijual kelak? Buat masa ini masih belum ada killer app yang membuatkan kami terasa mahu membelinya (seperti MGSV yang berjaya memaksa kami membeli PS4). Kami mungkin mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum membelinya. Ini adalah kerana sejak menggelar diri kami sebagai seorang gamer lebih 30 tahun yang lalu, kami sudah melihat dua kegagalan sistem VR. Oleh itu kami masih belum bersedia untuk melabur ribuan ringgit pada peranti realiti maya selagi tiada bukti kukuh ia berbaloi untuk dimiliki. Bagaimana pula dengan anda?

Sumber: http://bit.ly/2apkH4J
Read More

Instagram Untuk Windows 10 Mobile Dikemaskini Untuk Menyokong Continuum: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Sokongan aplikasi menentukan kejayaan sesebuah platform. Instagram nampaknya tidak melupakan pengguna mereka yang memilih peranti Windows 10 Mobile. Kemas kini yang diberikan pada hujung minggu lalu membawakan beberapa penambahbaikan berbanding versi terdahulu. Paling menarik ia kini menyokong fungsi Continuum.

Instagram WIndows 10 Mobile 1

Apabila disambung kepada dok Continuum,aplikasi akan membesar sehingga keseluruhan skrin. Sungguhpun begitu Instagram belum menyokong mengubah orientasi kepada mendatar sebaliknya masih menunjukkan paparan menegak. Video juga kini boleh dimainkan secara terus tanpa masalah dan audio boleh dimatikan dengan menekan ikon pada skrin. Akhir sekali aplikasi akan dapat dilancarkan dengan lebih pantas. Kepada pengguna Windows 10 Mobile, kemas kini kepada versi 8.534.18899.0. boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun Instagram untuk Windows 10 Mobile [downoad]
Sumber: http://bit.ly/2anL7XK
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama