Anda Kini Boleh Menggunakan Suara Yuna Untuk Memberi Arahan Pada Waze: Informasi Teknologi

Leave a Comment

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang digunakan secara meluas, dan ia turut hadir dengan sejumlah pilihan suara untuk memberikan arahan suara kepada pengguna. Paling terkini, salah satu suara baru yang ditambah pada Waze adalah suara penyanyi terkenal Malaysia, iaitu Yuna.

Waze Yuna

Suara Yuna ini dibawakan oleh Calpis, bagi membolehkan para pengguna menikmati suara Yuna ketika dalam perjalanan pada musim perayaan ini, mahupun untuk bernavigasi ke mana-mana lokasi menggunakan Waze.

Untuk mengubah suara pilihan anda, anda boleh ke halaman Settings > Sound, dan memilih daripada pilihan pada Navigation Guidance.

Sumber: http://bit.ly/29xyDwg
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments:

Catat Ulasan

Tinggalkan komentar anda jika anda merasakan ianya bermanfaat.