Khamis, 30 Jun 2016

(Ura-Ura) Blackberry Argon Dan Mercury Dalam Pembikinan – Spesifikasi Tinggi Serta Kekunci Fizikal: Informasi Teknologi

Rekaan Blackberry Neon tertiris awal pagi tadi dan ia adalah peranti kelas pertengahan yang dihasilkan dengan kerjasama TCL Alcatel. Kepada yang mungkin kecewa dengan spesifikasi Neon, anda mungkin boleh menanti dua peranti yang dikhabarkan sedang dibangunkan oleh Blackberry.Blackberry Argon dan Mercury mensasarkan dua golongan berbeza.

Blackberry Mercury TertirisArgon dikhabarkan dilengkapi skrin 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 23 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti kelas tinggi ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Mercury pula mempunyai skrin 4.5″ dengan rekaan menyerupai Passport. Terdapat papan kekunci fizikal pada bahagia dagu peranti. Ia bakal diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama pula sebesar 18 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Saiz bateri lebih besar 3400 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Mercury dijangka dilancarkan pada suku pertama 2017.

Sumber: http://bit.ly/29kykBw

Ulasan Vivo V3 Max – Sebuah Lagi Peranti Kelas Pertengahan Yang Baik Di Pasaran: Informasi Teknologi

vivo V3Max - IMG_8425Vivo dinobatkan sebagai pengeluar peranti ke-lima terbesar di dunia menurut jumlah jualan pada suku pertama 2016. Jualan mencatatkan peningkatan mendadak di pasaran China dan di Malaysia mereka sudah bertapak sejak 2014. Kali terakhir kami mengulas peranti keluaran mereka ialah tahun lalu dengan Vivo X5 Pro. Kali ini kami berpeluang mengulas Vivo V3 Max yang dilancarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu.

Spesifikasi

Vivo V3 Max
Skrin 5.5″ IPS LCD FHD (401 ppi)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 652
Pemproses 1.8 GHz Cortex A-72 Empat Teras

1.4 GHz Cortex A-53 Empat Teras

GPU Adreno 510
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama 13 Megapixel , PDAF, Rakaman 1080P
Kamera Depan 8 Megapixel , Rakaman 1080P
Bateri 3000 mAh (Pengecasan pantas)
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano + Mikro
Pengimbas Cap Jari Ya
NFC Tiada
Infra Merah Tiada
Harga Jualan RM 1399

Skrin 5.5″ IPS LCD dengan resolusi HD penuh dipadankan dengan pemproses lapan teras Snapdragon 652. Pemproses ini mungkin diklasifikasikan sebagai “kelas pertengahan” sekarang tetapi sebenarnya setanding dengan pemproses peranti kelas utama tahun lalu. RAM ialah sebesar 4 Gigabyte dan storan dalaman pula ialah 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD ialah sehingga 128 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel pada bahagian belakang dengan sistem pemfokusan PDAF. Kamera hadapan pula ialah sebesar 8 Mengapixel. Kedua-dua kamera mengambil video pada resolusi maksimum 1080P.

Bateri 3000 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas. Sistem imbasan cap jari terletak pada panel belakang. Seperti kebanyakan peranti kelas pertengahan, Vivo V3 Max tidak menyokong sistem NFC.

Rekaan

Rekabentuk peranti berkongsi banyak persamaan dengan Oppo R7 yang kami ulas tahun lalu. Ini sebenarnya bukan kejutan besar kerana Vivo dan Oppo dimiliki oleh syarikat yang sama. Perkongsian rekaan ini muncul sekali lagi pada Oppo F1 Plus (Oppo R7) dan Vivo X7 yang dilancarkan hari ini. Keseluruhan kerangka peranti diperbuat daripada logam dengan bucu yang dibulatkan bagi memberikan keselesaan ketika memegangnya.

Butang kuasa dan suara yang diperbuat daripada logam terletak pada sisi kanan. Pada sisi bertentangan terletak talam SIM hibrid yang menyokong SIM bersaiz nano dan mikro. Talam SIM nano turut berfungsi sebagai slot kad MikroSD. Bergerak ke bahagian atas anda boleh melihat bicu audio 3.5mm. Akhir sekali pada bahagian bawah terdapat pembesar suara mono dan slot pengecasan MikroUSB. Pembesar suara yang disertakan mungkin mono tetapi mempunyai kualiti dan kelantangan audio yang baik.

Tiga butang navigasi kapasitif terletak pada dagu peranti. Butang home diapit oleh butang menu pada sebelah kiri dan back pada sebelah kanan. Agak aneh melihat penggunaan butang menu pada sebuah peranti 2016. Tiada butang multi tasking disertakan tetapi ini adalah kerana Vivo menggunakan sistem berbeza untuk mempamerkan skrin multi tasking. Ketiga-tiga butang ini tidak berlampu dan akan menyukarkan penggunaan di waktu malam.

Secara keseluruhan rekaan peranti adalah baik, kemas, terasa premiun dan paling penting sekali selesa dipegang. Kemasan belakang yang matte memastikan ia tidak menjadi terlalu licin dan memerangkap cap jari.

 

Funtouch OS 2.5

Android 5.1 Lollipop digunakan dengan pelancar khas Vivo Funtouch OS 2.5. Kepada yang tidak pernah menggunakan peranti Vivo, antaramuka yang direka oleh mereka ini lebih menghampiri iOS dari Android. Terdapat banyak perubahan fungsi dilakukan. Pertama sekali ia mempunyai dua sistem talam seperti iOS. Tatalan dari atas ke bawah akan membuka talam notifikasi. Tatalan dari bawah ke atas akan membuka talam singkatan pantas, tetapan keterangan skrin, tetapan kekuatan audio dan skrin multi tasking.

Kerana pengaruh iOS yang tinggi ini, talam aplikasi juga tidak disertakan. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan Funtouch OS, beberapa minit awal menggunakan Vivo V3 Max mungkin akan menjadi sedikit sukar. Tetapi selepas membiasakan diri kami rasakan anda tidak akan terasa canggung.

Rekaan antaramuka mungkin sedikit aneh tetapi ia masih berfungsi dengan cukup baik. Tiada masalah sela masa kami sedari sepanjang tempoh ulasan dan elemen antaramuka sedap dipandang. Penggunaan warna juga baik dengan rekaan ikon yang minimalis. Sekiranya anda penggemar estetik iOS, Funtouch OS akan serasi dengan jiwa anda.

Vivo-V3-MaxScreenshot_20160522_081147-013 Vivo-V3-MaxScreenshot_20160603_072037-037 Vivo-V3-MaxScreenshot_20160603_072006-034

Berikut ialah beberapa fungsi tambahan yang disertakan di dalam Funtouch OS untuk memudahkan penggunaannya. Hampir kesemua fungsi ini tidak kami temui pada Android Stock.

Smart Wake – Menyahkunci dengan pantas ataupun melancarkan aplikasi tertentu dengan pantas dari skrin terkunci. Ini dilakukan dengan melakar bentuk tertentu di atas skrin yang terkunci.

Super Screenshot

  1. Pattern Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin mengikut beberapa bentuk yang telah ditetapkan seperti bentuk hati.
  2. Long Screenshot – Mengambil gambar paparan skrin secara memanjang. Gambar keseluruhan bebenang WhatsApp ataupun laman web boleh diambil
  3. Screen Recording – Merakam video apa yang dipaparkan pada skrin.
  4. Doodle – Melakar secara terus pada gambar yang telah dirakam pada skrin.

Fungsi Sebelah Tangan – Paparan skrin mengecil dari saiz asal. Saiz paparan boleh diubah mengikut kehendak pengguna.

Theme – Mengubah tema antaramuka mengikut mood semasa.

Air Operation – Mengawal peranti tanpa sebarang sentuhan. Sebagai contoh Air Unlock menyahkunci peranti dengan hanya melakukan pergerakan tapak tangan.

Vivo-v3-max-Screens-5

Kamera

Kamera utama 13 Megapixel PDAF dipadankan dengan kamera selfie 8 Megapixel.  Gabungan kamera bersaiz ini adalah kebiasaan sekarang di kalangan peranti pintar kelas pertengahan. Seperti majoriti kamera kelas pertengahan yang lain, kamera V3 Max memaparkan kriteria yang sama. Di dalam situasi pencahayaan terang kami dapati gambar yang terhasil adalah sedikit gelap. Kesemua gambar memaparkan masalah dedahan tidak mencukupi dengan penghasilan warna yang sedikit kurang bermaya. Rata-rata gambar mempunyai tona kebiruan jika dibandingkan dengan objek sebenar.

Ketajaman gambar juga hanya sederhana. Kamera selfie hadapan yang agak besar memberikan kualiti gambar yang lebih baik berbanding kebanyakan kamera selfie yang lain. Saiz sensor yang besar membantu menghasilkan gambar berkualiti baik berbanding biasa.

Kami tidak mahu terlalu kritikal dengan kualiti gambar yang anda boleh lihat di bawah. Peranti ini dijual pada harga yang  sederhana dan mengharapkan ia mengambil gambar sebaik Huawei P9 ataupun Samsung Galaxy S7 Edge adalah amat tidak adil. Sekiranya anda hanya berkongsi gambar di media sosial dan bukannya untuk tujuan profesional, kemampuan sederhana kamera V3 Max adalah lebih dari memadai.

 

Vivo V3 MaxIMG_20160606_115559-001 Vivo V3 MaxIMG_20160606_115639-002 Vivo V3 MaxIMG_20160606_115708-003 Vivo V3 MaxIMG_20160505_152530-006 Vivo V3 MaxIMG_20160507_151434-004 Vivo V3 MaxIMG_20160508_172611-005

Penanda Aras

Pemproses Snapdragon 652 yang digunakan ialah pemproses kelas pertengahan yang mempunyai kemampuan yang agak tinggi. Seperti yang anda boleh lihat di bawah markah yang dicatatkan menerusi ujian Antutu dan Futuremark adalah boleh dibanggakan. Terdapat anomali dengan markah yang dicatatkan dengan Antutu kerana ianya terlalu rendah sehingga boleh dikatakan tidak masuk akal. Keanehan muncul lagi kerana markah yang dicatatkan lebih dari Xiaomi Redmi Note 3 yang menggunakan Snapdragon 650.

Dari penggunaan harian kami tidak menemui sebarang masalah menjalankan pelbagai aplikasi yang dimuat turun. Sela masa tidak kelihatan dan paling penting sekali ia juga tidak menjadi panas. Kami sedari peranti generasi semasa jarang sekali menghadapi masalah haba seperti peranti generasi tahun lalu yang menggunakan Snapdragon 810. Vivo V3 Max memang boleh diandalkan untuk kegunaan harian.

Vivo-v3-max-Bench-3

Vivo-V3-MaxScreenshot_20160522_123822-021


Bateri

Dengan skrin 5.5″, bateri 3000 mAh yang disertakan boleh dianggap kecil. Sungguhpun begitu hayat peranti ini adalah amat baik. Pada penggunaan sederhana ia mampu bertahan melebihi 24 jam dengan skrin terpasang hampir 8 jam. Pemproses keluarga 650 dan 652 memang secara keseluruhan menunjukkan ketahanan bateri yang amat baik tanpa mengorban kemampuan memproses yang tinggi. Selepas bateri habis digunakan, sokongan pengecasan pantas akan memastikan ia dapat dicas sepenuhnya dalam masa sekitar satu setengah jam.

 


Pesaing

Pesaing paling hampir bagi V3 Max ialah Xiaomi Redmi Note 3 dan Oppo F1 Plus yang sudahpun terjual di pasaran tempatan. Dari segi spesifikasi tidak terdapat banyak perbezaan di antara ketiga-tiga peranti kelas pertengahan ini. Kesemuanya mempunyai tubuh diperbuat daripada logam, saiz skrin setanding dan pengimbas jari terbina.

Peranti Pesaing
Vivo V3 Max Xiaomi Redmi Note 3 Oppo F1 Plus
5.5″ IPS LCD FHD (401 PPI) 5.5″ IPS LCD FHD (403 PPI) 5.5″ AMOLED FHD (401 PPI)
1.8 x 4 + 1.4 x 4 GHz Snapdragon 652 1.8 x 2 + 1.4 x 4 GHz Snapdragon 650 2.0 x 8 GHz MediaTek Helio P10
Adreno 510 Adreno 510 Mali-T860MP2
4 Gigabyte 3 Gigabyte 4 Gigabyte
32 Gigabyte (128 GB MikroSD) 32 Gigabyte (128 GB MikroSD) 64 Gigabyte (128 GB MikroSD)
Kamera Utama 13 Megapixel PDAF Kamera Utama 16 Megapixel f/2.0 PDAF Kamera Utama 13 Megapixel f/2.2 PDAF
Kamera Hadapan 8 Megapixel Kamera Hadapan 5 Megapixel f/2.0 Kamera Hadapan 16 Megapixel f/2.0
3000 mAH (Tidak boleh dibuka) 4000 mAh (Tidak boleh dibuka) 2850 mAh (Tidak boleh dibuka)
RM 1399 RM 849 RM 1898

Kesimpulan

Vivo V3 Max ialah sebuah peranti yang baik walaupun jatuh di dalam kategori kelas pertengahan. Rekaan logam dan sisi yang dibulatkan membuatkannya masih selesa dipegang untuk jangka masa yang lama. Panel belakang dengan kemasan matte memastikan ia tidak terlalu licin untuk dipegang dan paling penting sekali tidak memerangkap cap jari dengan mudah. Komen negatif yang boleh diberikan ialah rekaan V3 Max adalah agak generik tanpa keunikan tersendiri. Ada beberapa peranti buatan pesaing yang kelihatan amat sama dengannya.

Dari segi penggunaan Fountouch OS mungkin sedikit menyukarkan bagi mereka yang sudah biasa menggunakan Android. Antaramuka yang diinspirasikan oleh iOS ini mempunyai dua sistem “talam”. Tatalan dari atas akan membuka talam notifikasi. Tatalan dari bawah pula membuka talam tetapan pantas dan multi tasking. Aplikasi yang sudah dibuka terpapar sebagai ikon kecil. Ini amat berbeza dari sistem yang digunakan pada majoriti peranti Android yang lain.

Vivo-v3-max-hero-1Ia juga masih menggunakan Android Lollipop sedangkan majoriti peranti yang terjual di pasaran sekarang sudahpun menggunakan Marshmallow. Sungguhpun begitu antaramuka ini lancar dan tidak menunjukkan sebarang sela masa. Malah ia mempunyai pelbagai fungsi tambahan yang tiada pada Android Stock seperti mengubah tema dan sistem kawalan menggunakan pergerakan jari.

Kemampuan kamera sedikit mengecewakan kerana gambar agak gelap, penghasilan warna yang kusam. dan gambar yang terhasil kurang tajam. Ini ialah masalah yang melanda kesemua peranti kelas pertengahan yang kami ulasan tahun ini termasuk Redmi Note 3. Apabila membeli peranti kelas pertengahan, kualiti gambar yang terhasil juga nampaknya hanya sederhana.

Vivo V3 Max dijual pada harga RM1399 dan adalah harga yang masih mampu milik bagi kebanyakan pengguna. Ia mampu melakukan kesemua tugasan yang diberikan tanpa masalah tanpa sebarang sela masa. Ketahanan bateri juga amat baik. Ia antara peranti kelas pertengahan yang baik di pasaran sekarang asalkan anda tidak kisah terpaksa mempelajari antaramuka Fountouch OS yang lain dari antaramuka Android biasa.

Kelebihan Kekurangan
  • Rekaan peranti yang selesa dipegang.
  • Pengimbas cap jari yang pantas amat pantas.
  • Bateri yang baik mampu bertahan melebihi sehari.
  • Sokongan pengecasan pantas.
  • Peranti lancar digunakan tanpa sebarang masalah.
  • Antaramuka yang amat berbeza dari Android biasa dan memerlukan pengguna mempelajari bagaimana menggunakannya.
  • Masih lagi menggunakan Android Lollipop.
  • Butang navigasi tidak berlampu.

Skor-Amanz-Vivo-V3-Max

 

Sumber: http://bit.ly/294NfwD

Vivo X7 Dan X7 Plus Dilancarkan – Diperkasakan Snapdraon 652: Informasi Teknologi

Vivo melancarkan dua lagi peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 652. Vivo X7 dan X7 Plus yang dilancarkan di China ini akan mula dijual bermula Julai hadapan. Kini mulakan dengan Vivo X7 Plus terlebih dahulu. Peranti dilengkapi skrin 5.7″ HD penuh SAMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigbayte. Kamera utama belakang dan hadapan kedua-duanya sebesar 16 Megapixel f/2.0 PDAF. Bateri yang digunakan pula sebesar 4000 mAh.

Vivo-X7-Plus-2

Vivo X7 mempunyai skrin lebih kecil 5.2″ HD penuh SAMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kemampuan optik berbeza kerana kamera belakang ialah sebesar 13 Megapixel f/2.2 dan kamera selfie hadapan 16 Megapixel f/2.0. Bateri yang digunakan pula ialah sebesar 3000 mAh.

Terdapat sokongan dw-SIM nano pada kedua-dua peranti ini. Dari segi sistem operasi X7 Plus dan X7 menggunakan Android 5.1 Lollipop dengan pelancar FunTouch OS 2.5.1. Harga jualan ialah RMB 2498 (~RM 1493) untuk X7 manakala harga untuk X7 Plus hanya akan diumumkan di masa hadapan.

Sumber: http://bit.ly/298IqFS

Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam: Informasi Teknologi

Meletakkan kenderaan secara selari ialah antara yang paling sukar ketika mengambil ujian memandu. Kami hampir gagal ujian ini dua dekad yang lalu kerana stereng kereta ujian yang lebih keras dari yang sering dipandu di sekolah memandu. Sehingga sekarang sekiranya diberikan pilihan tempat letak kereta selari dan sisi, kami akan memilih pilihan kedua.

William Liddiard seorang pencipta dari Kanada berjaya menghasilkan Liddiard Wheels. Tayar ini unik kerana membolehkan kereta anda bergerak secara mengiring seperti ketam. Kepada yang phobia dengan tempat letak kereta selari ini ialah tayar yang memudahkan proses parkir. Selain bergerak secara mengiring, tayar ini membolehkan kenderaan berputar 360 darjah dengan mudah. Buat masa ini tayar Liddard masih di peringkat prototaip dan memohon paten. William Liddiard masih mencari pelabur bagi menjadikan ciptaan beliau ini sebuah produk yang boleh dibeli secara komersial.

Sumber: http://bit.ly/299CQEs

Bioshock The Collection Disahkan Akan Hadir Pada 13 September: Informasi Teknologi

Ura-ura kemunculan BioShock The Collection kami laporkan pada bulan April yang lalu. Ia adalah koleksi trilogi BioShock, Bioshock 2 dan BioShock Infinite yang menerima sentuhan remastered. Permainan ini disahkan akan hadir pada 13 September di Amerika Syarikat dan 16 September di seluruh dunia. Pembeli The Collection turut akan menerima kesemua DLC yang pernah dihasilkan untuk ketiga-tiga permainan.

Bioshock The Colletion 1Hanya dua versi pertama akan diberikan sentuhan remastered sebenar dengan tekstur, plasmid, senjata dan poligon watak yang dipertingkatkan. Ia boleh dibeli oleh pemilik PlayStation 4, Xbox One dan PC para harga  jualan $59.99 sebuah. Kepada yang terlepas memilkinya dahulu, “would you kindly” membelinya September hadapan. Frank Fontaine akan berterima kasih dengan anda.

Sumber: http://bit.ly/29amLMg

Lelaki Mengahwini Sebuah iPhone Di Las Vegas: Informasi Teknologi

Perkahwinan ialah komitmen paling tinggi apabila anda di dalam sebuah perhubungan. Perkahwinan tradisional ialah di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Sejak kebelakangan ini konsep perkahwinan sudah berubah tetapi ia masih lagi berasaskan perasaan cinta di antara dua insan. Di Las Vegas Aaron Chervenak seorang lelaki nekad berkahwin dengan iPhone milik beliau.

Kahwin-Cerai-SMS-PEranti-2“Perkahwinan” ini berlangsung di Little Las Vegas Chapel bulan lalu. Encik Chervernak mengahwini peranti pintar kerana beliau menghabiskan setiap hari bangun, tidur dan membawanya ke mana sahaja beliau pergi. Ini pada pendapat beliau adalah cinta sebenar kerana sekiranya anda bercinta dengan manusia sekalipun ini mustahil untuk dilakukan. Perkahwinan Encik Chervernak ini walau bagaimanapun hanya simbolik kerana perkahwinan di antara manusia dan objek elektronik tidak diiktiraf oleh undang-undang Nevada.

Sumber: http://bit.ly/296qfCe

Gambar Blackberry Neon Tertiris: Informasi Teknologi

Peranti Android mampu milik dari Blackberry akan dihasilkan oleh TCL yang juga menghasilkan peranti berjenama Alcatel. Kini wajah Blackberry Neon keluaran mereka tertiris ke arena web. Neon ialah nama rasmi Blackberry Hamburg dan seperti ura-ura yang didengari ia adalah sebuah Alcatel Idol 4 yang diubahsuai.

Blackberry-Neon-Hamburg-1Dari segi spesifikasi ia akan mempunyai skrin 5″ HD penuh dan diperkasakan pemproses Snapdragon 615. Rekaan rasmi Neon ini amat berbeza dengan rekaan asal Hamburg yang mempunyai pembesar suara pada bahagian hadapan. Tiada keunikan pada rekaan dipaparkan dan membuatkannya tidak kelihatan seperti peranti yang menerima sentuhan Blackberry. Apa pula pendapat anda?

Sumber: http://bit.ly/296o9Ck

Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Tidal: Informasi Teknologi

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang memfokuskan kepada penawaran muzik pada audio berkualiti tinggi, disamping mempunyai kerjasama dengan pelbagai artis popular antarabangsa. Perkara ini membuatkan ia sedikit unik, dan turut menjadi sasaran pengambil-alihan beberapa syarikat.

Sebelum ini, kita telah mendengar Samsung telah berjumpa dengan Tidal beberapa kali untuk berbincang bagi mengambil-alihnya. Kini, menurut WSJ, Apple turut dikatakan berminat untuk mengambil-alih perkhidmatan Tidal ini.

TIDAL

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan ada kemungkinan pihak Apple tidak mengambil-alihnya.

Apple sendiri boleh dikatakan sedikit tertinggal dalam perkhidmatan penstriman muzik yang kini didahului oleh Spotify. Namun, mereka dilihat mampu membuat pelbagai pelaburan tinggi untuk memenangi pasaran berkenaan.

Tidal juga, dengan penawaran audio berkualiti tinggi dan beberapa artis eksklusif, ia masih gagal untuk menarik ramai pengguna beralih ke perkhidmatan mereka berbanding Spotify dan beberapa yang lain.

Sumber: http://bit.ly/29a76fO

U Mobile Memperkenalkan Pakej P98 – 30GB Data Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM98 Sebulan: Informasi Teknologi

U Mobile hari ini telah menambah satu lagi pelan baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Hero P98. Melalui pelan berkenaan, U Mobile menawarkan perkhidmatan internet dengan data sebanyak 30GB, selain turut hadir dengan sokongan Video Onz untuk penstriman video dari perkhidmatan terpilih tanpa had.

Disamping data sehingga 30GB, U Mobile turut menawarkan panggilan tanpa had untuk semua talian. Seperti biasa, U Mobile mempunyai FUP tersendiri supaya pengguna tidak menyalah-guna fungsi panggilan tanpa had ini.

U Mobile P98

Melengkapkan pelan ini juga adalah akses premium untuk salah satu perkhidmatan penstriman video secara percuma untuk tempoh antara 1 Julai 2016 hingga 31 Julai 2017 kelak.

Bagi anda yang menggunakan data yang banyak, mungkin kini anda boleh mendapatkan pelang P98 daripada U Mobile ini yang ditawarkan pada harga langganan bulanan RM98 – sekaligus menawarkan data sehingga 30GB, panggilan tanpa had dan langganan premium untuk penstriman video.

Sumber: http://bit.ly/29cfXzv

Android N Dikenali Dengan Nama Android Nougat: Informasi Teknologi

Google sering menamakan setiap versi Android mereka dengan nama manisan dan mengikut turutan abjad. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan nama untuk Android N, iaitu akan dikenali dengan nama Android Nougat.

Nougat adalah manisan yang dibuat dengan gula atau madu, pelbagai jenis kekacang, putih telur dan kadang-kala dengan beberapa buah-buahan kering.

Android Nougat

Google sebelum ini telah membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya. Ramai yang mencadangkan nama Android Nutella – tetapi ia dilihat tidak menjadi, berkemungkinan kerana namanya yang berhak-cipta.

Android Nougat akan hadir tidak lama lagi, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih baik, sokongan menggunakan dua aplikasi pada satu skrin, notifikasi yang ditambah baik, dan pelbagai perkara lain lagi.

Bagi anda, apakah komen anda berkenaan dengan nama Android Nougat ini?

2016-03-14 05.34.33 1

Sumber: http://bit.ly/29cKpez

Pemain Media Popular, VLC Hadir Ke Windows 10 Dalam Bentuk Aplikasi Universal: Informasi Teknologi

Bercakap mengenai pemain media, nama VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna. Kini, selain daripada VLC Media Player untuk desktop, pembangunnya juga hari ini telah menerbitkan aplikasi VLC untuk Windows 10.

VLC untuk Windows 10

VLC untuk Windows 10 ini boleh digunakan pada desktop Windows 10, tablet Windows 10 dan juga pada Windows 10 Mobile. Ia menawarkan rekaan berasaskan antaramuka ModernUI, selain pada masa yang sama mengintegrasikan teknologi seperti DirectX 11 dan sebagainya. Seperti pemain media desktop mereka, VLC untuk Windows 10 turut hadir dengan sokongan pelbagai format video, dan kebolehan memainkan media daripada beberapa sumber berbeza.

Pembangunnya turut berkongsi mengatakan mereka turut akan memperkenalkan aplikasi VLC untuk Xbox One dan juga HoloLens tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh memuat-turun aplikasi universal VLC Media Player ini dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun VLC Media Player dari Windows Store

Sumber: http://bit.ly/296d3ty

Peranti Xiaomi Anda Akan Mula Menerima Kemaskini MIUI8 Bermula 16 Ogos: Informasi Teknologi

Xiaomi hari ini secara rasminya telah mengumumkan sistem operasi MIUI8 untuk pengguna peranti Xiaomi pada peringkat global. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkannya terlebih dahulu untuk pasaran China sahaja, dan tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran untuk pasaran global walaupun telah memulakan ujian untuknya.

MIUI8

Xiaomi MIUI8 membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru, termasuk antaranya adalah sokongan tema baru, kebolehan menggunakan dua aplikasi sama dengan akaun berbeza, kalkulator yang lebih pintar, akses pantas melalui Quick Ball, kebolehan merakamkan skrin memanjang kebawah, menjalankan dua aplikasi dalam tetingkap sama, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Xiaomi akan memulakan ujian beta terbuka untuk MIUI8 ini pada 11 Julai akan datang ini, dan menawarkannya dalam bentuk stabil kepada semua pengguna pada 16 Ogos 2016 ini. Antara peranti yang akan menerimanya adalah termasuk Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm.

Sumber: http://bit.ly/294w4Mi

Xiaomi Akan Menyertakan Fungsi Menggunakan Dua Akaun WhatsApp Pada MIUI8: Informasi Teknologi

Xiaomi kini dalam proses pembangunan dan menguji sistem operasi generasi baru mereka, iaitu MIUI8. Hari ini, mereka telah memperkenalkan MIUI8 versi global, dan turut berkongsi beberapa fungsi baru yang akan hadir pada MIUI8 kelak.

Salah satu fungsi menarik yang mencuri perhatian ketika pengenalan adalah sokongan yang dinamakan sebagai Dual Apps.

Melalui Dual Apps, pengguna boleh membuat salinan aplikasi pada telefon pintar mereka, dan menggunakan ia bersama-sama akaun yang lain.

MIUI8

MIUI8

Fungsi ini semestinya sangat berguna bagi anda yang ingin menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu peranti – apatah lagi memandangkan peranti Xiaomi kebanyakkannya hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Xiaomi mengatakan hampir keseluruhan aplikasi pada Play Store boleh dijadikan sebagai pendua dan di log masuk menggunakan akaun lain. Ikon untuk aplikasi salinan ini akan ditandakan dengan sebuah ikon berwarna kuning kecil dibawahnya.

Disamping fungsi Dual Apps, Xiaomi MIUI8 akan turut menyertakan fungsi 2nd Space yang membolehkan anda mengasingkan data daripada kerja dengan data peribadi anda.

MIUI8

Sumber: http://bit.ly/295C6Nq

Affinity Designer Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Windows: Informasi Teknologi

Bagi anda yang terlibat dalam bidan rekabentuk grafik, mungkin sedia mengenali salah satu perisian popular untuk Mac, iaitu Affinity Designer. Kini, perisian popular berkenaan turut hadir dalam bentuk beta untuk para pengguna Windows.

Affinity Designer

Affinity Designer menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat rekaan grafik – termasuk berkaitan penjenamaan, laman web, ikon, antaramuka, vektor dan sebagainya. Pelbagai fungsi disediakan untuk anda hadir dengan rekaan yang cantik dan kemas menggunakan perisian ini.

Perisian ini adalah perisian berbayar, tetapi untuk ujian beta ini, pihak pembangunnya menawarkan ia secara percuma. Anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian ini dengan membuat pendaftaran pada laman web rasmi Affinity.

Muat-Turun Affinity Designer Beta untuk Windows

Sumber: http://bit.ly/29bSP5x

HTC Membentuk Subsidiari Khusus Untuk Realiti-Maya: Informasi Teknologi

HTC pada tahun ini boleh dikatakan agak kurang popular dalam arena telefon pintar – apatah lagi HTC 10 yang kurang mencuri tumpuan ramai. Walaubagaimanapun, salah satu peranti mereka yang menerima permintaan tinggi adalah set realiti-maya mereka, iaitu HTC Vive.

Mengenal-pasti pasaran realiti-maya yang semakin membesar dari hari ke hari, kini HTC telah menubuhkan anak syarikat mereka khusus untuk realiti-maya, dinamakan sebagai HTC Vive Tech Corporation.

HTC Vive

Melalui anak syarikat ini, HTC dilihat akan memfokuskan dalam membangunkan ekosistem untuk realiti-maya pada peringkat global – termasuk dalam mengalakkan penerbitan kandungan untuk realiti-maya dan sebagainya.

Buat masa ini, HTC baru mengeluarkan HTC Vive sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat mereka hadir dengan beberapa peranti realiti-maya lain pada masa akan datang.

Sumber: http://bit.ly/295vrCL

Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya Mesra Alam: Informasi Teknologi

Kami tahu berita yang melibatkan haiwan mughallazah seperti khinzir ini amat sensitif bagi segelintir pembaca Amanz. Tetapi teknologi kitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam ini kami rasakan adalah amat menarik.  Para penyelidik di A&T State University Carolina Utara berjaya mengitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam. Tahi haiwan ini mengandungi bahan berminyak yang boleh menggantikan bitumen yang terhasil dari petroleum sebagai bahan binaan jalan raya.

Jalan raya tahi khinzirMinyak yang dihasilkan ini juga lebih murah dari bitumen dengan harga sekitar 56 sen setiap gelen. Kerana ia dari sumber haiwan yang lestari, ia sekaligus menjadikannya lebih mesra alam dari petroleum yang digunakan sekarang. Mengitar semula tahi khinzir ini mengurangkan pencemaran akibat tahi disalurkan ke dalam sungai seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

Dianggarkan setiap tahun 43 Billion gelen tahi khinzir dihasilkan setiap tahun. Sekiranya ia dikitar semula masalah pencemaran air dapat diselesaikan dan kos membina jalan raya yang mahal dapat dikurangkan. Di negara majoriti penduduk Islam teknologi ini mustahil akan digunakan tetapi siapa sangka tahi haiwan yang dipandang hina ini sebenarnya mampu membina jalan raya.

Sumber: http://bit.ly/29s8z16

Jawatan Kosong di Universiti Islam Malaysia (UIM) - 12 Julai 2016 : Isketambola

Jawatan kosong terkini di Universiti Islam Malaysia (UIM) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai :

1. PEMBANTU PENYELIDIK 

Tarikh tutup permohonan 12 Julai 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun / Swasta

Jawatan Kosong di Universiti Islam Malaysia (UIM)

Tugas sebagai Pembantu Penyelidik adalah seperti berikut:

-Membantu merancang bidang penyelidikan yang berkaitan dengan kepakaran masing – masing.
-Menghasilkan penulisan ilmiah dalam jurnal.
-Menerbitkan rencana dalam media cetak.
-Membantu dalam membentangkan kertas kerja dalam persidangan atau yang seumpama dengannya.
-Membantu membangunkan jaringan / rangkaian penyelidikan dengan pihak luar.
-Membimbing wacana siswazah dalam bidangnya dari masa ke semasa.
-Membantu meningkatkan penghasilan karya dan pengurusan penyelidikan di UIM.
-Melaksanakan apa – apa tugas lain yang bersesuaian yang diarahkan oleh pihak universiti dari masa ke semasa.

Syarat-syarat Permohonan Pembantu Penyelidik (Research Assistant) Quranic Laboratory

-Warganegara Malaysia atau Luar Negara;
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
-Mempunyai sekurang – kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam terutamanya pengajian Al-Quran atau Bahasa Arab.
-Berpengalaman dalam penerbitan dan kajian saintifik serta pernah menyertai persidangan.
-Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas komputer seperti pengunaan Microsoff Office dan sebagainya.
-Fasih dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
-Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai hafalan Al-Quran dengan Qiraat.

Info jawatan selanjutnya disini

Sumber:http://bit.ly/29eNqLK

Pelanggan Yes Sedia Ada Kini Boleh Dapatkan Kad-SIM Dengan Data 8GB Sebulan Percuma: Informasi Teknologi

Bersama-sama dengan pengenalan pakej prabayar dan pascabayar baru untuk Yes LTE, pihak Yes turut mengumumkan penawaran kad-SIM percuma untuk semua pelanggan sedia ada yang menggunakan perkhidmatan Yes.

Dengan kad-SIM percuma ini, pihak Yes menawarkan data sebanyak 8GB percuma yang boleh digunakan bersama-sama telefon pengguna.

Yes LTE

Penawaran tambahan ini hadir daripada Yes sebagai menghargai pelanggan sedia ada mereka yang telah menyokong Yes sejak ia diperkenalkan. Sebelum ini, pada pengenalan Galaxy J 2016 beberapa minggu lepas, Yes turut telah menawarkan penambahan kuota tambahan kepada pelanggan Yes sedia ada.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Yes, anda boleh ke mana-mana cawangan Yes, dan mendapatkan kad-SIM anda.

Sumber: http://bit.ly/2971lUv

HoverKart – Mengubah Hoverboard Menjadi Sebuah Go-Kart: Informasi Teknologi

Kegilaan menggunakan papan apung hoverboard kini mungkin sudah terhenti. Ini adalah kerana pelbagai kes kebakaran yang berlaku disebabkan penggunaan bateri yang tidak selamat di dalamnya. Akibatnya hoverboard diharamkan dari dimasukkan ke dalam pesawat dan penjualannya secara terbuka mula merosot.

HoverPowered Papan Apang Hover 1Kepada pemilik hoverboard yang mungkin tidak lagi bermain dengan kenderaan bermotor ini, kini wujud aksesori yang boleh mengubahnya menjadi sebuah go-kart. HoverKart hanya perlu diikat pada kawasan berdiri hoverboard dan sekaligus mengubahnya menjadi sebuah kenderaan beroda empat. Aksesori ini sedang mengumpul dana untuk jualan komersial dan boleh ditempah pada harga $100 (~RM410) sebuah.

Sumber: http://bit.ly/294zBhY

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 27 Julai 2016 : Isketambola

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV29
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
3. PEMBANTU PUSTAKAWAN SA19
4. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN UA29

Tarikh tutup permohonan 27 Julai 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.



Sumber:http://bit.ly/29hbmv8

Rabu, 29 Jun 2016

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 13 Julai 2016 : Isketambola

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai :

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PEGAWAI PENERBITAN N41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

Tarikh tutup permohonan 13 Julai 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di ump julai 2016

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui, laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

CATATAN AM

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
(d) Segala urusan panggilan ke sesi temuduga secara rasmi adalah melalui email. Pastikan email yang didaftarkan adalah aktif.



Sumber:http://bit.ly/29eC4XP

Jawatan Kosong Terkini di JAIS - 14 Julai 2016 : Isketambola

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai :

1. Penolong Jurutera (Awam) JA29

Tarikh tutup permohonan 14 Julai 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini di JAIS

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonann Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my @ www.selangor.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

d) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika : tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan; tidak lengkap atau tidak terang; tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
tidak besertakan gambar dan tidak ditandatangani.

e) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)




Sumber:http://bit.ly/295cbp1

Webe Mula Menawarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM79 Sebulan: Informasi Teknologi

Webe hari ini telah mula membolehkan para pengguna P1 dan TM terpilih untuk mendaftar dan menggunakan pelan Webe bersama-sama peranti mereka. Melalui apa yang ditawarkan, Webe menawarkan pakej mereka pada harga bermula RM79 (RM84 jikalau termasuk GST) untuk akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Pelan data tanpa had ini hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja, dan sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam. Menurut Lowyat.NET, pengguna akan terhad kepada penggunaan panggilan dan SMS bernilai RM500 sebulan supaya pengguna tidak menyalah-guna rangkaian mereka.

Dari segi harga asal tanpa sebarang potongan, Webe menawarkannya pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data tanpa had, selain panggilan dan juga SMS. Walaubagaimanapun, selepas potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM60 – selain potongan tambahan RM60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong talian Webe, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tanpa termasuk GST).

Webe

Bagi anda yang merupakan pengguna pelan P1 atau TM, anda mungkin boleh semak di laman rasmi Webe hari ini sama ada anda boleh mendaftar untuk pelan baru ini ataupun sebaliknya.

Webe melalui laman Facebook turut mengatakan tiada sebarang kontrak untuk talian mereka. Bagi anda yang mendaftar, anda akan menerima pek SIM terus melalui penghantaran pos.

Sumber: http://bit.ly/297mr0H

Yes Melancarkan Perkhidmatan 4G LTE – Bermula RM48 Untuk 10GB: Informasi Teknologi

Yes 4G yang sebelum ini terkenal dengan penawaran perkhidmatan rangkaian WiMax hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan 4G LTE mereka. Pelancaran ini hadir secara rasmi selepas pihak Yes memperkenalkan ia secara ringkas ketika pelancaran telefon pintar Galaxy J 2016 tempoh hari.

Yes mengatakan rangkaian mereka menawarkan pengalaman rangkaian 4G LTE sebenar, menawarkan kelajuan muat-turun dan naik yang berkali ganda lebih pantas berbanding dengan rangkaian lain.

Yes LTE

Rangkaian Yes kini meliputi sekitar 85% kawasan berpenduduk di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah – yang mana merupakan gabungan rangkaian WiMax dan juga LTE daripada Yes.

Beberapa pelan disediakan oleh Yes untuk para pengguna. Namun, untuk anda yang ingin dapatkan ia bersama telefon pintar Yes Altitude, pihak Yes menawarkan data sehingga 24GB dan telefon pintar pada harga langganan RM70 sebulan.

Untuk pelan pascabayar pula, pihak Yes menawarkan pelan pada harga bermula RM48 untuk 10GB. Beberapa pilihan lain turut disediakan termasuk 24GB data untuk RM88, 38GB data untuk harga RM128 dan 46GB data untuk harga RM158.

Yes LTE

Disamping pascabayar, pihak Yes turut menyediakan pelan prabayar pada harga serendah RM30 sebulan untuk 4GB data.

Yes LTE

Pihak Yes membahagikan penawaran pelan mereka kepada Yes Broadband dan juga Yes LTE. Yes Broadband berfungsi melalui penggunaan modem khusus Yes seperti yang telah sedia terdapat di pasaran sejak beberapa tahun lepas, sementara Yes LTE pula beroperasi melalui kad SIM khusus Yes. Selain hanya data, pihak Yes turut menyertakan minit panggilan dan SMS percuma ke talian Yes lain.

Rangkaian Yes sendiri buat masa ini masih sedang dibangunkan lagi, dan mereka masih tidak berkongsi sepenuhnya berkaitan dengan penawaran perkhidmatan rayuan menggunakan kad SIM Yes buat masa ini. Disebabkan oleh perkara ini, Yes lebih menekankan untuk pengguna mendapatkan peranti dwi-SIM dan menggunakan Yes untuk perkhidmatan data.

Yes LTE

Yes LTE

Sumber: http://bit.ly/296J1ur

Yes Memperkenalkan Telefon Pintar 4G LTE Dengan Sokongan VoLTE – Yes Altitude, Berharga RM399: Informasi Teknologi

Yes hari ini telah memperkenalkan rangkaian mereka secara rasminya, dan memulakan pengenalan tersebut adalah dimana Yes telah mengumumkan sebuah telefon pintar mereka tersendiri, iaitu Yes Altitude.

Bercakap mengenai telefon pintar daripada Yes, ini adalah telefon pintar kedua pihak Yes selepas pengenalan Yes Eclipse pada tahun 2012 yang lepas.

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, serta membawa sokongan rangkaian 4G LTE dan kebolehan membuat panggilan VoLTE menggunakannya. Peranti ini turut menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.0Ghz, memori 1GB RAM dan juga ruangan storan bersaiz 8GB. Yes menyertakan sistem operasi Android pada peranti ini, dan ia menjalankan Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka khusus bersama dengannya.

Yes akan menawarkan Yes Altitude pada harga RM399, menjadikan ia sebagai telefon pintar berharga paling rendah di pasaran yang menyokong rangkaian VoLTE.

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Yes Altitude

Sedang dikemaskini…

Sumber: http://bit.ly/29500ID